Random Teaser

5.8K 264 16
                                    

Tidak sabar juga hendak ketemu sahabat baiknya yang selama ini melepaskan rindu di alam maya sahaja. Sahabat yang sudi untuk mendampinginya walaupun dia dalam serba kekurangan.

Sahabat yang tahu segala isi hatinya.

Pun begitu, Aina tetap risau dengan penerimaan Zafni.

Zafni bukan sahaja sahabat tetapi kini Aina sudah menjadi kakak iparnya.

Hati Aina penuh debaran. Banyak kali dia ke hulu ke hilir. Sekejap melihat juadah yang dimasaknya di dapur. Rasa ada sahaja yang kurang. Kemudian Aina menjengah ke ruang tamu. Menjenguk sama ada kereta yang membawa Zafran dan Zafni sudah tiba atau tidak.

Kereta Shahar tiba di perkarangan. Saat dinantikan tiba jua. Aina sudah berpeluh namun kaki tetap melangkah ke muka pintu.

"Aina! How dare you!" Segah Zafni kuat ketika melihat Aina tercegat di muka pintu. Kuat daun pintu kereta dihempas Zafni.

"Zafni...!" Zafran cuba menghalang Zafni tetapi ditepis kasar oleh adiknya itu.

"Tergamak kau buat aku macam ni!?" Zafni menjerit lantang. Terus sahaja menerpa di hadapan Aina.

Kaku Aina di situ tidak berganjak walau setapak. Menyerah sahaja jika Zafni menyerangnya.

Zafran mula kalut. Tidak dihiraukan tentang bagasi lagi. Dia mahu menghalang pergaduhan antara isteri dan adiknya yang bakal tercetus.

Cuak melihat Zafni diselubungi dengan perasaan marah.

"Maafkan aku, Afni." Aina sudah menitikkan air mata. Mimik mukanya keruh. Menunggu masa untuk berteriak.

"Senang kau minta maaf! Mula-mula kau rampas ibu. Lepas tu abang aku. Lepas ini siapa pula?" Zafni menyergah meledakkan lava. Langsung tiada belas dengan air mata Aina.

"Tidak, Afni. Let me explain. Please..." Aina memegang tangan Zafni tapi ditepis kuat.

"Don't touch me!"

"Afni! Calm down! Jangan menjerit-jerit macam ni." Zafran bersuara menghalang Zafni. Khuatir tapak tangan Zafni melayang di pipi merah Aina. Tak sanggup!

"Abang jangan masuk campur. This is between me and her!" Zafni meningkah dengan nada tinggi pada Zafran.

Zafran tersentap terkena sergahan Zafni. Belum pernah hidupnya disergah kuat oleh adiknya. Lain benar sikap adiknya kali ini. 

......

Marah benar Zafni ni...

Marah Aina kahwin dengan Zafran kah?

Kerana Dia Aina Isabelle  Where stories live. Discover now