Chapter 23

3.5K 501 154
                                    


"Thanks sebab dengar cakap Tae , sayang."

"Eh , kenapa pula ? Selama ni saya tak dengar cakap awak ke?" Taehyung yang sedang memandu terus tersengih , namun mata masih focus pada pemanduannya. Rachel memandang ke arah Taehyung meminta kepastian.

"Sikitlah." Rachel berdecit dan memeluk tubuhnya mendengar jawapan Taehyung. Pandangannya dialihkan semula ke luar tingkap.

"Dah awak cakap awak nak lawat mak , saya ikut je lah. Saya off day hari ni , untuk awak. Lagipun mak awak , mak saya juga." Taehyung tertawa kecil. Terus sebelah tangannya menyerabutkan rambut Rachel manja.

"Urm , Tae... mak awak pandai masak kari tak?" Taehyung mengerutkan dahinya dengan soalan Rachel yang tiba-tiba. Wajah Rachel dipandang sekilas.

"Pandai. Kenapa?"

"Urm , agak-agaknya kalau saya minta mak awak masak kari , dia buat tak?"

"Sayang mengidam erk?" Rachel tersengih memandang Taehyung. Bawah bibirnya digigit sebelum perutnya diusap-usap.

"Sayang tiba-tiba teringin nak makan kari. Baby yang minta."

"Eh salahkan baby pula mama ni kan. Yeke Baby nak makan kari ? Nanti suruh nenek masak erk?" Jawab Taehyung sambil mengusap perut Rachel , lalu dia mengucup perut Rachel pantas. Nasib dia sudah berhenti kerana lampu merah. Rachel tertawa geli hati.

"Urm , Tae... berhenti dekat pasar segar depan tu dulu ya?"

"Aik? Buat apa?" Tanya Taehyung , mata kembali focus pada jalan setelah lampu bertukar hijau. Rachel perlahan menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Beli itik."

"Itik? Untuk apa sayang?"

"Urm , sayang nak makan kari itik."

"Apa?! Kari itik?!"

•••

"Mak , Tae dengan Rachel datang ni !" Laung Taehyung setelah pintu rumah dibukanya; memandangkan dia memang ada kunci pendua. Rachel segera melangkah masuk ke rumah itu bersama Taehyung.

Puan Kim yang sedang menjahit di bilik terus meninggalkan mesin jahitnya. Dia melangkah ke bawah untuk melihat anak dan menantunya yang baru sampai. Terus dia meluru ke arah Rachel. Rachel tersenyum dan terus memeluk Puan Kim. Setelah pelukan telerai , Puan Kim terus memegang perut Rachel. Rachel membesarkan matanya sedikit.

"Errr , mak ? Mak tak masak lagi kan? Boleh masakkan itik kari tak ? Tae dah beli itik ni , Tae letak atas meja ni tau." Puan Kim terus memandang ke arah Taehyung yang meletakkan plastik yang berisi itik ke atas meja makan dengan pandangan tajam.

Terus dia mendekati anaknya itu dan menghadiahkan cubitan. Taehyung terus mengadu kesakitan manakala Rachel memandang mak mertuanya pelik.

"Kenapa tak bagitau mak yang Rachel mengandung?" Tanya Puan Kim dengan rengusan kasar. Rachel tertawa kecil , patutlah Taehyung kena cubit.

"Aduh , sakitlah mak! Tae saja nak buat suprise. Lagipun tak bagitau pun , tu mak dah tau ha."

"Menjawab!" Satu cubitan dihadiahkan lagi di pinggang Taehyung sebelum Puan Kim merengus kasar sambil tangannya mencapai plastik itik tadi. Matanya perlahan memandang ke arah Rachel yang masih terpinga-pinga tanpa menghiraukan Taehyung yang menggeliat kesakitan.

"Rachel ke yang nak makan itik kari?" Pertanyaan Puan Kim membuatkan Rachel tersenyum sambil mengangguk dengan mata yang bersinar. Perlahan Puan Kim menguntumkan senyuman.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now