Bab 2

31.2K 1.1K 16
                                    

"Baik lah murid2 hari ni kita ada akan ada kawan baru " kata Cikgu Nurul teruja

Kelas hanya mendiamkan diri menunggu ucapan seterusnya guru kelas mereka itu.

Cikgu Nurul membuat isyarat tangan kepada Ayumi untuk masuk ke dalam kelas barunya itu.
Ayumi mengangguk dan menarik lalu menghembus kan semula nafas nya bagi menghilangkan rasa gugup.

Perlahan dia melangkah masuk kedalam kelas barunya itu dengan disertai senyuman.

"Ayumi kenalkan diri kamu"arah cikgu nurul kepada Ayumi

Ayumi mengangguk sebelum memperkenalkan diri nya.

"Hai saya Afiqa Ayumi korang boleh panggil saya Ayumi " Ayumi memperkenalkan diri nya dengan mesra disertai senyuman yang menampakkan lesung pipit di kedua pipinya.Nampak juga kat sana tu ada yang tipu nama sendiri.

Semua kaum adam terpanah melihat senyuman manis Ayumi.Lain pula dengan kaum hawa menjeling tak habis habis. Jeles lah tu.

"Ayumi kamu boleh duduk tepi Faris. Faris angkat tangan kamu" arah cikgu nurul kepada Faris yang sedang dibuai mimpi.

Dengan malas plus letih dia mengangkat tangan nya.

"Ayumi kamu boleh duduk dekat sana ya" arah cikgu nurul lagi kepada Ayumi.

Ayumi hanya mengangguk malas nak berdiri lama lama kat depan ni. Lebih lebih lagi di tenung oleh kaum adam macam nak telan dia hidup hidup.

Cikgu Nurul pun berlalu keluar ada banyak keja lagi nak di buat kat bilik guru tu kata nya sebelum beredar dari kelas nya.

Sedang Ayumi berjalan menuju ke meja nya ada kedengaran siul siulan kegatalan ada yang memandang macam nak tekam depan dia sekarang ni tu bahagian perempuan lah.

Tiba tiba kedengaran bunyi kerusi ...

Kreee..

Mengejutkan semua pelajar yang berada didalam kelas 5 Bijaksana  kecuali Faris yang lena tdi tu jelah. Apa lagi terus jadi tumpuan lah Ayumi ni dengan budak tu..

"Hoi..Yumi....!"jerkah seseorang dari belakang Ayumi

Ayumi yang terkejut terus berpaling mencari empunya suara yang menegurnya dengan cara agak kurang sopan tu. Budak tak reti bagi salam agak nya.

"Jadi betul lah kau dah pindah ..aku ingat kan kau main main je hari tu.."sambung nya lagi..

"Haah..aku pindah kau tu yang taknak percaya .."Jawap Ayumi acuh tak acuh

Geram kawan sendiri tak percaya dia atau lebih kepada anak buah sendiri.

"Hahaha...sorry tak caya rehat ni aku belanja" gelak hampar rasa bersalah menyelubungi dirinya ..haa sapa suruh tak percaya dengan bos sendiri. Sekarang dah buat muka tak percaya kan.Hambekk kau

"Gembira nampak Sofia "lembut je Ayumi menyapa anak buah nya itu.

Tapi tidak bagi Sofia. Sapaan Ayumi di telinga nya bagai satu ancaman yang menakutkan.

"Sorry sis nanti aku belanja..promise.."pelawa Sofia bagi menyejukkan hati bos nya itu.

"Hmm..aku on je..selamat lah duit aku hari ni" senyum senget diberikan.

Terus Ayumi menyambung langkah nya bila terasa perbualan mereka mendapat perhatian ramai termasuk juga Naufal dengan Hafiz tapi terkecuali dengan Faris.

"Wei..Kau kenal dengan budak baru tu Sof..?"Tanya rakan sebelah mejanya Sofia a.k.a Danisya.

"Haah..dah lama kenal.."Jawap Sofia.Huish gila tak kenal bos sendiri.

Danisya meng 'o' kan saja.

