Bab 9

7K 462 50
                                    

ZAFRAN memandang ibunya. Dia bersedia dimarahi dengan tindakan tekad kali ini. Dia tidak menoleh ke belakang lagi dan sedia menanggung segala risiko.

Jika terlambat, mereka akan terlepas. Biar jadi dahulu, apa yang akan berlaku kemudian hari, dia akan fikirkan nanti.

One at the time.

"No, Zaf! Ibu tak setuju." Zaharah membentak. Terkejut dengan permintaan anaknya.

Tiada angin, tiada ribut meminta dia ke rumah walid melamar Aina.

"Kenapa? Ibu sayang dia, kan?" Zafran masih berlembut cuba memujuk dan meyakinkan ibunya.

"Ibu juga sayang anak ibu. Untuk apa Zaf mahu nikahi dia?"

Pertanyaan ibunya buat Zafran kelu.

"Sayang dia? Cinta dia?"

Zafran diam lagi.

"Untuk apa?" Zaharah meninggikan satu oktaf suara.

"Untuk ibu. Zaf mahu dia menjadi isteri Zaf kerana ibu. Zaf tahu ibu sayang dia. Dan dia juga sayang ibu. Tapi bila Zaf balik ke sini, dia menjauhi diri dari ibu. Ibu ternanti kehadiran dia, bukan?" Zafran tidak mahu menyembunyikan perasaan sebenar.

Zaharah menghela nafas dalam.

"Zaf, ibu nak anak ibu kahwin dengan orang yang Zaf sayang dan cinta. Ibu nak anak ibu bahagia. Bukan kerana ibu."

Zafran memegang tangan ibunya. Dibawa ke pipi sebelum dia mengucup lama.

"Zaf juga nak ibu bahagia dengan perkahwinan Zaf." Zafran merintih lembut. Dia akan memujuk ibunya sehingga hasratnya diterima.

"Siapapun pilihan Zaf, ibu akan terima. Jangan permainkan Aina." Zaharah cepat meningkah.

"Ibu tak mahu ke tengok Zaf dapat isteri yang solehah. Isteri yang boleh hidup susah senang dengan Zaf. Kahwin dengan Zaf dan keluarga kita sekali."

"Nak isteri yang solehah, lelaki yang memainkan peranan. Tak guna jadi suami jika tidak boleh mendidik isterinya ke jalan yang betul." Pangkah Zaharah tegas. Perkara sebegini bukan boleh dibuat mainan.

"That's what I'm trying to do, bu." Zafran luahkan apa yang terpendam.

Zaharah masih tega, tidak mahu mengalah. Kali ini dia juga tidak akan mengalah pada anaknya. Tidak mahu masa depan Aina dipersiakan kerana kerja gila Zafran dan semata -mata dirinya yang sakit.

Hidupnya tak lama tapi perjalanan Aina masih jauh. Dia mahu Aina menggapai segala keinginannya. Perkahwinan akan menyekat Aina.

"Zaf ada Sarah. Zaf cintakan Sarah, kan? Ajaklah dia kahwin. Ibu terima Sarah seadanya. Zaf bimbing dia jadi isteri yang solehah. Suami perlu jadi imam. Jika isteri yang solehah tetapi suami tidak boleh menjadi imam tak guna juga, Zaf." Zaharah mengusap tangan Zafran.

Zafran menarik nafas dalam.

"Ibu, Sarah tolak lamaran, Zaf. Dia tidak mahu bersama Zaf di sini." Zafran tertunduk.

"Then, don't stay here." Zaharah meningkah.

Zafran berpaling, memandang ibunya. Menggeleng kepala.

"No way. I've made the decision. Clearly."

"Tak semua orang boleh ikut keputusan Zaf. Di sini bukan tempat Sarah. Sudah tentulah Sarah tak akan setuju."

Zaharah tidak mahu Zafran dihimpit rasa serba salah. Terpaksa memilih antara dia dan Sarah.

"Ibu tahu perasaan Zaf. You are my first, on the top of the list. I don't mind Sarah tolak lamaran Zaf. I want to be here with you. Twentyfour seven. Like it or not." Seperti Zaharah, Zafran juga tidak akan mengalah. Tidak ada yang boleh mengubah keputusannya untuk terus di samping Zaharah.

Kerana Dia Aina Isabelle  Where stories live. Discover now