BAB 2 : SCENE 2

1.7K 66 7
                                    

Motor diparkir betul-betul di hadapan pintu bank. Kiri dan kanan tidak terlihat kenderaan namun di dalam bank terdapat seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan mesin ATM. Lelaki tua berkupiah putih dengan baju bewarna sama sedang terbongkok-bongkok melihat ke paparan skrin. Aku melirik pada jam di tangan yang menunjukkan angka 1 pagi. "Hantu ker apa ni?" Bisik aku yang tertoleh sekali lagi melihat ke sekitar. Namun di situ hanya ada aku seorang yang berkenderaan dan semua kedai di sini sudah pun ditutup. Lengang tanpa ada pengunjung yang lalu lalang. Bahkan, cengkerik juga tidak akan lalu di sini sebab kawasan ni membosankan.

Aku melangkah masuk pada ruang yang hanya terdapat sebuah mesin ATM di dalam. Lelaki tua itu tidak menoleh melihat aku yang berjalan dengan gaya gangster. Aku dah start jadi badboy sebenarnya lima minit yang lepas waktu rahang aku kejang kerana ketawa sebentar tadi. Di belakang lelaki itu aku berdiri sambil tertoleh melihatnya. Sudah dua minit, jarinya yang berkedut itu hanya kaku di papan kekunci mesin ATM. Agak lama sehingga membuatkan aku jadi kurang senang dan berfikir yang macam-macam. Boleh jadi dia memang hantu. Hantu yang mati ketika rompakan mesin ATM suatu ketika dahulu. Waktu dia keluar pada suatu malam, pada jam begini. Ya, betul tu. Waktu yang memperlihatkan jasad aslinya saat ini adalah waktu yang sama ketika dia mati dahulu. Lelaki tua itu mahu transfer duit buat anaknya yang belajar di oversea tanpa tahu yang anaknya seorang penghisap gam dan tak belajar pun di sana. Lelaki itu mati ketika perompak sedang menunggu diluar setelah memasang bom pemasa pada sebuah mesin ATM. Lelaki itu meletup dan berkecai hingga jasadnya hanya terlihat seperti nestum bersama sirap maple yang berserakkan di lantai dan siling. Rohnya kemudian menjadi tidak aman dan setiap jam 1 pagi dia akan datang ke sini. Ke mesin dan tempat yang sama dia berdiri sekarang.

Aku mereguk liur. Suhu di dalam bilik yang kecil itu menjadi semakin dingin dan bertambah sejuk sehingga dapat aku rasakan yang telur aku mengecil sebesar guli congkak. Perlahan-lahan, dengan rasa yang takut, aku berpaling ke belakang dan membongkok sedikit demi sedikit untuk melihat di bawah celahan kangkang. Aku ingin memastikan kakinya benar-benar memijak ke lantai. Perasaan ingin tahu dan takut saling berlumba-lumba di dalam kepala. Aku memejamkan mata apabila sudah membongkok di antara dua kaki yang terkangkang luas. Celaka lah hantu mesin ATM ni. Bentak aku di dalam hati dengan bibir yang terketar-ketar.

"Abah?" Suara seorang wanita mengejutkan aku yang terus membuka mata. Lelaki tua tersebut berpaling melihat aku yang tertungging membelakanginya. Aku berpaling ke arah pintu. Dalam keadaan yang masih lagi tertungging memandang seorang gadis yang menahan pintu masuk. Gadis itu turut memandang aku dengan wajah yang berkerut. Kami saling pandang memandang dalam bentuk segi tiga. Anjing... Kata aku dalam hati dan cepat-cepat berdiri tegak memandang ke arah lain. Gadis itu masuk ke dalam dan menarik ayahnya keluar dengan segera menuju ke kereta yang terdapat seorang lagi lelaki di dalam. Lelaki di dalam kereta itu turut memandang aku dengan kepalanya yang tergeleng-geleng. Celaka... Empat segi rupanya. Kata aku lagi sambil tertunduk malu.

"Abah lupa la Yam. Nombor pin bank abah..." Kata lelaki tua itu.

"Tak apa abah, kita cari mesin ATM lain." Gadis itu memimpin ayahnya masuk ke dalam kereta dan mereka beredar menghilang ke susur jalan di hadapan.

FANTASTIKWhere stories live. Discover now