Random Teaser

5.5K 242 30
                                    


Ada yang dah baca KERANA DIA AINA ISABELLE??

Macam mana? Cukup rasa tak?

❤❤❤ Nah... Aina  belanja makan maggi...❤❤❤

************

Aina membesarkan langkahnya. Groceries store dari apartmennya tidak jauh. Selang dua bangunan sahaja. Dia tak peduli pada Zafran yang mengekorinya dari belakang.

Melihat telatah Aina yang seperti kepingin jajan, membuahkan senyuman di bibir Zafran. Layankan sajalah. Semuanya gara-gara pembawakan budak. Ah, anaknya juga!

Masuk ke groceries store, Aina pantas mencapai troli. Langkahnya laju saja menuju ke bahagian rak barang-barang yang diingini.

"Maggi ada di mana-mana sekarang. Jangan ingat ada di Malaysia aje." Nada Aina bernada riak sebelum dia mencapai beberapa paket mi segera pelbagai perisa dan dimasukkan ke dalam troli.

Bulat mata Zafran melihat hampir separuh rak yang penuh dengan mi segera itu telah dikosongkan oleh Aina.

"Ini nak buat stok sampai bersalin ke apa?"

Zafran meletakkan kembali separuh daripada apa yang diambil oleh Aina ke rak semula.

Aina menghentakkan kaki. Memuncungkan mulut dan memasamkan muka. Diambilnya semula.

Zafran mengeluh dan menggeleng. Terpaksalah dia mengalah.

😍😍😍

Kerana Dia Aina Isabelle  Where stories live. Discover now