Chapter 47

3.3K 516 124
                                    


Rachel menunduk, langsung tidak mahu mengangkat wajah memandang ke arah Puan Choi, Seung Cheol dan Hansol yang tidak lepas memandangnya. Tak sangka, akhirnya dia berada juga di London dan doanya tidak dimakbulkan oleh tuhan.

Mungkin dia patut berhenti berharap yang Taehyung akan mencarinya.

"Betul ke Rachel nak kahwin dengan Cheol? Bukan ke Rachel dah kahwin dan... auntie taknak Rachel jadi macam masa lalu, tunang dengan Cheol lepas tu putus. Jangan malukan auntie lagi." Rachel kekal berdiam tidak menjawab Puan Choi. Wajahnya masih kekal menunduk.

"Dia minta cerai dengan suami dia mama. Bagi dia peluang lagi sekali, Cheol sayangkan dia..." Jawab Cheol apabila Rachel seperti langsung tidak mahu menjawab. Rachel terus mengangkat wajahnya melihat wajah Cheol yang seakan mengharapkan harapan.

"... dan Rachel sayangkan Cheol kan?"

Rachel memejamkan matanya sekejap lalu terus dia bangun dari duduknya. Wajah Puan Choi dan Cheol dipandang bersilih ganti.

"Maaf, Rachel nak pergi tandas sekejap. Dekat tingkat ataskan? Tunggu ya." Rachel tersenyum manis. Pantas kakinya melangkah pergi meninggalkan mereka di ruang tamu.

Puan Choi mengeluh lalu dia menyandarkan tubuhnya pada sofa. Anak sulungnua dipandang geram.

"Kau ni biar betul Cheol nak kahwin dengan dia. Fikir betul-betul Cheol."

"Betul lah mama, apa pula tal betul. Cheol boleh buat apa yang Cheol suka ma."

"Rachel dah kahwin." Puan Choi dan Cheol menoleh ke arah Hansol yang sejak tadi berdiam diri. Perlahan Hansol mengangkat wajahnya.

"Aku tak yakin yang dia akan bercerai dengan Kim Taehyung, Taehyung suami yang paling baik pernah aku jumpa."

"Hey, kau tak layaklah nak puji dia macam tu depan aku Choi Hansol!" Cheol terus bangun dengan wajah yang bengis. Sakit telinganya mendengar pujian itu, dia lebih bagus dari Kim Taehyung. Itu yang dia pasti.

"Kenapa? Sakit hati? Baik kau cakap dekat aku apa yang kau dah ugut dekat Rachel sampai dia bercerai dengan Kim Taehyung." Kini Hansol pula berdiri, menatap abangnya dengan berani.

"Mama, mama percaya dia ni mama? Kisah dia hisap dadah dulu pun dah cukup buat Hansol hilang kepercayaan pada dia. Disebabkan dia ni abang Hansol je ma, sebab dia abang Hansol lah Hansol hormat dia lagi ma."

Terjegil mata Cheol mendengar setiap bait-bait kata Hansol. Kolar baju Hansol terus dicengkam dengan kuat sehingga Hansol terangkat sedikit. Hansol pula masih menatap Cheol dengan berani, tidak beralih pun anak matanya dari anak mata Cheol yang makin membara.

"Kau nak mati ke?" Ucap Cheol perlahan membuatkan Cheol tersenyum sinis.

"Dah lah! Jangan bergaduh!" Puan Choi segera bangun. Dada Hansol dan Cheol ditolaknya agar mereka terlerai.

"Kisah lama jangan diungkit Choi Hansol! Dia abang kau tau! Kalau Rachel dengar macam mana? Sejak kejadian tu yang kau asyik nak bergaduh dengan dia kenapa?!" Tempelak Puan Choi geram. Hansol memandang Puan Choi geram.

"Sebab mama asyik menangkan dialah dia takkan berubah mama. Benda lama kena diungkit supaya dia ingat! Mungkin sebab tu kot Rachel putus tunang dulu, sebab tau perangai setan dia ni! Mama rasa dia berubah ke?"

"Kau—"

"Sudah!" Jerit Puan Choi lagi. Terus terbantut niat Cheol ingin menumbuk Hansol. Cheol mengetapkan bibirnya geram.

"Nasib ada mama, kalau tak pecah kepala kau aku buat Choi Hansol." Ucap Cheol dengan suara yang terketar-ketar menahan amarah. Hansol dan Puan Choi dipandang bersilih ganti.

"Neither you like or not, Cheol tetap akan kahwin dengan Rachel dalam masa yang terdekat, minggu ni juga! Fullstop."

