Chapter 21

3.7K 500 104
                                    


"Nah.." Seokjin meletakkan sesampul surat di hadapan Rachel. Rachel tersenyum senget melihat sampul surat itu , pantas dia melihat isi dalamnya.

"Aku ingat kau taknak datang lepas aku call kau banyak kali tadi." Rachel tertawa sinis sambil mengira duit yang berada di dalam sampul surat itu. Seokjin sekadar merengus kasar.

"Dah habis hutang aku dengan kau. Aku balik dulu."

"Tunggu." Rachel mencampakkan sampul surat tersebut ke atas mejanya semula sebelum memandang Seokjin. "Siapa kata dah habis? Tak cukup ni. Kau ingat cincin aku tu beli dekat pasar malam ke?"

"Banyak aku dah bagi tu kan ? Kau nak berapa ?"

"Well , lagi satu sampul surat macam ni kot. Hey , kau rompak mana eh duit ni?" Seokjin terus memandang ke arah lain. Lidahnya meolak-nolak pipi dalamnya.

"Aku kerja."

"Banyak ni. Kau kerja apa? Takkan dalam masa beberapa minggu kau dah boleh dapat duit?"

"Aku kerja , tak faham?" Seokjin terus menjeling Rachel. Dia terasa menyesal mengenali Rachel sekarang dan menyesal yang amat kerana menjadikan Rachel sebagai mangsanya dahulu.

"Nanti aku bayar." Terus Seokjin melangkahkan kakinya pergi. Tak kuasa untuk duduk berlama-lama di pejabat Rachel lagi.

"Kim Seok Jin..." Langkah Seokjin terhenti , tapi tidak pula dia menoleh.

"Terima kasih untuk duit ni. Jangan cuba lari ok? Kalau tak , tau lah kau." Terus Seokjin menoleh ke arah Rachel. Dia tersenyum sinis melihat wajah Rachel.

"Kenapa ? Kau nak pukul aku ?"

"Nah , aku suruh orang aku cari kau dan pukul kau macam ahlong selalu buat. Biar kau rasa sikit apa itu dunia."

"Aku tak faham kenapa kau buat macam ni. Kenapa aku?"

"Sebab untuk seronok." Rachel terus tertawa. Seokjin mengetapkan bibirnya geram.

Kali ini dia terus berlalu pergi dengan menghempaskan pintu pejabat Rachel. Sempat dia menjeling P.A Rachel sebelum dia berlalu pergi dari bangunan RC Holding.

•••

Tok! Tok! Tok!

"Sekejap!" Laung Nara dari dalam biliknya saat dia mendengar ketukan pintu yang berkali-kali.

Terus dia berlari ke pintu rumahnya. Ketukan yang kuat tidak henti-henti , tau lah dia siapa. Pantas pintu rumahnya dibuka. Terus tertunduk wajahnya melihat abang tirinya memandang dia dengan pandangan yang tajam.

"Lembab! Kan aku cakap aku tak suka kau buka pintu ni lambat!"

"Aku dah bagi kunci rumah kan ? Buka lah sendiri, Kim Seok Jin."

"Aku hilangkan lagi kunci rumah!" Balas Seokjin dengan rengusan kasar.

Seokjin terus menolak Nara ke tepi sehingga belakang Nara dilanggar dinding. Kakinya terus masuk ke dalam rumah tersebut. Nara cepat-cepat menutup kembali pintu. Saat dia ingin masuk semula ke biliknya , namanya dipanggil perlahan oleh Seokjin. Perlahan Nara menoleh memandang Seokjin.

"Nara , aku nak duit lagi."

"Aku dah bagi kau petang semalam. Kau nak berapa banyak lagi?"

"Macam semalam kau bagi , aku nak banyak tu."

"Cari kerjalah!"

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now