Chapter 32

3.4K 457 252
                                    


"Nama saya... nama saya Kwon Nara." Nara membongkokkan badannya tanda hormat pada Rachel. Lalu dia menundukkan wajah tidak mahu memandang wajah Rachel.

"Kenal saya lagi?" Tanya Rachel perlahan , Nara menganggukkan sahaja kepala. Rachel tersenyum nipis.

"Buatlah macam rumah sendiri. Malam ni awak makanlah dengan kami. Kalau nak apa-apa awak boleh tanya saya atau Tae , atau Makcik Lee pembantu rumah kami. Ok?"

"Baik , Cik Rachel."

"Ah takyah lah Puan bercik semua , panggil Rachel je."

"Baik Rachel."

Taehyung yang baru masuk bersama beg bagasi Nara tersenyum ke arah Rachel. Rachel membalas senyuman itu sambil memandang Taehyung. Lega sudah hati Taehyung apabila dia sudah jujur dengan Rachel.

"Cik Nara , saya dah sediakan bilik. Mari saya bawa Cik Nara ke bilik." Tegur Makcik Lee yang entah datang dari mana , terus beg bagasi ingin diambil Makcik Lee.

"Takpelah , Makcik .. makcik masaklah dulu untuk makan malam ni. Biar Tae je yang bawa Nara." Tegur Taehyunh dengan menjauhkan sedikit beg bagasi Nara dari terus diambil Makcik Lee.

"Eh tapi.."

"Betul tu makcik , pergilah masak. Kitorang dah lapar ni. Baby pun dah lapar." Rachel pula mencelah sambil mengusap perutnya. Taehyung dan Makcik Lee terus tertawa. Nara pula membulatkan mata memandang ke arah Makcik Lee.

Mengandung ?

"Ok ok , makcik pergi masak. Hari ni Rachel mengidam apa pula? Semua dah siap dekat dapur tinggal masak je."

"Urm , sup ayam ginseng ?"

"Okay , makcik pergi buat." Makcik Lee terus ke dapur tanpa banyak cakap lagi. Rachel tersengih seperti kerang busuk.

"Sayang , sayang tunggu dalam bilik ok? Tae pergi tunjukkan bilik untuk Nara dulu. Sekejap lagi Tae datang." Ujar Taehyung sambil mengenyitkan matanya nakal pada Rachel. Rachel menjegilkan matanya tanda; gatal erk?

Terus langkah mereka bertiga diaturkan untuk mendaki tangga. Rachel terus masuk ke bilik mereka berdua yang berada di tingkat dua manakala Taehyung dan Nara terus ke tingkat tiga untuk ke bilik tetamu.

Sesampai sahaja di hadapan bilik tetamu , Taehyung meletakkan beg bagasi itu di tepi katil. Dia memandang Nara dan tersenyum nipis.

"Nara , ni bilik awak. Kemaslah baju awak ya? Kalau nak apa-apa bagitau je ok? Jaga kandungan awak elok-elok. "

"Urm, terima kasih." Nara tersenyum nipis. Taehyung terus ingin keluar dari bilik tetapi Nara pantas menahan Taehyung.

"Rachel dah mengandung berapa bulan?"

"Oh? Dekat sebulan lebih juga lah. Baru je. Kenapa?"

"Takde apa. Tahniah."

"Terima kasih Nara. Saya pergi dulu." Nara sekadar mengangguk bagi menjawab Taehyung.

Terus Taehyung meninggalkan Nara di dalam bilik itu seorang diri. Pintu ditutup rapat. Terus Nara melihat sekeliling bilik itu. Dia tersenyum sinis.

Tau lah dia nak buat apa nanti. Tengoklah Rachel Park.

•••

"Sedapnya , kenapa macam lain pula rasanya hari ni Makcik masak? Sup ayam ginseng ni Rachel yang mengidam tapi saya pula yang melebih makannya sebab sedap semacam."

Rachel menggelengkan kepalanya melihat Taehyung yang tidak senonoh bercakap dengan mulut yang penuh. Terus Taehyung terbatuk-batuk akibat tercekik.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now