Terus Choi Seung Cheol berlalu pergi dari situ untuk ke halaman belakang rumah setelah tangannya mencapai rokok di atas meja. Hansol menolak pipi dalamnya menggunakan lidah. Wajah Puan Choi dipandang sekilas, wajah yang kusut tidak tahu ingin katakan apa lagi. Perlahan Puan Choi melabuhkan punggungnya pada sofa kembali.

Hansol merengus kasar. Kemudian dia juga berlalu pergi untuk naik ke tingkat atas. Kakinya melangkah untuk masuk ke dalam bilik tetamu di mana Rachel ditempatkan buat seketika. Dahinya dikerutkan apabila Rachel langsung tiada di dalam bilik itu malah pintu bilik air yang sedikit terbuka sudah menunjukkan tiada sesiapa di dalam sana.

"Hansol..." Hansol terus menoleh dan bahunya terangkat sedikit kerana terkejut Rachel tiba-tiba memegang bahunya. Dia menggeleng kesal lalu tertawa kecil, kelakar dengan diri sendiri.

"Buat aku terkejut je kau ni. Urm, kau pergi mana? Bukan tadi kata nak ke bilik air?" Rachel tidak menjawab malah dia menunduk. Hansol mengangkat keningnya melihat respon dari Rachel.

"Kau... dengar kitorang gaduh tadi... ya?" Perlahan Rachel mengangguk. Dia kembali mengangkat wajahnya memandang Hansol.

"Aku tak pernah tau pun dia ambil dad— woah! Hansol!" Rachel menjerit sedikit apabila Hansol menariknya masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci dan ditutup rapat.

Baru senang mereka nak bercakap. Orang dalam rumah ni bukan boleh percaya sangat. Hansol menoleh semula memandang Rachel yang sudah duduk pada katil dan mengeluh kesal.

"Aku tau abang aku ada buat sesuatu dekat kau Rachel. Aku minta kau lari dari dia, ada dengan dia tak selamat." Rachel menggeleng. Air matanya yang tidak dapat dibendung lagi sejak di airport akhirnya jatuh mengalir ke pipi.

"Aku tak mampu. Aku takut dia apa-apakan Taehyung. Tolong aku Hansol, tolong aku. Aku cuma nak gembira macam dulu." Ucap Rachel dan terus menekup mulutnya agar esakkan tidak terlalu kedengaran.

Hansol memandang Rachel sayu. Kakinya perlahan mendekati Rachel lalu dia melutut di hadapan Rachel. Wajah Rachel yang ditundukkan di cari Hansol.

"Rachel, kau tau kan aku dah anggap kau macam kakak aku? Jangan nangis macam ni, kau buat aku makin sedih tengok kau Rachel." Rachel terus memandang Hansol.

"Tolong, hubungi Kim Taehyung. Walau di mana pun dia berada sekarang, tolong. Aku taknak kau libatkan diri kau dengan Cheol. Dia boleh buat apa je pada kau. Kalau kau betul nak tolong aku, tolong aku hubungi Taehyung."

"Ok ok, aku janji dengan kau aku akan cuba hubungi Taehyung."

"Kim Taehyung! Kau dah gila ke?! Tunggu! Kami nak ikut sekali!"

"Gila? Ya, Tae memang dah gila sejak kehilangan Rachel. Tae dah banyak susahkan hyung berdua, dah tiba masanya untuk Tae pergi sendiri. Kalau hyung berdua datang pun, ticket dah habis. Jangan buang masa." Balas Taehyung.

Matanya yang elok memandang suasana luar airport yang sudah malam kini beralih pada beberapa dokumen di tangannya. Dia tersenyum nipis.

"Thanks untuk surat cerai yang hyung buat ni. Terima kasih untuk semuanya, Kim Namjoon. Ucapkan terima kasih pada Yoongi hyung sekali ya? Dia dah banyak bagi teori dan plan pada Tae."

"Kim Taehyung! Nanti! Kita rancang sama-sama dan kita kena pergi sama-sama. Kim Taehyung! Tung—"

Tutt tuttt

Taehyung mematikan talian tanpa mendengar balasan dari Namjoon. Cermin mata hitam dikenakan sebelum dia bangun dan menggalas beg dibelakang. Dokumen ditangannya dibaca untuk kali yang ke-10 sekali lagi.

"Penerbangan terakhir ke London pada pukul 12:00 p.m ini akan bertolak lagi 10 minit. Diminta para penumpang bersiap sedia."

Taehyung tersenyum. Passportnya dikeluarkan sebelum dia berjalan mehah untuk masuk ke dalam kapal terbang.

"Rachel, I'm coming."

Double update muah HAHAHAHA

Hargai wey , aku type chap 46 & 47 sampai bateri tinggal 8% HAHAHAHAHHAHAA

Thanks read, vote and comment <3
Enjoy Reading ^^ !



[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now