Bab 5

6.7K 431 97
                                    

KALI ini Zafran sudah tahu arah tujunya. Mencari gadis itu lebih mudah. Rumah putih!

Jika tiada di situ, barulah dia mulakan pencarian di sekitar kilang.

Dia mengorak senyum lebar apabila melihat gadis itu berada di tempat kali pertama dia datang tempoh hari.

Berdiri di belakang Aina hanya sia-sia, gadis itu tidak akan menyedari kehadirannya.

"Hai." Zafran munculkan diri.

Aina mengangkat muka.

"Assalamualaikum." Dia membalas, tumpuan kembali terarah pada lukisan.

Earphone di telinga dicabut dari lubang telinga. Cuba untuk berlagak tenang biarpun hati mula menerjah pelbagai rasa.

Zafran termalu sendiri, sepatutnya dia yang memberi salam terlebih dahulu. Dia menjawab salam perlahan. Duduk tanpa dijemput di hadapan Aina.

"Busy ke?" Soalan ditanya apabila melihat Aina buat endah tak endah padanya. Tangan Aina masih mencorakkan berus pada kertas.

"Kenapa?"

"Teman saya."

Aina memandang sekilas.

"Ke mana?" Sengaja menjual mahal pada lelaki itu.

Dia memang sudah tahu awal akan kedatangan Zafran ke situ apabila dimaklumkan oleh Zaharah. Wanita itu meminta dia membantu anak lelakinya mendapatkan beberapa keperluan.

"Saya perlukan semua ini. Mana saya boleh dapat?" Zafran menyerahkan senarai yang ditulisnya pada Aina.

Memandang Zafran, tangan Aina menyambut huluran tersebut dan membaca satu persatu. Tiada satu pun yang tertinggal.

"Nak meja lukisan ready made atau awak nak yang custom made?" Soalan ditanya tanpa memandang Zafran.

"Saya nak tengok dulu. Mana yang lebih sesuai dan cepat boleh saya gunakan."

"Kalau awak nak segera custom made lebih mahal tapi akan buat ikut specs yang awak nak."

"Money is not a problem. Saya nak segera. Banyak kerja saya tergendala." Mata Zafran meneliti wajah Aina. Manis.

"Okay. If that so, ini kad kedai perabot. Awak pergi ke alamat ni. Jumpa dengan Eric. Awak beritahu sahaja apa yang awak nak. Tahulah dia nanti." Aina acuh tak acuh memberikan kad nama kepada Zafran.

Terus Zafran mendengus. Dia mengharapkan Aina membantunya, bukan dia sendiri yang pergi.

"Ah come on. Mana saya familiar jalan di bandar. Buang masa saja kalau saya tersesat nak pusing-pusing sana sini." Dia beralasan.

Kali ini giliran Aina pula berdengus.

"Fine. Saya minta Eric datang rumah awak. Bawa katalog dan pita ukur. Biar dia terus ambil ukuran bilik kerja awak."

"Hey... saya bukan nak meja sahaja tau. Tengok senarai tu."

Aina kecilkan mata bila melihat Zafran mula bangun mencekak pinggang.

"Alatan lukisan awak kedai stationery banyak kot. Cawangan Syarikat Muda Osman di Kubang Kerian kan ada." Suara Aina naik satu oktaf. Kalau tadi masih ada kelembutan, kali ini lebih tegas.

"Tak seperti yang saya nak. Mereka cakap ada di cawangan utama di bandar." Zafran membalas. Dia memang sudah menelefon cawangan tersebut.

"Nabila tak ada untuk teman kita keluar. Takkan kita keluar berdua sahaja." Aina beralasan lagi.

Kerana Dia Aina Isabelle  Where stories live. Discover now