Bab 12

7K 429 55
                                    

LAPANGAN Terbang Sultan Ismail Kota Bharu hingar bingar dengan manusia yang punyai agenda tersendiri.

Sebentar tadi mereka sudah menyemak papan kenyataan elektronik, senarai penerbangan yang tiba dan berlepas terpapar satu persatu. Hujung minggu banyak pesawat keluar dan masuk ke negeri Cik Siti Wan Kembang setiap jam dari pelbagai agensi penerbangan.

Pesawat AK361 dari Kuala Lumpur baharu sahaja mendarat. Sekejap lagi orang yang dinantikan akan muncul.

"Mana dia orang ni? Menyesal pula tak makan dulu nasi kerabu tadi. Laparnya." Rungut Zafran, mata kejap memandang di balai ketibaan, kejap pada jam di pergelangan tangan. Sudah lima belas minit pesawat mendarat, kelibat mereka belum kelihatan.

"Kalau makan tadi, mereka pula yang menunggu kita pula. Sabarlah sekejap, ya." Aina memujuk lembut biarpun perutnya turut sama berkeroncong bila terbayang nasi kerabu umi.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, belum sempat mereka ke pasar, walid muncul membawa nasi kerabu hasil air tangan umi. Tinggal dia gorengkan ayam berempah dan ikan celup tepung sahaja. Tahu saja walid, mereka bakal menerima tetamu.

"Siapa nama pekerja awak?" Aina berdiri di sisi Zafran. Terpaksa dia mendongak ketika bercakap kerana ketinggiannya hanya melebihi sedikit dari paras bahu Zafran.

Orang ramai mulai memenuhi ruang legar di luar balai ketibaan apabila pengumuman dibuat. Bermakna bila-bila masa sahaja penumpang akan muncul.

Mengelakkan Aina dihimpit, dia menarik lengan Aina supaya berada di hadapannya. Menggenggam kemas kedua-dua lengan Aina. Bagai dipanah halilintar Aina menahan rasa kejutan elektrik dari sentuhan kejab itu. Terkesima dengan perlakuan Zafran.

"Adele. Dia SU, a.k.a my PA, tea lady, cleaner, driver, telefonist, kaki gaduh dan paling teruk kuat melawan saya. All in one Adele ni."

Kepala Aina terpaksa ditelengkan melihat muka Zafran ketika dia sedang bercakap.

"Banyak sangat skop kerja dia? Banyak tak awak bayar gaji dia?" Aina menegakkan kembali kepalanya bagi mengelakkan dagu Zafran tersentuh dengan dahinya apabila Zafran tunduk memandangnya.

"More than enough!" Zafran juga menegakkan kepala. Bukan Aina sahaja yang berasa gugup bila kedudukan mereka dalam keadaan dekat begitu. Dia merasa aura itu juga.

"How about Azman?" Aina ingin mengenali lebih dekat orang yang rapat dengan suaminya. Biarpun sering mendengar cerita dari Zaharah tentang Zafran, dia tetap ingin tahu dari mulut lelaki itu sendiri.

"He is my share partner and my bestfriend. Since saya di MRSM lagi. Dia kaki perempuan but he is very nice person."

Mata Aina yang bundar luas terbuka.

"Kalau dia kaki perempuan, awak pula apa?"

Dia mendengar Zafran ketawa kecil. Terasa belakangnya dia himpit oleh dada bidang lelaki itu. Hangat.

"Saya?" Zafran berbisik menyebabkan meremang bulu roma di tengkuk Aina. Tegak kepala Aina, dikeraskan. Lambat- lambat dia mengangguk.

"Saya adalah kaki dan tangan Aina Isabelle Mokhtar." Jawapan Zafran berbisik di telinganya membuatkan Aina menelan air liur kelat.

Hangat muka kian terasa. Badan pula terasa makin mengecut.

"Berapa lama mereka di sini?" Tanya Aina cepat-cepat mengubah topik.

"Sehari dua maybe. Kami nak bincang hal kerja." Mata Zafran melilau di ruang ketibaan. Penumpang mula melewati ruang menunggu.

"Awak nampak tak perempuan yang gempal-gempal tu. Baju hijau dan seluar panjang. Itulah Adele. Mamat kat sebelah dia tu Azman." Zafran sekali lagi berbisik di telinganya.

Bagai nak luruh jantungnya. Bukan terasa pijar lagi tapi sudah kebas tidak berdarah mukanya. Tak cukup lengannya dipegang erat, bau wangian Agner Black membuatkan dia tidak cukup nafas apabila badan lelaki itu sangat rapat dengannya. Lemas dan mengasyikkan.

Belum hilang rasa gemuruh, jari jemarinya digenggam. Zafran menarik lembut dirinya ke ruang yang lebih lapang. Biar pertemuan mereka berempat lebih selesa.

Aina cuba mengawal perasaan gemuruhnya yang sudah tidak tertahan. Rasa jantung sudah padat memenuhi ruang dada. Degupnya kian kencang. Seperti berada di awangan. Sakan Zafran cuba mengambil peluang terhadapnya sepanjang sesi perkenalan dia dengan Azman dan Adele. Tangan Zafran sekejap di bahu, sekejap di belakang pinggangnya, sekejap menggenggam jari jemarinya. Ada sahaja cubaan yang membuatkan mukanya tidak surut dengan rona merah.

"Sweet sangat bos dengan wife dia. Macam mana I tak tahu tentang dia, Man?" Adele membisik pada Azman ketika mereka memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta.

"I pun tak tahu... Tak guna punya kawan. Nanti kita interview dia habis-habisan." Azman mendengus, mengerling ke arah Zafran.

"Korang mengata akulah tu!" Zafran menyergah, menyedari Azman dan Adele memandang ke arahnya ketika dia sedang membuka pintu untuk Aina.

"Mahunya tak. Dah berbakul-bakul kut dari KL lagi si Adele dok mengata kau. Bernanah telinga aku." Adele mencekak pinggang.

"I ke you, Man?"

"Bukan ke you yang beria nak tahu bos kesayangan you nikah dengan siapa."

"Hello, you pun sama. Beria minta I book flight awal pagi untuk sampai sini." Adele pula membentak tidak mahu kalah dengan tuduhan Azman.

"Mestilah I suruh book cepat. Kalau flight dah penuh macam mana? Tak hingin I nak drive ke sini sambil dengar you membebel macam mak nenek sepanjang jalan."

"How dare you, cakap I mak nenek." Adele mengetap rahang garang.

"Ahh dua-dua sama saja. Dah korang jangan nak bergaduh di sini. Jangan nak memalukan aku. Masuk kereta cepat!" Zafran menghentikan pertikaman lidah mereka berdua yang hendak bermula. Makin dibiarkan, makin menjadi.

"Kenapa?" Aina sedikit berbisik ketika Zafran membolosi masuk ke dalam kereta. Mengerling ke arah Adele dan Azman yang berwajah kelat. Zafran senyum sahaja. Kereta dihidupkan enjin dan membuka alat penghawa dingin kuat. Biar mereka berdua di belakang cepat merasa dingin, sejuk kembali.

"Perkara biasa."

"Ok bos, jalan." Azman menepuk belakang kerusi Zafran. Lagaknya seperti tuan besar. Adele yang tadinya kelat sudah ketawa kecil.

"Berani you! Nak kena tinggal tepi jalan ke?" Adele pula bersuara. Biarpun dia juga seronok melihat muka Zafran cemberut dipermainkan oleh Azman.

Kereta bergerak meninggalkan lapangan terbang. Adele mula rancak mengatur rancangan, mahu ke sana sini. Mahu makan itu dan ini. Hanya Aina yang melayan celoteh Adele. Zafran dan Azman hanya mendengar sahaja.

"Plan mengalahkan nak duduk sini lama. Lusa kita dah nak balik, okey." Dengus Azman ketika kereta memasuki perkarangan rumah banglo milik keluarga Zafran.

"Bos, I dah book hotel tau. Area Wakaf Che Yeh. Ada baca review hotel tu dekat dengan night market yang popular di sini." Baru sahaja dia perasan keberadaan mereka.

"Hello amoi, check in after 2. Sekarang baru pukul 9. Petanglah I hantar. Lagi pun umi Aina dah masakkan nasi kerabu. I dah kelaparan ni."

"Lapar apa kau ni? Selama di KL tak pernah pukul 9 pagi makan nasi. Kerja keras ke semalam?" Azman galak mengusik. Belum sempat Zafran membalas Azman sudah keluar dari kereta sambil gelak besar.

Zafran memandang muka Aina yang sekali lagi merah seperti udang panggang. Simpati pula dengan isterinya. Belum sempat rona merah surut dari wajah comel itu, pijar datang menerpa lagi.

Bertabahlah, Aina.

Kerana Dia Aina Isabelle  Where stories live. Discover now