Darius yang sedang menolak kerusi roda aku pandang. Sebenarnya aku tidak suka naik benda alah tu. Entah, tapi dari dulu aku tidak suka.

"Dah naik sini." arah Darius.

Aku menjeling dia. Sudah kali yang ke berapa entah aku jeling dia. Perlahan-lahan aku bergerak ke kerusi roda dengan satu kaki. Darius hanya menjaga daripada tepi.

"Jom.." Darius menolak kerusi roda seperti budak kecil yang batak.

Kami masuk ke dalam lif. Kami berdua hanya diam kerana masing-masing mungkin sudah mengantuk. Pantulan cermin yang ada di lif memantulkan wajah Darius yang sedang menguap.

"Kalau kau mengantuk balik je lah. Mama kan ada kat sini." kataku.

Darius memandang aku di pantulan cermin.

"Taknak. Aku taknak balik selagi aku tak dapat jawapan daripada kau." ujar Darius.

Jawapan apa? Hah, jangan kata yang kau nak minta jawapan pasal perasaan kau pada aku malam ni?

"Kau ni!" marahku. Macam tak ada masa lain yang sesuai pula dia.

Wajah Darius berubah kosong. Mata kami masih bertembung di pantulan cermin itu.

"Aku ada buat salah ke?" soal Darius.

Aku terkedu. Hampir saja aku lupa yang aku ada jumpa Darius pagi tadi semasa di kafe.

"Arfah, tolong hantarkan pesanan ni dekat meja sana boleh?" pinta Wei Yi. Aku melihat dia memegang perutnya. Ini mesti nak buang air besar.

Aku mengangguk lalu melihat nombor meja. Aku mengeluh perlahan. Takpe, kerja kan?

Dulang makanan aku tatang ke hadapan. Namun langkahku terhenti apabila melihat ada seorang lagi orang yang aku kenali. Orang yang pernah aku takuti dulu. Ibu kepada Liana.

Langkah aku sambung ke arah meja. Semakin dekat, semakin jelas perbualan antara mereka. Sangat mesra. Tetapi aku cuba untuk tidak mencuri dengar.

"Takpe ke kalau saya biar Liana ikut awak ke Sabah duduk dengan awak lagi?" aku mendengar suara ibu Liana berkata.

Langkahku berhenti di tepi meja mereka. Nafas ditarik panjang sebelum satu persatu makanan aku letak di atas meja itu.

Wanita dihadapanku itu tergelak kecil.

"Apa you ni.. mestilah boleh. Nanti kita jadi satu family juga kan?" ujar wanita itu.

Tindakanku terhenti disitu. Menyedari kedatanganku, suasana tadi terus bertukar sunyi. Aku dapat merasakan mata mereka ada pada aku. Tetapi aku hanya hiraukan. Makanan yang berada di atas dulang aku ambil lalu diletakkan di atas meja hadapan mereka bertiga.

Dulang aku angkat dan sedia untuk pergi.

"Arfah?" soal seseorang. Aku mengangkat wajahku memandang ibu kepada Liana. Aku memandang Liana sekilas dan wajahnya terkejut. Tidak lama sebelum wanita di hadapanku mula bercakap sesuatu.

"Inilah budaknya yang saya pernah cerita dulu." ujar ibu Liana tanpa memandang wajahku.

"Yang mana ya?" soal ibu kepada Darius dengan wajahnya yang mencuba untuk ingat sesuatu.

[C] Hate Or LoveOù les histoires vivent. Découvrez maintenant