Di meja Ayumi. Melihat cikgu yang belum ada bayangan nya. Ayumi terus mengeluarkan novel untuk dibaca sementara menunggu cikgu yang belum nampak batang hidung nya. Faris yang sebelah ditoleh sekilas lalu buku novel terus dibuka. Tapi fikiran nya Ayumi melayang mengingatkan kenangan lalu.

Flashback Ayumi..

Terlihat cermin bilik nya mula di basahkan titisan air hujan. Sudah seminggu kematian Rania tapi dia  masih berkurung didalam bilik nya rasa bersalah menyelubungi dirinya kerana gagal melindungi sahabatnya sendiri. Sahabat yang sentiasa berada di sisi nya apabila sedih mahu gembira.

Tuk..Tuk..Tuk

Terdengar bunyi ketukan pintu pintu menyadarkan nya daripada lamunan kenangan lalu.

"Cik Ayumi ni ada pesanan untuk cik..."Kata pembantu rumah.

Dengan malas nya Ayumi membuka pintu menampakkan pembantu rumah nya yang sedang memegang sebuah kotak hadiah dan sepucuk surat yang dapat dilihat namanya yang tertera di sampul surat itu. Kotak hadiah dan sampul surat pun bertukar tangan.

"Terima kasih ya mak Jah.."Kata Ayumi lemah. Cukup seminggu ini dia menangisi ke pergian sahabatnya nya. Terasa air matanya mula kering.

Nak Jah hanya mengangguk dan berlalu pergi kerana ada kerja yang perlu diselesaikan dengan segera.

Setelah ke pemergian Mak Jah Ayumi pun menutup pintu bilik nya. Dia terus berjalan menuju ke katil yang bersaiz king itu. Kotak hadiah tadi di letaknya di meja yang bersebelahan dengan katil. Sampul surat dibuka perasaan hairan mula menyerbu kerana alamat pengirim nya tertulis rumah Rania sahabatnya yang sudah pergi seminggu lalu.

Kepada sahabat ku Ayumi..
Sekiranya surat ini sudah sampai ketangan kau itu bererti aku dah pergi jauh dari kau. Maaf tidak bagi tahu awal. Tapi sebagai sahabat aku nak sangat kau tunaikan beberapa permintaan aku ni. Aku tahu kau mesti sedih sebab pemergian aku yang telah dirancang oleh-Nya. Aku tak nak kau sedih aku tak suka tengok kau sedih. Kau sedih buat kan lagi hati ku sakit. Kau tak nak kan aku pergi dalam keadaan yang tak tenang. Lagi pun kau tahun depan duduk ujian besar yang menentukan masa depan kau. Aku tak nak di sebabkan aku kau gagal mengejar cita cita kau. Okey, janji dengan aku kau tak kan sedih sedih buruk rupa nya. Permintaan aku tak banyak mana pun kau nampak kan kotak hadiah yang datang sama sama dengan surat ni tolong serahkan kotak tu kat Faris kau kenal kan Faris tu sapa kalau kau tak kenal dia sama sekolah dengan aku. Kata kat dia jangan sedih sedih aku tak nak tengok orang yang aku sayang sedih. Sebab orang yang hidup pasti akan merasai mati bukan macam tu ustazah hehehe. Aku nak kau sentiasa ada kat sisi dia masa senang mahu pun susah. Boleh..Cakap kat dia aku sayang sangat sangat kat dia tapi takdir kata lain. Sampaikan salam aku kat dia. Aku doakan kau dekat sini baik baik .
Assalamualaikum sahabat ku..
My best friend till jannah..:-)

Air mata yang terasa kering mula menitis semula lebih deras bak air terjun. surat yang ditangan didakap erat rumah yang sunyi kerana abang nya a.k.a Tengku Afiq Amril tiada di rumah selepas papa nya meninggal dua tahun lepas abang nya lah yang mengambil alih syarikat papa nya sebagai CEO dan jugak pewaris kumpulan Devil Shadow salah satu kumpulan mafia yang di digeruni. Manakala mama nya menguruskan butik dan belum pulang. Rumah agam yang besar itu penuh dengan suara tangisan serta raungan. Pembantu rumah yang berkerja turut sedih apabila mendengar suara anak majikan nya yang menangis tidak henti henti..

END Flashback..

Cinta si Ketua MAFIA [ C ][S2] Where stories live. Discover now