Page 19

406 66 58
                                    

Take note: Imagine this story before clap era

**************

Hoshi terbangun dari tidurnya. Mentari menyilau dipagi hari. Bangun-bangun sahaja dia berada di sebuah kawasan taman. Dia berkelip-kelip memandang buaian taman yang tidak henti berayun.

Ohh baru dia ingat. Semalam kepalanya berdenyut kuat dan dia berehat dibangku taman ini. Mungkin dia tertidur tanpa sengaja.

"Eoh?" tapi macam mana dia boleh ke taman ini? Taman ini berada tidak jauh dari bangunan Pledis tempatnya bekerja dahulu. Hanya satu selekoh dan sampai.

Tergerak hati Hoshi untuk menjenguk Pledis Entertainment buat kali terakhir. Dia bingkas bangun dan menarik beg rodanya menuju bangunan tersebut. Tidak kesah dengan rupanya sekarang yang kelihatan baru bangun tidur.

Dah memang fakta baru bangun ㅋㅋㅋ - Soonyoung

Dalam lingkungan 5 minit kemudian, Hoshi sudah berdiri didepan bangunan hitam putih itu. Dia memasukkan sebelah tangannya ke saku seluar. Berdiri memandang bangunan gah tersebut dengan senyuman.

Hoshi melamun. Saat kali pertama dia menginjak kaki ke bangunan tersebut dia masih lah budak mentah dengan semangat yang berkobar-kobar. Sejak meminati boygroup Shinee dia menanam cita-cita untuk menjadi idol.

Tapi nampaknya cita-cita nya dah tercapai dan telah musnah.

"Hoii!!  Tak payah nak buat muka kesian dan mengemis kat sini lah!!  Pergi!!"

"Ahh!" Hoshi merintih sakit tatkala dia dilempar dengan fail putih berkulit keras. Tadi tiba-tiba sahaja salah seorang staff muncul dibalik pintu dan memarahinya tanpa sebab.

"Aku ni hina sangat ke sampai nak mengemis kat sini?  Nanti lah aku jadi presiden Korea aku buang kau dari sini HAHAHAHAHA OUCH!!  YAHH WAE??!!! " kali ini bukan staff yang membaling sesuatu kepadanya tetapi beberapa orang yeoja dengan mask dimuka.

"Pergi lah!!  Seventeen dah musnah!!!  Korang dah hancur hati kitorang!! Korang tak guna!!  Lepas apa yang kitorang korbankan sampai hati korang disband macam tu??!!  Pergi lah!!  We are not carat anymore!!"

Rasanya hati Hoshi sudah di hiris-hiris seribu. Di sayat(?) menjadi beribu luka tanpa ubat. Tak sangka seorang penyokong sudah berubah menjadi pembenci dalam sekelip mata. Tapi Hoshi boleh nampak kesedihan dalam mata mereka.

"Aku yang tersakiti kat sini.. Lebih dari korang..  Korang hilang penghibur.. Aku hilang kawan.. Keluarga aku sendiri" setitis air mata Hoshi mengalir jatuh. Dia segera meninggalkan yeoja-yeoja tersebut yang kelihatan tersentak dengan kata-katanya.

"Oppa yah .…."

Hoshi berjalan ke belakang bangunan Pledis. Dua sekuat hati menahan air matanya dari gugus lagi. Beberapa kali dia memdongak ke langit dan menelan saliva secara kasar.

Baru sahaja Hoshi ingin meneruskan perjalanan, hujung anak matanya menangkap satu figura yang terbaring lemah ditepi bangunan. Genggaman pada beg rodanya jatuh. Jantungnya terasa terhenti seketika dan kemudian berdegup melaju.

Susuk yang terbaring tidak berdaya dengan kesan darah kering itu amat dikenalinya.

"Hyu.. Hyung?"

Hoshi berjalan mendekat. Dia berlutut di tepi badan Jeonghan. Tangannya perlahan-lahan terhulur kedepan menyentuh lengan Jeonghan.

"Hyung??!!! Bangun!!  Hyung!!" Hoshi mula panik apabila dirasai suhu badan Jeonghan terlampau sejuk untuk seorang manusia sehat. Ditambah lagi luka besar di bahagian tengkorak kepala Jeonghan yang sepertinya pecah.

Tanpa berfikir panjang, Hoshi segera mengangkat tubuh Jeonghan ke atas belakangnya (piggyback) dan berlari menuju ke hospital yang terdekat. Dia sudah tidak kesah dengan begnya mahupun teriakan ngeri peminat-peminat nya. Yang dia tahu ada nyawa yang dipikulnya sekarang.

