BAB 4 : SCENE 1

1.1K 39 4
                                    

Aku tak boleh bezakan muka aku dengan tayar basikal. Kedua-duanya nampak sama sekarang. Bertampung dan berlubang di sana-sini. Walaupun dengan sekali penumbuk sahaja muka aku nampak teruk gila. Berbeza dengan gadis yang sedang tertidur di sofa rumahku sekarang ini. Dia hanya mendapat luka kecil di dahinya akibat terbentur ke dinding. Setelah lukanya dicuci dan darah-darahnya dibersihkan, wajahnya kembali terlihat elok dan mulus. Cantik bagaikan seorang model. Aku hanya duduk melihat wajahnya itu. Hidungnya mancung dengan kening yang tersusun elok bagaikan sayap camar. Boleh jadi dia memang seorang model. Tubuhnya langsing seperti model bra yang aku lihat di dalam katalog AVON.

Wajahnya yang lembut itu aku tenung dengan lama. Mujur juga tragedi sebentar tadi berakhir tanpa ada kecederaan yang teruk di pihak kami berdua. Walaupun kelihatan janggal dan tak masuk akal bagaimana sebuah lohong boleh terhasil dari tangan seorang lelaki bunian. Dan lelaki bunian itu menaiki kereta mewah untuk bergerak. Sedari tadi aku tertanya-tanya mengapa lelaki itu tidak merentas sahaja ke dalam lohong-lohong yang diciptanya. Boleh jadi, rasa-rasanyalah, dia bukanlah orang bunian pun melainkan pengamal ilmu hitam. Seorang bomoh high class yang mengaut pendapatan dengan menipu orang hinggakan dia kaya melana. Berbeza pula dengan teman wanitanya, gadis yang memberikan ubat kepada aku sebentar tadi seorang yang baik hati. Aku masih lagi menunggu keajaiban. Untuk lima saat yang terasa lama selepas botol ubat dipecahkan. Penantian berakhir apabila gadis yang tertidur di sofa rumahku akhirnya terjaga. Dia bangkit dengan wajah yang mamai. Matanya terbuka tutup, melawan cahaya terang pada lampu siling dan memadang ke sekitar sebelum terhenti memadang aku yang duduk tegak di hadapannya. Tercongok dengan hidung yang berplaster dan wajah yang kelebaman. Ubat itu ternyata berkesan. Sekali hidu sahaja gadis malang ini kembali segar dan bangkit macam tiada apa-apa yang berlaku.

"Saya.... Ada kat mana ni? Apa yang dah jadi?" Gadis itu cuba bangkit, namun kepalanya terasa berat membuatkan dia hilang keseimbangan. Cepat-cepat aku menerpa dan menyuruhnya duduk kembali. "Cik ada di rumah saya. Cik selamat kat sini."

"Saya buat apa kat sini..." Matanya menipis memandang aku. Hidungnya tercungit-cungit terbau sesuatu. Ditarik perlahan rambutnya yang panjang mengeras itu ke hidung sebelum terhidu bau yang busuk dan melugai. Tekaknya menjadi kembang. "Apahal busuk sangat ni?"

Aku melihat kembali botol pemberian si bunian yang berada di telapak tangan. Rupanya ubat itu bukan sahaja membuatkan orang kembali pulih, bahkan membuatkan orang terlupa pada apa yang terjadi pada dirinya. Tak sangka orang bunian juga mempunyai ubat yang sebegini hebat di dunia meraka.

Celaka la, aku patut minta lebih tadi.

"Cik kena pukul tadi. Cik ingat lagi tak? Ada seorang lelaki, di belakang lorong, dia pukul cik hingga pengsan." Kata aku, cuba untuk mencamtukan kembali memorinya yang hilang.

Gadis itu senyap dan berfikir sejenak. "Tak... Saya tak ingat langsung."

"Tak apa, sebenarnya saya dah belasah laki tu. Cik dah selamat kat sini. Tiada siapa lagi akan ganggu cik lepas ni. Cik....Err..."

"Saya Betty."

"Oh, Betty. Cantik nama tu. Macam dalam drama Yo Soy Betty La Fea."

Betty melenggung seakan tidak mengerti. Alamak, takkan memori dia terpadam sampai 10 tahun kebelakang? Cerita tu fames kot.

Aku meminta izin dan berlalu masuk ke dalam bilik sebelum keluar membawa kain tuala kering yang siap berlipat. (Sebenarnya aku baru lipat) Rumah yang bersepah juga sempat aku kemaskan. Menyusun atur kembali perabot, membuang sawang, juga mencuci pinggan mangkuk yang bertimbun di dalam sinki sebelum menyedarkan kembali Betty dari pengsannya. Ikutkan aku penat gila. Boleh terlihat peluh dari di pelipis yang menjujuh turun tidak berhenti sedari tadi. Namun aku berpuas hati apabila melihat rumah yang sudah siap teratur. Macam disusun rias oleh Eric Leong, pereka hiasan dalaman terkenal di rancangan Deko Bersama Eric.

"Tunggu dulu." Betty mengangkat tangannya ke wajah aku yang membongkok menghulurkan kain tuala kepadanya. "Awak... Awak rogol saya ker?"

"Eh tak cik. Saya tak buat apa-apa."

"Habis tu macam mana saya boleh ada kat sini kalau saya pengsan?"

"Saya bawa cik naik motor."

"Macam mana saya yang pengsan boleh naik motor?"

"Saya... Saya ikat cik kat belakang saya."

"Ikat? Pakai tali?"

"Tak... Pakai baju kemeja saya."

"Jadi awak bawa saya.... dengan tak pakai baju?"

Aku mengangguk perlahan.

"Awak tak pakai baju, ikat saya kat belakang dan bawa saya melalui jalan-jalan di Kuala Lumpur ni?" Soalnya bagai tidak percaya.

Aku mengangguk lagi. Gadis itu tertegun. Lama dia berfikir sebelum dia senyap dan kembali tersenyum memandang aku yang kepucatan di hadapannya. "Tak sangka ada lagi orang baik kat KL ni."

Mendengarkan perkataan baik di bibirnya membuatkan biji mati aku terbeliak. Aku kembali berdiri dan menjatuhkan kain tuala yang dipegang ke lantai dengan sengaja. Perlahan-lahan aku berpaling dengan berpeluk tubuh, memandang lama ke dinding yang kosong. "Saya bukan orang baik, tau." Kata aku dengan angkuhnya.

"Jadi awak orang jahat la. Oh my god!"

Aku berpaling dengan cepat kebelakang apabila gadis itu tiba-tiba menjadi panik. "Ehh tak-tak... Bukan orang jahat yang bunuh-bunuh camtu. Saya... Saya badboy! Macam.... Macam... Errr..."

"Macam Azroy dalam Gila-Gila Remaja tu?"

"Haaa....Camtu la!" Aku memetik jari dan mengangkat sebelah kening dengan tinggi. "Jadi, awak artis?" Betty mula bertanya lebih jauh. Aku rasa macam nak tipu tapi macam tak patut pula. "Cik mandi la dulu. Nanti kita borak lagi." Aku berjalan pergi menuju ke balkoni meninggalkan soalan itu tidak berjawab. Aku dapat rasakan aura badboy menyerap ke dalam setiap pembuluh darah aku sekarang. Betty juga mempercayai aku dengan sepenuh hatinya. Dia berlalu pergi menuju ke ruang tengah, "Awak... Bilik mandi kat mana?"

Aku berpaling ke belakang dan melihat dengan mata yang tajam. Sebelah kakiku terangkat tinggi diletakkan di atas penghadang pagar balkoni. Tinggi sangat pagar tu. Tapi gaya yang aku berikan agak cemerlang dan kena dengan perwatakan seorang badboy. "Carilah sendiri. Rumah ni kecik jer, tak sesat sampai Rompin pun." Aku mendengus dengan angkuhnya.

"Betullah! Awak memang badboy!" Gadis itu tersenyum lebar dan berjalan menuju ke kanan.

"Kiri la...kiri!"

Betty berpatah balik dan belok ke kiri dan ketemu dengan bilik mandi yang dicarinya. Aku tersenyum nipis, menganggukkan kepala dengan perlahan mengagumi sifat badboy yang kini telah berjaya bersebati di dalam diriku.

FANTASTIKWhere stories live. Discover now