BAB 1

3.2K 100 9
                                    

"Ma serius Elman kena tukar sekolah lagi.. penat lah ma kalau asyik tukar je.. tetap kena buli jugak" Elman Zikri yang berumur 16 tahun berkata kepada mamanya.

"Elman mama buat semua ni sebab mam taknak Elman kena buli lagi.. Mama yakin kali ni Elman akan baik-baik je kat sekolah baru tu" balas Puan Maisarah ibu kepada Elman

ishh menyesal bagitahu mama nge papa yabg aku kena buli ermm tak pasal-pasal kena tukar sekolah. bisik Elman dalam hati

"yelah ma.. elman naik bilik dulu ye" kata elman dan berlalu pergi

........................................

"Elman bangun nanti lambat nak pergi sekolah. bangun cepat elman" jerit Puan maisarah

"ye lah Elman dah siap dah ni ma" kata Elman dan mengambil tempat di meja makan

"Elman papa dah daftarkan elman dekat asrama so petang ni elman kena kemas baju dan papa hantar ke asrama ye" kata encik Saiful

"ermm owk pa.. Elman pon teringin nak rasa suasana asrama tu. hehehehe yeah"jerit Elman keriangan.

En. saiful dan Pn. Maisarah hanya menggelengkan kepala melihat karenah anak bongsu mereka itu.. Elman mempunyai seorang lagi abang iaitu iskandar zakri.

"pa kenapa pa yang kena hantar Elman ke sekolah bukan ke abang Is ad boleh hantar kan Elman" tanya Elman

"sayang hari ni abang Is kena buat assigment dia sebab esok dah kena hantar dekat pensyarah dia.. " kata en. saiful kepada Elman..

"okey" balas Elman pendek

mereka terus mendiamkan diri dan menjamu selera

.......................................

SMK SERI BUDIMAN
(rekaan semata-mata nama sekolah ni)

"pa Elman pergi dulu ye" kata Elman dan berlalu pergi.

LONCENG berbunyi tanda kelas dah mula start

DI KELAS 4 CEKAL

"oi cikgu dah datang dengan seorang pelajar baru weh" Ariz ketua kelas 4C berbunyi

"assalamualaikum kelas ermm ari ni cikgu ada murid baru.. sila masuk dan perkenalkan nama kamu" Cikgu asiah menyuruh murid baru itu memperkenalkan diri.

"Assalamualaikum semua nama saya Elman Zikri Bin Saiful. semua boleh panggil Saya Elman. saya baru berpindah ke sini. harap semua boleh bagi kerjasama ye"kata Elman

"Elman kamu boleh duduk dekat sebelah ariz" kata cikgu asiah

Elman melabuhkan duduk.

cikgu asiah pon memulakan sesi pembelajaran

"bro aku Ariz. Ermm kita boleh kawan. dan di sini aku nak bagitahu kau yang dekar sekolah ni ada peraturan yang kau tak boleh langgar atau kau memang mati ah bro" kata Ariz

"peraturan apa bro" balas Elman

"kau nampak tak dekat belakang kelas kita ada pintu.. kau jangan sesekali buka pintu tu.. dekat tandas pulak kau jangan masuk tandas yang dekat no 1 dan 2.. tapi kau tak duduk asrama kan. kalau duduk lagi banyak peratura bro" kata Ariz

Elman tergamam dan perasaan ingin tahu membuak-buak dalam dirinya tapi dia taknak langgar peraturan.

"ermm aku duduk lah kat asrama petang ni aku masuk lah" balas Elman

"bro kalau kau duk kau kena hati-hati bro sebab lagi banyak peraturan. erm aku rasa kau akan duduk sama dorm nge aku dekat dorm L45. ermm dan satu lagi asrama kita nama aspura tau.. dulu tu asrama perempuan tapi ada kejadian berlaku menyebab kan asrama tu ditukar kepada asrama lelaki.. nanti petang ni kau datang aku cerita ah bro" kata Ariz

"okey takpa sekurang-kurangnya aku ada kawan dekat asrama tu. takda lah aku ni tercari-cari kawan. tapi kalau kau nak tau aku pindah sini sebab asyik kena buli je dekat sekolah lama" kata Elman

Ariz tergamam sebelum menjawab
"kat sini geng nakal tu geng kelas Gigih tu.. Muiz n the geng tu.. takpe kat sini aku akan tolong kau kalau diorang buli kau. ermm satu lagi kita akan duduk se dorm nge senior form five weh" kata Ariz

"thanks tau Ariz. selalunya aku takde kawan. ni baru first time aku dapat kawan" kata Elman dan tersenyum kat Ariz

Ariz hanya membalas senyuman Elman.

dan mereka pon memulakan sesi pembelajaran macam biasa.

............................................

"Elman dah siap ke belum. papa nak hantar ni" jerit encik saiful

Elman turun mengheret bagasi nya

tergamam puan maisarah dan encik saiful termasuk abangnya yang menyiapkan assigment tu.. mereka terkejut melihat Elman yang macam nak pergi taknak balik ke gayanya dengan bagasi besar nya.

"oi dik. kau dah taknak balik ke. Yang kau bawa bagasi besar sangat tu kenapa?" tanya Iskandar

"hahahaha bukan lah bang. "kata Elman sambil tersengih

Iskandar hanya menggeleng kan kepala sahaja.

"Is taknak ikut ke" tanya en.saiful

"eh mestilah nak" jawab Iskandar

mereka pon menghantar elman.

SESAMPAI di asrama

"Elman dengar cakap papa ni. Dekat asrama banyak peraturan dan pantang larang nya.. Ingat jangan usik sebarang benda yang tak boleh usik. Faham" kata En.saiful panjang lebar.

"baik pa.. ma,pa,abang Elman pergi dulu ye. kata Elman. setelah menyalam tangan keluarganya elman pon pergi mencari dorm nya

"oi Elman sini"jerit Ariz

"hah ye lah" balas Elman dan mengheret bagasinya masuk ke dalam dorm L45. asrama tu ada dua tingkat je tapi panjang.. Elman duduk di tingkat 2.

"jom masuk. okey ni aku nak perkenalkan semua orang.. dalam dorm ni semua baik-baik je. tu yang pegang buku tu abang akram. tu yang dekat loker tu abang raihan tu hujung sekali tu abang ilias tu abang ilham. okey tu senior form five kite. ermm sama batch kita yang duk katil atas tu sarif yang bawah tu syahir. yang tu zahim dan yang tu azham adik kepada abang ilham.."kata Ariz memperkenalkan aku kepada semua. jadi ada sepuluh orang lah dorm ni termasuk aku

"hai saya Elman." balas aku pendek.
mereka hanya menggangguk kepala sahaja dan senyum kepada aku

"Abang nama Raihan ketua dorm ni.. kalau Elman ada masalah boleh cerita dekat abang dan kawan-kawan abang. ermm satu lagi Elman katil yang single tu yang dekat tingkat sana tu jangan duduk ye. jangan sentuh jangan tidur dan jangan alih pon. ermm jam lonceng pulak jangan sentuh atau alih.. kalau Elman dengar bunyi jam lonceng tu jangan layan dan biar kan ye" Kata Raihan panjang lebar

elman memerhati kan katil yang jauh berada di tepi tingkat tu

"kenapa bang" tanya Elman

"takde apa just dengar je kata-kata abang ni.. sebab tu peraturan yang pertama tau" kata raihan lagi.

"okey bang" kata Elman pendek.

hari tu mereka membuat kerja masing-masing sebab baru hari pertama kan.

ASPURAWhere stories live. Discover now