Prolog

16.3K 486 24
                                    


JAM besar di dinding di ruang legar hospital menunjukkan angka 3 pagi.

Sudah kebas punggung Aina duduk di kerusi besi sepanjang malam. Kaki melangkah ke luar hospital, ingin mengambil angin malam. Menghirup udara nyaman. Melihat cahaya bulan yang mengambang.

Sebuah Lexus R320 membelok ke perkarangan hospital dalam keadaan tergesa-gesa.

No Parking.

Sukarnya hendak memahamkan maksud perkataan tersebut oleh pemilik kereta mewah itu.

Mata menyoroti kelibat tubuh yang keluar dari kereta. Dia mengecilkan mata, cuba untuk mengenalpasti gerangannya.

"Encik Zafran?" Aina menyapa gugup tatkala melihat lelaki itu terkocoh- kocoh berjalan memasuki pintu utama hospital.

Langkah lelaki itu terhenti. Sepasang mata yang jelas sekali kepenatan memandang ke arah Aina atas dan bawah.

"Awak siapa?" Bersuara serak dan garau cukup membuatkan Aina yang sedia kecil mengecut.

"Saya yang menghubungi encik tadi."

"Oh... Di mana wad ibu saya? Bagaimana keadaan dia?" Bertalu soalan dari Zafran.

"Maaf, Encik. Saya tak boleh benarkan Encik berjumpa dengan Puan Zaharah sekarang."

"Kenapa?!" Suara Zafran sudah meninggikan.

Ketika gadis ini menghubunginya, boleh pula minta dia pulang dengan segera. Sehabis laju dia memandu kereta membelah malam dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Bila sudah tercegat di situ, dia tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan ibunya pula.

Gadis ini mencabar kesabarannya.

"Who are you?" Mata Zafran bulat memandang si gadis.

Namun, kebisuan yang disembahkan buat Zafran rasa mahu saja membuka mulut gadis di depannya ini agar bersuara.

Kerana Dia Aina Isabelle  Donde viven las historias. Descúbrelo ahora