pARt_1

17.7K 440 7
                                    

Begin..

---------------------------------------
"Gay?!!". Ujar seorang lelaki tampan berambut perang dengan nada terkejut.Terbangun lelaki itu daripada sofa apabila melihat video yang disiarkan di skrin ipad yang berada ditangannya.Habis kulitnya yang keputihan bertukar merah melihat dirinya sendiri berkelakuan tidal senonoh dengan seorang lelaki lain.Lelaki yang langsung dia tidak kenali atau berjumpa.

Siapa yang tergamak berani 'bermain' dengannya?.Ipad ditangannya dilempar ke lantai sehingga pecah berderai." Siapa yang hantar video ni pada mummy?.Zaf tak buatlah kerja bodoh macam ni.Lelaki dalam video tu bukannya Zaf.Zaf waras lagi lah!".Ucap Tengku Zafreen mempertahankan dirinya.Rambutnya yang berwarna perang diraup kebelakang dengan kasar.

Kalau aku dapat tahu siapa yang fitnah aku,memang mampuslah dia,aku kerjakan.Siapa pun orangnya.Dia memang silap besar kalau ingat aku akan biarkan aje hal ni.

"Siapa yang bagi video ni tak penting.Mummy nak Zaf mengaku betul-betul.Lelaki dalam video tu Zaf atau bukan?!".Tanya Engku Zalia ingin tahu.

" Memang taklah!!".Nafi Tengku Zafreen geram.Ibu sendiri pun tak percaya aku.Tak guna betul!.

"Macam mana mummy nak percaya cakap Zaf kalau mummy sendiri tahu sikap Zaf yang bencikan perempuan?.Jadi tak mustahil kalau Zaf boleh buat perkara tak guna tu!". Balas Engku Zalia keliru.Jauh disudut hatinya dia mahu percayakan kata-kata anak tunggalnya tapi....

Tengku Zafreen merengus geram.

" Mummy jangan nak tuduh-tuduh Zaf.Zaf cakap Zaf tak buat..Zaf tak buatlah!.Mummy faham tak?!".Bentak Tengku Zafreen bengang.Tercabar maruahnya saat ini.

"Mummy tak kisah Zaf buat atau tak tapi perkara ni akan jejaskan IMPIAN Holdings kalau tersebar.CEO IMPIAN Holdings gay?!.Saham kita akan turun nanti.Mummy nak Zaf ikut cakap mummy". Kata Engku Zalia dengan suara yang mulai mengedur .

Tengku Zafreen menoleh pada Engku Zalia." Mummy nak Zaf buat apa?".Soalnya ingin tahu.

"Kahwin!".

" What?!!".Ucap Tengku Zafreen terkejut.

"Mummy nak Zaf kahwin hujung tahun ni.Mummy akan aturkan perjumpaan Zaf dengan semua anak perempuan kenalan mummy.Lepastu,mummy akan senarai pendekkan kepada 5 calon isteri untuk Zaf pilih". Jelas Engku Zalia serius.

" Nonsense!".Marah Tengku Zafreen.

"Zaf kena ikut cakap mummy kalau tak nak imej perfect Zaf tu hancur". Ugut Engku Zalia.

Tengku Zafreen terdiam lama sebelum mengatur langkah pergi dari situ.Pembantu peribadinya yang hanya memerhati daripada tadi pantas mengikuti langkah majikannya daripada belakang.

"Zack,aku nak kau cari siapa yang hantar video tu.Heret dia depan aku bila kau dah dapat tangkap orangnya". Ucap Tengku Zafreen tegas.

" Baik Tengku!".Balas Zack taat.Takut majikannya akan mengamuk padanya pula selepas ini.

Engku Zalia melabuhkan punggungnya di sofa sebaik sahaja anaknya pergi.Senyuman lebar terukir di bibirnya.Dia tahu sangat perangai anaknya macam mana.Tengku Zafreen gay?.Tak masuk akal langsung.Anaknya itu keras mengalahkan batu tak adanya nak jadi gay.

Tapi...hanya itu satu-satunya cara supaya anaknya berkahwin.Siapalah yang bijak sangat fitnah anaknya itu.Terima kasih banyaklah.Impiannya untuk melihat anaknya yang sangat membenci perempuan untuk berkahwin akan tertunai tak lama lagi.

❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄
Minuman keras yang berada di atas meja,Rania alihkan jauh daripadaku.Kemudian,satu tin coke diletakkan dihadapan Melsa."Kau nak balik rumah dalam keadaan mabuk?.Jangan nak susahkan kitaorang!".Ucap Rania tegas.Zara yang berada disebelahnya hanya menganggukkan kepala tanda menyokong perbuatan Rania.

Melsa mencebik.

Pandangan aku alihkan pada pengunjung-pengunjung kelab malam yang berada disekelilingku.Masing-masing sibuk membuat 'hal' sendiri.Sesekali kepalaku bergoyang-goyang mengikut rentak lagu.

"Baby....".Tiba-tiba muncul seorang lelaki dihadapan Melsa. "Baby...where have you been?.Puas I cari you tau".Kata lelaki itu manja.Tangan Melsa dicapai lalu diusap-usap lembut.

" Hands off please!".Ujar Melsa tegas lalu menarik tangannya.Tolonglah!.Tengok boleh tapi kalau nak sentuh-sentuh memang makan penumbuklah jawapnya.

"Why baby?". Soal lelaki itu hairan.

Rania dan Zara hanya diam memerhati.

" Hei,bukan I dah putus ke dengan you? And please..don't call me baby.I hate it!".

"Putus?.No lah.Kita baru couple tak sampai sejam pun lagi.Kenapa pulak nak putus?".

" Dah I tak suka nak buat apa lagi bersama.Putus ajelah.Tak kisahlah kita baru bercinta sejam ke,30 minit ke?".Melsa bangun daripada kerusi.Rambutnya yang berwarna sedikit kekuningan dibetulkan.

"But i love you!". Lelaki itu masih tidak mahu mengalah.

" I'm not.Kita putus.You cari aje orang lain.Sejam lepas you ada dalam hati i tapi sekarang i dah tak ada perasaan pada you.Biasalah manusia boleh berubah".Jawap Melsa tanpa serba-salah.

"I hate you!!". Marah lelaki itu sebelum beredar dari situ.

" Baguslah".Melsa menyilangkan tangannya ke dada.Langsung tiada perasaan.

Rania menggelengkan kepalanya melihat telatah sahabatnya baiknya itu.Jam ditangan dikerling."Beb!.Kau tak nak balik lagi ke?.Dah malam ni.Confirm mengamuk mama kau tunggu kau dekat Airport tak muncul-muncul".Ujar Rania serius.

"Haah lah Mel.Masa kau lari balik London senyap-senyap hari tu.Sampai ke rumah kitaorang nama kau datang.Kitaorang tak naklah kena badai dengan angin puting beliung mama kau.Sadis beb!". Sampuk Zara menyokong.

" Relak lah.Mama aku tu marah sekejap aje.Kita datang sini kan nak enjoy.So...just enjoy!.Tahulah aku nak uruskan mummy aku nanti".Kata Melsa .Tangan Rania dan Zara ditarik menuju ke lantai tari.

Rania dan Zara yang pada mulanya malas,perlahan-lahan menari bersama Melsa.

Melsa tersenyum lebar.

----------------------------------
Playgirl Vs pembenci perempuan..

Call Me SayangKde žijí příběhy. Začni objevovat