Random Teaser & Special Gift

6K 261 84
                                    

"Sayang, seluar dan jaket abang dalam almari dah boleh basuh atau hantar dobi sahaja. Lama dah kot. Asyik lupa sahaja. Sayang asingkan, petang nanti abang hantar dry clean." Komputer bertukar tangan.

Aina mengangguk, menurut sahaja. Setiap poket dari pakaian Zafran. Khuatir jika ada kertas atau tisu di dalamnya.

Berlapis-lapis dahi Aina berkerut. Sebuah kotak kecil terselit pada salah satu jaket Zafran.

Kotak baldu.

Aina mengerling ke arah Zafran yang tekun dengan komputer riba.

Hati berbisik untuk membuka kotak itu, namun tangannya kaku. Aina mengetap bibir. Menghela nafas panjang, menyahkan segala kata-kata jahat di kepala. Pantas dia masukkan pakaian kotor ke dalam bakul.

"A... a... bang... i... ni dalam poket baju." Aina meletakkan kotak itu di meja sesi bersebelahan katil.

Zafran menoleh dan mata terus terpaku pada kotak kecil berwarna merah di atas meja sisi katil. Kali ini dia pula yang kelu.

Aina sudah pergi bersama-sama bakul baju kotor belum sempat Zafran berkata apa-apa.

Zafran menghela nafas panjang. Kotak itu dicapai. Cincin emas putih bertakhta berlian terletak elok di tempatnya. Dia menutup rapat kotak itu lalu diletakkan kembali di meja sisi. Wajahnya diraup. Komputer riba dialihkan ke tepi.

 Komputer riba dialihkan ke tepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Grab one from Penulis Sufea Hareez

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Grab one from Penulis Sufea Hareez...

Special gift for a special wattpad readers... exclusive for you ❤❤❤

Kerana Dia Aina Isabelle  Where stories live. Discover now