AASA (25)

2.5K 125 13
                                    


Adik bangun sayang ..

pintu bilik Aira diketuk berkali kali . Haih , Aira ni tidur mati agaknya .

Aira Humaira binti Kamal !
Bangun !!

hah tu dia , singa dah mengganas .

aira menggeliat seketika . Dia memandang lesu ke arah pintu biliknya .

nampak gayanya kena tukar pintu baru dah tu , roboh kalau hari hari kena ketuk ngan ibu ..

Aira menggumam . Matanya di gosok
ya bu , kejap .. adik dah bangun dah

Aira berjalan menuju ke arah pintu . Tombol dipulas dan terpacul lah wajah singa Cik Lia .

astaghfirullah , ni anak ibu ke anak beruk ni ? dengan rambut kembang , bibir tebal , muka berminyak haish adik .. adik ..

Aira menayang sengih jelah mendengar bebelan Cik Lia . Dia membela rambutnya yang kembang bagai sarang tebuan itu .

pergi mandi , pastu bersiap pakai elok elok sikit , ada tetamu kat bawah

jelas Cik Lia . Aira menggaru keningnya .

tetamu ? alah , siapa pulak datang beraya ni mak ?

kata Aira sambil menggaru lengannya yang terasa gatal . Kena gigit nyamuk letew .

eh eh eh budak ni , apa kamu ingat hari raya je ke baru ada tetamu ? apa ke pelik nya adik pagi ni .. dah pergi mandi ..

Cik Lia menolak Aira masuk ke dalam biliknya semula .

cepat sikit siap .. jangan lama sangat ..

Aira menyahut dari dalam biliknya . Cik Lia kembali ke tingkat bawah melayan tetamu istimewa itu .

*

Aira memperkemaskan lilitan shawl di kepalanya . Sesekali dia membetulkan kedudukan skirt nya .
Penampilannya simple but nice !
Ip7 dicapai sebelum melangkah keluar dari biliknya .

ibu kata ade tetamu , senyap je ruang tamu ni ..

Aira mencari kelibat tetamu yang dikatakan oleh ibunya .

hah , siap pun ..

tegur Cik Lia yang muncul dari dapur
mana tetamu nya , bu ?

soal Aira . Matanya masih mencari kelibat tetamu yangbtak diundang lagi dijemput pisang itu .

terima kasih aunty sebab tumpangkan tandas ..

Cik Lia dan Aira lantas berpaling ke arah suara tersebut . Cik Lia menayang senyum manakala Aira serupa jeruk basi sahaja wajahnya .
rahangnya jatuh mencecah tanah .

watta..

ni ke tetamu yang ibu cakap tu ?

Aira menyoal ibunya . Cik Lia mengangguk . Aira terus mencekak pinggangnya . Dia berdecit . Matanya mencerlung tajam gerangan yang berdiri di hadapannya itu .

apahal kau datang rumah aku ?

soal Aira dingin . Entah mengapa , perasaan dendam dan benci kembali menghantui fikirannya .

adik .. tak baik cakap macam tu , dia datang nak jumpa adik .. lama dia duduk kat sini tunggu adik ..

Cik Lia memaut lengan Aira , cuba menenangkan anak daranya yang berdarah panas itu .

masalah sekarang ni ibu , adik tak nak jumpa dia .. Eh kau ni tak faham bahasa ke hah ? kalau aku kata benci tu bencilah !

Aira menjerkah Dani . Dani beriak tenang .

Aira HumairaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant