Bab 6

6.8K 441 101
                                    

KOTAK-KOTAK yang sudah diisi dengan barang yang akan dibawa pulang ke rumah ibu sudah disusun di meja sisi. Hanya tinggal untuk dibawa masuk ke dalam bonet kereta sahaja.

"Hey, kau berkemas bilik macam dah tak nak balik sini." Azman muncul di muka pintu.

Zafran menoleh ke arah rakannya, sekadar melemparkan senyum.

"Senang kalau aku perlukan apa-apa di sana taklah terkial-kial Adele kena hantar. Nanti aku akan pasang mesin faks di sana. Senang untuk kau atau Adele nak hantar dokumen kepada aku."

"I'm gonna miss you, bro." Azman duduk di sofa, mengeluh kecil. Dia akan berjauhan dengan rakan baiknya. Rumah dan pejabat takkan sama tanpa Zafran.

"Anytime aku akan buat spotcheck syarikat kita. Kau jangan buat onar ya." Kata Zafran berbaur amaran membuatkan Azman ketawa.

"Takkanlah aku nak tabur pasir dalam periuk nasi kita. Kau tak apalah banyak sumber lain. Aku ni. Ini sahajalah yang aku ada." Azman membalas membuatkan Zafran termanggu seketika sebelum menghela nafas panjang.

"Aku harap keputusan yang aku ambil ini betul." Zafran duduk bersandar di sofa, berhadapan dengan rakannya.

"Bro, what ever your decision, you have all my support. Infinity, bro. Kau ada masalah, perlukan aku just call me."

"Thanks, Man. Aku hargai sangat."

"Zaf, tak ada yang lebih penting dari orang tua yang Allah kurniakan untuk kita. Masa yang ada ini kau patut bersamanya. Lupakan harta dunia ini. Masa bersama ibu tidak ternilai. Bila ibu telah tiada nak menyesal pun tak berguna."

Kata- kata Azman meyakinkan keputusan yang diambilnya tepat. Dia tidak akan menoleh ke belakang lagi. Tidak ada apa yang boleh mengubah keputusannya.

"Ya. Aku sebolehnya nak tunaikan apa sahaja kehendaknya. Apa sahaja untuk dia rasa bahagia."

"Satu yang orang tua sangat berharap sebelum mereka menutup mata."

"Apa dia?"

"Dia mesti nak tengok anaknya kahwin dan bahagia dengan orang yang dicintai. Aku percaya ibu kau pun macam tu."

Sekali lagi dia termanggu dengan kata-kata Azman. Zafran menarik nafas dalam. Terasa berat hembusan nafas yang dilepaskan semula.

"Aku tahu." Zafran mengeluarkan kotak baldu dari poket jaketnya. Terbungkam mata Azman.

"Tapi aku tak pasti Sarah bersedia atau tidak." Sambung Zafran sebelum Azman bersuara.

"Aku berat hati sebenarnya nak lamar dia, tapi aku cubalah."

"That's a big step for her, and for you too, I guess. Lebih-lebih lagi kau nak settle down di Kelantan. It might be huge for her."

"Very huge." Zafran menambah, menutup kembali kotak itu dan memasukkan kembali ke dalam poket jaketnya.

"Hey... no harm to give a try. Love is blind. Kalau dia betul cintakan kau, she would give up everything to be with you. Jika tidak, anggap sahaja dia bukan jodoh kau." Azman menepuk bahu Zafran.

Zafran sekadar mengetap bibir. Dia juga keliru dengan keputusan untuk melamar Sarah.

"Pukul berapa kau nak jumpa dia?"

"Petang nanti."

"Sudah. Jangan fikir lagi. Mari aku tolong kau angkat barang dalam kereta. Kata nak balik apartmen lagi. Jangan terlambat pula date kau petang ni. Date penting ni." Azman membeli jiwanya dan cuba menghilangkan rasa gundah Zafran.

Kerana Dia Aina Isabelle  Where stories live. Discover now