Page 21: Next Revolution

432 73 31
                                    

Note: Imagine this story before clap era

****************

Masa kini sudah berlalu dengan begitu cepat. Pejam celik pejam celik hari sudah berganti minggu. Kadang dalam kelekaan sebulan berlalu begitu sahaja. Pastinya masa tidak akan menunggu kita. Tidak akan dan tidak pernah.

Sudah hampir masuk bulan yang ke-dua mereka semua, bekas boygroup Seventeen, hidup dengan gaya sendiri. Ada yang mengambil keputusan untuk mencari kerja yang lain. Ada juga yang sekadar membantu ibu bapa di perusahaan sendiri. Dan pasti lah ada yang hidup menganggur.

Lumrah kehidupan

Dino sibuk mengajar menari bersama ayahnya di studio mereka sendiri. Seungkwan kembali dengan kehidupan pelbagai keseronokan di kampung halamannya. Vernon kadang-kala menjual lirik rapnya untuk menyara kehidupan baru bersama Sofia. Dk pula sudah bekerja menjadi tukang masak sementara di Cafe berdekatan. Mingyu? Dia sebenarnya sudah kembali populor dengan menjadi model tidak tetap ㅋㅋㅋ

Lalu bagaimana yang lain?

The8 dan Jun tidak kembali ke negara mereka tetapi menjadi penghibur jalanan yang meletop-letop di kota Seoul yang serba sibuk. Memang pada permulaan terasa begitu janggal tetapi rezeki ada di mana-mana kan?

Woozi yang memang berbakat besar semestinya menjadi composer. Tapi semakin hari dia semakin berkurunh didalam bilik sekaligus studio pribadinya. Jarang sekali mengambil udara segar di pantai Busan.

Hoshi? Ini juga sudah pasti. Hoshi juga kembali mencipta choreography untuk banyak syarikat. Walaupun kadang-kadang dirinya mengeluh dengan kerja yang amat memenatkan.

Wonwoo pula masih berada dirumahnya. Hanya sekadar menjaga rumah dan melalukan aktivit harian. Bukannya dia tidak mahu bekerja. Hanya sesuatu didalam sana masih menitiskan darah dari luka-luka masa lalu.

Joshua hongkong? Ohh namja ini tidak berhijrah ke hongkong tetapi telah menjual pakaian dengan jenama sendiri secara online. Berterima kasih lah kepada ibu bapanya di Los Angeles kerana sudi memberikan modal. (Well orang kaya uhukkss)

Lalu bagaimana dengan pasangan sakit yang terbaring di hospital yang sama? Betul-betul sama. Dua minggu selepas mereka dimasukkan ke hospital, ada tragedi lain yang menimpa.

Akibat tekanan jiwa yang berlebihan, Jeonghan akhirnya ditukar ke wad kejiwaan. Dirinya ditempat didalam sebuah bilik berseorang diri (kerana dia kehilangan kawalan jika berada bersama orang ramai) lalu S.coups pula bukan kerana tekanan. Tetapi kerana gangguan makhluk-makhluk halus yang menyebabkan dirinya dikatakan bercakap seorang diri. S.coups tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana dia tahu dia tidak gila.


Tapi adakah korang rasa ini pengakhirannya? Ofcourse not lah cerita apa end cam ni kan? Hempeh je.. Tak vote baru nangis kau author :P

“Coups ya.. Kau ok?” S.coups hanya memandang wajah Hyung nya sekilas dan kembali memandang ke luar jendela. Memerhati daun-daunan pokok yang menari-nari ditiup angin. Sudah hampir sebulan setengah dia menyendiri. Hanya bercakap apabila dia merasa perlu dan selebihnya menjawab dengan anak mata yang memancarkan kesedihan dan kekecewaan.

“Coups..  Hyung nak minta maaf.. Sebab hyung kau duduk kat sini..  Hyung tau hyung salah coups ya” hati S.coups dibakar api kemarahan mendengarkan kata-kata salah satu hyung kesayangannya itu. Jikalau hyung nya tidak berlari keluar sambil menjerit sehingga seluruh hospital mendengarinya, mungkin sekarang S.coups sedang menikmati sarapan dengan selesa. Bukannya dilayan seperti ini.

SoHyung nak buat apa?  Aku nak keluar dari sini.. Aku ada tanggungjawab. Aku leader Svt, aku nak kembalikan group aku balik!!” tanpa sedar S.coups membaling kerusi plastik yang ada disisi katil ke arah hyung nya yang berdiri di muka pintu. Dia bernafas berat, cuba untuk mengawal perasaannya sendiri. Selama ini dia hanya memendam semuanya. Di dalam dasar hatinya dia tidak mahu melukai hyung nya sedikit pun.

“cheolie ya~ bagi hyung tebus kesalahan hyung.. Cheol boleh keluar dan hyung akan gantikan tempat cheolie~ asal cheol janji akan bangkitkan balik Seventeen.. Gunalah harta hyung kalau perlu.. Saranghae cheolie ah”

Mata S.coups bersinar-sinar mendengarkan itu. Dia terus belari memeluk hyungnya sehingga mereka berdua terjatuh ke lantai seramik. Ciuman demi ciuman diberikan kepada hyungnya. Mereka berpelukan erat dengan senyumana saling terukir di bibir.

“BETUL KE HYUNG??!!  YAHOOO YAH!!  NADO SARANGHAE MUAHH MUAHH NANTI CHEOL JEMPUT HYUNG KITA KAHWIN DUA OKEY??!!”

“HAHAHAHA AKU SANGGUP DUDUK SINI DARI KAHWIN NGAN KAU LAH”

Namja lebih dewasa itu bersyukur senyuman adiknya yang pudar beberapa minggu lalu sudah kembali menghangatkan hatinya. Dia mengusap-usap anak rambut S.coups seolah menyalurkan kasih sayang kepadanya. Biarlah dia pula yang menderit disini. Mungkin ini balasannya kerana telah memasukkan adiknya yang terang-terangan tidak gila ke sini. Biarlah.

Cinta perlukan pengorbanan bukan? Jadi inilah pengorbanan seorang abang kepada adik tersayang.

****************

Bergantian pakaian dengan hyungnya sebagai penyamaran. Setelah itu, S.coups dengan pakaian kasual, kemja putih kosong dengan seluar jeans berjalan santai keluar dari wadnya.

Dia tidak tersenyum namun tidak kelihatan masam. Ada aura kemanisan keluar dari mukanya yang semula jadi tampan.

S.coups memasuki lif dan menekan butang 5. Ada urusan lain yang perlu diselesaikan sebelum keluar dari sini.

Jeonghan.

Ya Jeonghan. Tadi abangnya sempat memberitahu keadaan Jeonghan. Bermula dari diruangan ICU sehingga kini berada di wad jiwa.

Setelah sampai ditingkat yang betul, S.coups tidak perlu mencari wad Jeonghan. Tidak perlu bersusah payah bertanya kepada nurse.

Tiga kali belok dia sampai ke bilik Jeonghan. Perlahan-lahan tombol pintu itu ditolak. Menampakkan penghuninya yang bergelut didalam selimut hospital.

"Yoon?"

"AHHHH KELUAR JANGAN DEKATI AKU!!"

S.Coups cepat-cepat mengelak. Jeonghan tiba-tiba melemparkan bantal dan pasu kaca ke arahnya tanpa sebab.

"Jeonghan.. Wae? Ni aku lah" S.coups cuba mendekati Jeonghan. Sekuat tenaga dia cuba menahan perasaan. Melihat keadaan Jeonghan sekarang ini membuatkan hatinya perlahan-lahan tergores.

Susuk kuat yang selalu menjadi pendengar masalah dan suka membuli itu kini berada dalam keadaan kusut tidak terurus.

Jeonghan memeluk diri sendiri. Dia lari menjauh sehingga ke sudut katil. Memeluk dan menarik rambutnya seolah-olah ketakutan.

"Jangan takut.. Hannie ni aku lah coups.. Sekop yang kau suka cari gaduh tu" s.coups duduk di birai katil. Dia cuba memujuk Jeonghan yang kelihatan sudah kurus. Entah makan Atau tidak.

"Sekop? Cheol..  Bogoshipeo"

******************

Akan tamat sebelum comeback..

Aku ni bodoh and cuai kan?

GotNoFeel_

[C]Sequel To Diary:Transmission [Season 5]Where stories live. Discover now