PEREMPUAN SEPI, BINGIT MERINTIH.

342 3 0
                                    


Menjadi perempuan itu,
Kita kerap mengungkapkan tak mampu.
Kita selalu sahaja mengeluh lelah.
Hampir sahaja tak mengenal lagi erti terus asa.
Merintih dalam diam,
Meraung dalam sepi.


Tetapi dalam meniti kehidupan ini,
Menjadi perempuan itu, kita dibawah paras sedar tentang ajaibnya kita masih sahaja bernafas dalam rahmat-Nya.

Sekali lagi,
Menjadi perempuan itu...

Teruslah tak berputus asa dengan rahmat-Nya.
Tentang ujian-ujian kehidupan yang hadir dan berlalu pergi tanpa diduga.

Menjadi perempuan itu,
Kita mungkin sahaja diskeptik dengan lemah.

Sememangnya benar, kita ini lemah dalam meniti hidup menjadi perempuan itu...

Tapi kita juga menjadi kuat, kerana Dia.
Tiada lagi takut melainkan, kerana Dia.
Tiada lagi rapuh melainkan, kerana Dia.

Biar sahaja,
Kita membisik keluhan kalau itu mampu melegakan.

Cuma,
Dalam keluhan itu cubalah lihat di sekeliling,
Mereka yang lebih teruji,
Apa kita mampu menghadapi ujian mereka itu?

Mereka hidup. Masih diberi kekuatan menghadap ujian hidup.
Persis kita.

Dalam tiap hari yang berlalu,
Dalam tiap bulan yang mendatang,
Dalam tiap tahun yang dirahmatkan,

Teruslah kita meniti hidup menjadi perempuan itu,
Perempuan yang lemah tapi kuat kerna Dia,

Menjadi perempuan itu,
Yang terus menghadap dan menyembah Dia.

Sebab untuk menjadi perempuan itu,
Wajib untuk kita pateri dalam jiwa dan hati,
Tentang Dia yang tahu tentang keluhan lelah.
Tentang Dia yang tahu tentang ungkapan tak mampu kita.
Tentang Dia yang tahu tentang kita yang sahaja tak mengenal lagi erti terus asa.

Sebab kita faham Dia tahu dan sememangnya lebih tahu,
Kita akan terus hidup dengan sabar, tenang dan tabah.

Sebab kita yakin Dia tetap ada untuk kita,
Kita akan terus hidup dengan harapan pada Dia.

Dia yang tak terbatas waktu atau ruang.
Sudah menjawab segala keluhan malah memberi kekuatan untuk kita menjadi perempuan itu,

" La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"
***
Be Legendary Solehah
LOC

#99Curhat "Menjadi Perempuan Itu..."Where stories live. Discover now