Bab 8

6.6K 446 94
                                    


SEPERTI yang dijanjikan, hari itu Shahar menemaninya berjogging di persisiran pantai. Termengah-mengah Shahar hendak mengejar langkah Zafran.

"Dasyatlah kau ni, macam zaman sekolah dulu juga, lari macam lipas kudung." Mereka sama-sama meneguk air kosong rakus.

Zafran tersenyum. Ketika di sekolah dulu, dia adalah atlet lari jarak jauh. Hanya itu sahaja kebolehannya, berlari. Jika disuruh main bola sepak, awal-awal lagi angkat tangan. Dia seorang kaki bangku.

"Jauh kau termenung. Ingatkan buah hati ke?" Shahar mencuit bahunya.

Sejak mereka duduk melepaskan lelah di batu-batu besar tepi rumah api, Zafran hanya membisu seribu bahasa.

Zafran sekadar senyum kelat.

"Mana ada lagi buah hati. Dah putus." Jawapan Zafran hanya dibalas dengan cebikan oleh Shahar.

"Tengah bersedih sebab putus dengan pelakon popular tu ke?" Shahar menduga. Lain benar kawannya sehari dua ini. Lebih banyak termenung.

Putus cinta?

"Pelik. Tak ada pula aku nak bersedih. Kononnya bercinta bagai nak rak dulu. Sarah buat PC lagi. Seantero dunia tahu kami bercinta." Zafran menyengih.

"Ya. Mujur kawan aku handsome. Boleh juga aku tumpang bangga bila tengok kau keluar dalam tv dan majalah hiburan." Shahar tergelak kecil.

Bukan dia yang beria melayan gosip artis, tetapi isterinya. Terjerit- jerit bila melihat anak Puan Zaharah terpempang di majalah.

"Entahlah. Bukan pasal putus cinta. Aku tak frust pun putus dengan dia. Aku tahu ibu macam tak suka aku dengan Sarah. Bila putus tu, aku lega sebenarnya."

"Habis tu? Macam ayam berak kapur aje kau ni. Kau ada masalah? Ibu kau tak sihat ke?" Bertubi tubi soalan menyerang Zafran.

"Keadaan ibu macam tulah. Kau pun tahu sakit dia. Kadang-kadang sakit, kadang-kadang sihat. Kena berawas selalu." Zafran melepas hela nafas panjang.

Shahar mengangguk. Mengerti.

"Sabarlah, kawan. Besar pahalanya kita menjaga orang tua ni. Ada hikmahnya setiap ujian yang Allah berikan. Allah takkan uji pada orang yang tidak mampu. Setiap ujian itu adalah tanda sayang Allah pada umatNya."

Zafran mengangguk. Mengakui setiap kata- kata sahabatnya.

"Ya. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk bersama ibu. Aku berharap sangat Zafni dapat bersama ibu sekarang. Aku tahu ibu pun berharap yang sama."

"Bila dia akan pulang?"

"Selepas konvo. Mungkin akhir bulan depan." Zafran mengeluh kecil.

"Tak lama dah, Zaf. Sekarang masa kejap je. Pejam celik pejam celik dah satu minggu."

"Ya, pejam celik pejam celik dah berderet anak kau, Har." Mereka menghembur tawa.

"Hey kawan, kalau kau perlu bantuan aku, anytime kau roger sahaja." Shahar menyiku Zafran apabila melihat Zafran mula hendak termenung semula.

Zafran mengangguk. Hanya melepaskan pandangan pada laut. Sekali lagi dia mengeluh.

"Kau macam ada benda yang terbuku ni. Apa dia? Luahlah... mungkin aku boleh bantu selesaikan masalah kau."

Zafran menarik nafas panjang. Dia berdehem membaiki rongga tekaknya.

"Macam mana aku nak cakap, ya?" Zafran mengetap bibir. Mengusap cuping telinganya yang terasa hangat. Dapat merasakan telinganya sudah kemerahan.

Kerana Dia Aina Isabelle  Donde viven las historias. Descúbrelo ahora