pARt_3

6.8K 376 14
                                    

          "I love you!!".

         Langkah Tengku Zafreen terhenti.

          Zack terdiam.

         Zara menepuk dahinya.Melsa!.

          Tengku Zafreen memusingkan tubuhnya kebelakang.Melsa dipandang tajam.Namun,Melsa hanya tersenyum lebar.Langsung tidak berasa takut." I bergurau ajelah.Bye!".Laung Melsa selamba sambil melambai-lambai ke arah Tengku Zafreen sebelum berjalan ke kereta milik Rania.

          Tengku Zafreen tercengang.

      Sekarang memang aku bukan sesiapa bagi dia tapi tengoklah nanti.Pertama kali aku jatuh cinta.Takkan senang-senang aku nak lepaskan macam tu aje.Ini anak Datin Maria lah!.

       --------------------------------------

Tubuh Melsa rebahkan ke sofa sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.Penat plus mengantuk.Sebelah tangan Melsa letakkan pada dahi.Mahu tidur untuk seketika.Baru sahaja Melsa mahu memejamkan mata,tiba-tiba terasa tangannya ditarik kuat.Serta-merta Melsa membuka matanya dengan geram."Mama!.Apa ni?.Janganlah kacau Mel.Mel penatlah".Ujar Melsa lemah.Tiada tenaga untuk bertengkar.

       "Bangun!.Berjam-jam mama tunggu kamu balik.Cakap sekejap aje.Ini batu malam nak balik!".Bebel Datin Maria.Tubuh anak perempuannya digoncang kuat.

        Melsa pantas duduk bersila di atas sofa mendengar bebelan mamanya." Mel tak suruh pun mama tunggu Mel.Mel dah besarlah.Tahulah Mel balik".Balas Melsa bosan.

          "Menjawap!.Cepat siap.Ikut mama pergi rumah kawan mama.Rumah lelaki yang mama nak jodohkan dengan Mel". Jelasnya.

         " What?!.No way ma!".Bantah Melsa lalu merebahkan diri kembali ke sofa.Datin Maria segera mencapai bantal yang berada berhampiran lalu memukul Melsa bertalu-talu.Melsa yang tidak tahan dengan pukulannya pantas bangun daripada sofa.

        "Ganaslah mama ni!". Marah Melsa manja.

        " Melayan budak samseng macam Mel ni memang kena ganas!".Jawap Datin Maria tidak mahu mengalah.

         "Esok Mel teman mama,ya?.Promise!.Tak elok lah datang rumah orang malam-malam ni".

          " Sekarang!".

          Melsa mengeluh hampa lalu segera menuju ke pintu untuk keluar."Melsa!.Where are you going?".Tanya Datin Maria geram.

            "Teman mama lah!".

           " Dengan pakaian tak senonoh kamu tu?".Kata Datin Maria sambil memandang dress berwarna merah paras paha yang tersarung ditubuh Melsa itu.

      "Okay apa!". Balas Melsa selamba.

         " Budak ni!".Jerit Datin Maria lantang.Melsa pantas melarikan diri ke tingkat atas.Bising betul mama ni!.

        
          ----------------------------------

Datin Maria memberhentikan keretanya dihadapan sebuah rumah yang saiznya hampir menyamai saiz istana.Melsa mangalihkan pandangan pada mamanya yang berada ditempat pemandu."Betul ke ini rumah kawan mama?.Macam salah aje".Tanya Melsa ragu-ragu.Takkanlah mama berkawan dengan kerabat diraja.Mustahil diorang sudi berkawan dengan orang yang mulut suka membebel macam mama.

        "Betul lah ni rumahnya.Dah cepat turun".Arah Datin Maria lalu mencapai handbagnya.

        " Er..mama.Mel nak call Rania sekejap.Ada hal penting.Nanti Mel masuk.Mama pergilah dulu".Bohong Melsa.Malas mahu masuk sebenarnya.Aku tak nak lelaki lain .Aku nak lelaki dingin dekat restoran tu aje.

       "Betul?.Mel jangan cuba nak lari".Datin Maria memberi amaran keras.

          Melsa mengangguk.

         Nak lari macam mana mama awal-awal lagi dah ambil kunci.

         " Okey mama.Melsa tak lari,berjalan aje".Balas Melsa bergurau.

         Datin Maria mencerlung anaknya tajam sebelum berlalu masuk ke dalam rumah besar itu.Melsa bersandar pada kerusi sebaik sahaja kelibat mamanya menghilang.Malas!.Bosan betul mama ni.Kan aku balik London baru tahu.Asyik paksa suruh kahwin aje.Melampau betul!.

        Pandangan Melsa alihkan sekali lagi pada rumah besar itu.Kenapa aku rasa macam nak masuk aje?.Rasa macam ada orang tengah panggil aku.Ini mesti mama tengah mengutuk aku.Tak boleh sabar betul mama ni.Pintu kereta pantas Melsa buka lalu segera keluar daripada kereta.

        Tombol pintu rumah,Melsa sentuh.Namun,pantas tangannya ditarik semula .Haishh...nak masuk ke tak ni?.Rasa macam malas tapi kalau aku buat hal confirm mama tarik kad kredit aku.Bukan takut tapi nanti mesti mama mogok bercakap dengan aku seminggu.

           Lantaklah!.Tombol pintu Melsa pulas lalu pintu ditolak kuat.Serentak dengan itu kedengaran satu suara mengaduh kesakitan."Sakitlah!".Marah satu suara apabila pintu yang aku tolak terkena pada dahinya.

       Tercengang Melsa melihat orang dihadapannya.

        "You?!!". Jerit Tengku Zafreen apabila terpandang wajah Melsa.

         " Yes..it's me.Jodoh yang tuhan kirimkan untuk you.I happy betul dapat jumpa you.I rasa kita berdua memang ada jodoh.You nak kahwin dengan I tak?".Lamar Melsa tiba-tiba.Berbunga hatinya dapat bertemu dengan Tengku Zafreen.Bibirnya tidak henti-henti mengukir senyuman.

       Tengku Zafreen tergaman buat seketika apabila mendengar kata-kata Melsa yang tak masuk akal.Tajam pandangannya pada Melsa."Are you crazy?!.Get out from my house now!.You buat apa datang sini?.Keluar sebelum i call polis".Jerkahnya lantang.

          "Tak apa.I tahu you malu nak mengaku.It's okay.I tunggu".Balas Melsa manja.Amarah Tengku Zafreen langsung tidak dihiraukan.

         " Melsa!".Melsa menoleh apabila mendengar suara mama memanggilnya.

             Datin Maria dan Engku Zalia pantas mendekati Melsa dan Tengku Zafreen."Mel kenalkan inilah anak kawan mama,Tengku Zafreen.Dialah yang akan bertemu dengan Mel tiga hari lagi".Jelas Datin Maria sambil tersenyum lebar.

           Spotan Melsa memandang Tengku Zafreen.Senyuman lebar terukir dibibirnya.Kakinya menapak mendekati Tengku Zafreen dihadapannya.Sebelah tangan Melsa hulurkan padanya."Hai.I'm Melsa.People usually call me Melsa...".

          "But you....can call me sayang".




   

Call Me SayangWhere stories live. Discover now