pARt_39

6.6K 316 19
                                    

Hold me tight..

          _____________________
Engku Zalia bergegas masuk ke dalam bilik Syura sebaik sahaja mendapat berita tentang keadaan Melsa.Sayu hatinya melihat Melsa yang terbaring lemah di atas katil walaupun sudah sedarkan diri.Syura yang duduk dibirai katil segera berdiri,memberi ruang untuk Engku Zalia.

             Melsa mengukir senyuman nipis.

              "Melsa okey?.Maafkan mummy sebab tak mampu nak kawal Zafreen".Engku Zalia bersuara dengan nada kesal.

             Melsa menggeleng perlahan.

            "Mummy tak salah.Mel yang salah.Mel dah banyak susahkan mummy sejak Mel datang sini".

               Airmata Engku Zalia menitis."Tak Mel...mummy bersyukur sangat-sangat sebab Mel muncul dalam hidup mummy tapi kalau macam ni lah sikap Zaf,mummy minta maaf tapi mummy rasa baik Mel undur diri".

                Ryana yang melihat keadaan Melsa dan Engku Zalia mengetap bibir menahan geram.Baru sahaja dia mahu keluar,Syura pantas menahan."Awak nak buat apa,Ryana?".Tanyanya perlahan.Tidak mahu didengari oleh Melsa dan Engku Zalia.

               "I tak boleh diam aje,Syura.Zafreen tu dah melampau!".

                 Syura menggelengkan kepalanya.

               "Keadaan akan jadi lebih buruk nanti kalau awak masuk campur.Lagipun,mustahil Zafreen akan dengar cakap awak.".Bantah Syura.Bukannya dia tidak tahu perangai Tengku Zafreen macam mana sekarang.

               "Tapi kita tak boleh biar dia terus buli Melsa macam ni!.I tak kira,I tetap nak jumpa dengan dia sekarang".Balas Ryana nekad lalu segera keluar dari situ tanpa sempat dihalang oleh Melsa.

               Syura mengeluh berat.

          Ryana berjalan menuju ke bilik Tengku Zafreen yang tidak jauh daripada bilik Melsa.Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu,Ryana menerjah masuk ke dalam.Tengku Zafreen dan Lara yang sedang berdua-duaan tersentak.

               "We need to talk,Tengku Zafreen".Ujar Ryana tanpa berbasa-basi.Meluat mahu berlama-lama disini.

                "Anak angkat mummy you ni memang tak ada adab ke sayang?.Sesukahati masuk bilik orang".Perli Lara geram apabila Ryana menganggu rancangannya untuk menggoda Tengku Zafreen.

               Ryana tidak melayan.

               Buang masa aje!.

               "Kau nak cakap apa?.Aku tak ada banyak masa nak layan kau".Balas Tengku Zafreen kasar.

               "Rasanya kata-kata I tadi dah jelas sangat yang I cuma nak cakap dengan you bukan perempuan perampas ni sekali".Ryana menjeling Lara tajam.

           "Hei!".Jerit Lara tidak berpuas hati.

            "Kau cakap baik-baik sikit.Lara ni tunang aku dan dia bukan perempuan tak baik macam kawan baik kau tu".

                 "Mana you tahu yang tunang you perempuan baik dan mana you tahu yang Melsa tu perempuan tak baik?.Sebab tu ke you sanggup kenakan dia sampai dia pengsan.You tahu tak yang dia tu deman?!.You ni memang buta Tengku Zafreen!!".Bentak Ryana bengang.

              "Kau jangan sibuk lah! And yes!.Aku memang sengaja kenakan dia tapi apa yang aku buat tu tak setanding dengan apa yang dia dah buat pada aku!".

               Lara hanya berdiam diri.Tidak berani untuk masuk campur apabila situasi menjadi tegang secara tiba-tiba.

                "Tak setanding?.Apa yang Melsa dah buat?".

Call Me SayangWhere stories live. Discover now