"Dah ok sikit. Doktor cakap, nanti dah bolehlah buka bekas balutan tu." Jimin mengangguk, lega sedikit dengar Taehyung tidak terjadi apa-apa. Kepala Jimin ditundukkan memandang lantai.

"Rachel ok? Aku... rindu adik aku." Taehyung tertawa kecil lalu dia mengangguk. Bahu Jimin ditepuk beberapa kali.

"Kebetulan... dia pun rindukan kau sebab tu aku tak datang sorang." Jawab Taehyung membuatkan Jimin memandang wajah Taehyungm Taehyung tersengih.

"Jimin.." Kepala Jimin terus dialihkan kebelakang Taehyung; ke arah pintu bilik wad Eunbi.

Perlahan Jimin bangun, terkaku melihat Rachel seketika. Rachel tersenyum lebar dan tertawa kecil. Pantas dia berlari kecil dan memeluk Jimin. Jimin terus memeluk Rachel yang sudah menangis di dadanya. Belakang kepala Rachel diusapnya.

"Aku rindu kau." Ucap Rachel dalam tangisannya. Jimin tertawa, ubun rambut Rachel diciumnya.

"Aku pun. Aku minta maaf dengan apa yang jadi Rachel, maafkan isteri aku sekali Rachel. Tolong maafkan dia dan aku."

"Aku dah lama maafkan dia dan kau tak salah apa-apa Jimin." Balas Rachel lalu mengeratkan lagi pelukannya pada Jimin.

Taehyung disebelah menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal melihat Jimin dan Rachel berpelukan. Perlahan dada Jimin ditolak Taehyung sedikit, terus terlerai pelukan Rachel dan Jimin. Taehyung tersengih.

"Errr.. bini aku, Jimin. Jangan peluk lama-lama, tak elok." Kata Taehyung lalu bahu Rachel dipeluknya. Jimin tertawa, perlahan dahi Taehyung dijentiknya.

"Bodoh, dia adik aku tau! Jeles tak bertempat!" Marah Jimin namun dia terus tertawa besar. Rachel pula sudah menggelengkan kepalanya kesal dengan sikap cemburu Taehyung, sempat air mata Rachel dilap Taehyung menggunakan ibu jarinya.

"Oh ya, macam mana dengan keadaan Eunbi?" Tanya Rachel pada Jimin. Jimin sekadar mengangkat bahunya.

"Doktor cakap lepas Eunbi sedar dari koma baru boleh tau apa keadaan dia. Tapi sekarang benda yang dah dicomformkan... Eunbi dah tak boleh nak berjalan lepas ni, dia kena pakai kerusi roda sebab kaki dia dipukul teruk."

"Kesiannya..." Ucap Taehyung tidak percaya apa yang telah terjadi pada Eunbi. Rachel mencubit pinggang Taehyung, tak boleh jaga hati orang betul dia ni. Jimin sekadar tertawa kecil.

"Takpe, biarlah tu jadi pengajaran buat Eunbi dan kita semua. Aku akan jaga dia lepas ni. Tae , kau pun kena jaga adik aku elok-elok. Aku tau dia gugur sebab kau lagi, aku tak teragak-agak nak belasah kau."

"Baik boss!!" Taehyung terus menabik Jimin lalu mereka pun tertawa. Walaupun nampak seakan dia main-main, apa yang dia jawab itu adalah janjinya.

"Urm, Jimin.. aku tak boleh lama sebenarnya sebab aku ada hal dengan bini aku selama aku bercuti ni." Taehyung tersengih gatal lalu mengangkatkan keningnya beberapa kali pada Rachel.

Jimin terus tertawa.

"Ya ya, aku faham. Takpe, pergilah. Terima kasih sebab melawat." Ucap Jimin, Rachel dan Taehyung sekadar mengangguk.

"Takde hal, kitorang balik dulu. Jaga diri kau." Taehyung terus memeluk Jimin begitu juga dengan Rachel.

Lalu mereka berdua pun terus keluar dari bilik wad Eunbi. Setelah kaki melangkah keluar saja, Rachel terus mencubit pinggang Taehyung. Taehyung mengadu kesakitan lalu merengek akibat geram dengan Rachel yang asyik mencubitnya.

"Apa sayang ni? Sakit tau tak, nak manja pun janganlah dekat tempat awam. Balik nanti ya?" Taehyung tersengih gatal lalu Rachel sekali lagi mencubit Taehyung geram. Taehyung melompat sedikit akibat sakit.

"Tengok tu, gatal je kerja. Lepas tu tadi abang saya peluk saya pun nak cemburu tak bertempat."

"Eh memanglah kena cemburu, sayang tu kan bini Tae. Tae je yang boleh peluk sayang, pegang sayang, cium sayang, ehem ehem dengan sa- ARKH!! SAKITLAH!!"

Rachel terus jalan pergi meninggalkan Taehyung dibelakang yang sudah mengadu kesakitan. Wajahnya sudah memerah malu.

"Sayang jangan tinggalkan Tae! Aduh, sayang! Tempat tembak tu sakit.. aduh.. sayang, Tae serius ni..." Rachel memberhentikan langkahnya lalu menoleh ke arah Taehyung di belakang yang sudah terduduk.

"Tae?" Dengan wajah yang cemas Rachel kembali mendapatkan Taehyung. Dia bercangkung dan memegang lengan Taehyung. Wajah Taehyung yang seakan menahan sakit dipandangnya.

"Tae, awak ok tak? Maaf, saya tak sengaja. Tunggu sini, saya panggil-"

Cup!

"KIM TAEHYUNGGGGGG!!!" Rachel bangun dan terus mengejar Taehyung yang sudah lari selepas menguncup bibirnya.

Taehyung tertawa dan berlari selaju mungkin. Kalau Si Rachel dapat dia ni mampus kena cubit lagi.

"Maafkan saya Cik, sila senyap dalam hospital." Taehyung dan Rachel berhenti kejar mengejar apabila seorang nurse menegur mereka berdua.

Taehyung masih ketawa lalu mengangguk tanda faham pada nurse tersebut. Wajah Rachel dipandangnya. Jelas wajah itu seakan berkata padanya; Awak akan mati kena dengan saya kalau saya dapat awak Taehyung.

Taehyung sekadar membalas pandangan itu dengan membuat mulut...

"I love you..."

•••

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now