***************

Beberapa belas minit kemudian, Hoshi tiba di Hospital Seoul. Dia segera mendapatkan petugas dan menyerahkan Jeonghan kepada mereka. Jeonghan kemudiannya segera dimasukkan ke dalam ruangan kecemasan.

Hoshi? Dia di kaunter. Tidak sempat menenangkan diri nurse sudah memanggilnya untuk mendaftar nama Jeonghan.

"Tuan... Sila nyatakan nombor identiti mangsa, nama penuh serta jenis kecemasan"

Hoshi dengan lancarnya menjawab. Setelah selesai dia terduduk diatas lantai bersandarkan dinding dengan nafas terputus-putus akibat kelelahan dan kerisauan melampau.

"Hyung.. Kau kenapa? Kenapa jadi macam tu? Kau tak boleh mati.. Kau tak boleh tinggal kan kitorang buat selamanya" Hoshi mahu sahaja menangis sekuat hati tapi air matanya buat masa ini tidak mahu keluar. Jadi Hoshi hanya mampu menjerit didalam hati. Melempiaskan segalanya seorang diri sehinggalah seseorang menyentuh bahunya.

"Hoshi hyung?"

Hoshi perlahan-lahan berpaling. Senyuman sang maknae membuatkan Hoshi sedikit lega. Dia bersangka doktor ingin mengabarkan tentang Jeonghan.

"Dino ya.. Kau buat apa kat sini?"

"Eomma ada hal sikit.. Hyung pulak?"

"Jeonghan hyung.. " Hoshi serba salah menjawab. Dia tidak sanggup mengejutkan maknae kesayangan Jeonghan ini. Dilihatnya Dino membulatkan matanya.

"Ke.. Kenapa dengan hy.. Hyung?"
Walaupun Dino boleh di ketegorikan sebagai tidak menyukai Jeonghan tapi dia tidaklah membenci. Hanya sekadar benci bergurau.

Tapi dibalik kebencian percayalah tersembunyi sedikit kasih sayang

"Aku jumpa dia kat Pledis... Kepala dia pecah.. Dia. Dia.. "

"HYUNG!!!! JANGAN TINGGALKAN AKU!!  HYUNG!!"

"DINO!!"

Hoshi segera menarik Dino yang memukul pintu bilik kecemasan secara membabi buta ke dalam pelukannya. Dia berusaha menenangkan Dino yang sudah dibasahi air mata.

"LEPASKAN AKU!!  AKU NAK JUMPA JEONGHAN HYUNG" LEPAS!!" Hoshi hanya mampu mengusap kepala Dino sambil menahan perasaan sendiri. Dino meronta-ronta sambil menjerit untuk melepaskan diri.

Dino ya~ nugu aegi?

****************

Sementara itu Wonwoo yang sedang membaca buku fiksyen tiba-tiba terasa tidak sedap hati. Jantungnya berdegup laju sepertinya dia risau akan sesuatu.

"Eomma... Ada apa-apa berita pasal Seventeen tak?" Wonwoo bertanya kepada Eommanya yang sedang menonton televisyen. Eomma wonwoo hanya menggeleng dan tersenyum manis.

"Kenapa aku rasa tak sedap hati?" buku tebal di tangannya diletakkan keatas meja. Dia mengambil sweater bermaterial tebal dan IPhone miliknya.

"Eomma Wonu nak keluar kejap.. Ada hal nak uruskan" Wonwoo segera menyarung sweater nya dan keluar dari rumah. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Mencari-cari ke mana dia harus pergi.

Wonwoo berjalan sambil menekan beberapa nombor untuk menghubungi Seventeen.

"Yah!! Jawab lah!! " namun hampa. Tiada sesiapa pun yang menjawab panggilannya malahan ada sesetengah nombor sudah tidak aktif.

"EUGH!!" Wonwoo mendengus kasar. Dia memasukkan Iphone nya kedalam poket sweater dan berlari tanpa tujuan. Yang pasti dia hanya ingin ketenangan ataupun khabar baik. Barulah dia mampu menjalankan harinya dengan baik.

*******************

Sorry short for Wonwoo.. Aku tak ada idea lah wkwkwkwk

K nk buat homework lak

GotNoFeel_

[C]Sequel To Diary:Transmission [Season 5]Where stories live. Discover now