Chapter 25

3.5K 556 188
                                    


"Ya chief , terima kasih. Esok saya datang ke pejabat chief." Taehyung terus mematikan taliannya bersama ketuanya atau lebih dikenali sebagai chief.

Perlahan dia mengeluh sebelum mata melihat ke arah jam. Tepat pukul 12 tengah malam baru dia sampai ke rumah maknya untuk melihat Rachel. Agak-agak Rachel dah tidurlah tu. Dia mengeluh sekali lagi sebelum kaki melangkah keluar dari keretanya.

Saat dia mengunci keretanya saja , telefonnya berbunyi menandakan ada yang menelefonnya. Nama Jungkook yang tertera di screen membuatkan Taehyung merengus kasar. Pantas dia menjawab panggilan itu.

"Baru sekarang reti nak call aku balik?" Marah Taehyung. Memang dia marah pun , sebabkan Jungkook tak angkat panggilannya lah , dia terpaksa menjaga Nara dan meninggalkan Rachel.

Dan tak pasal-pasal kena kecam sekali dengan readers. Hiks.

"Wey , tenanglah. Asal kau call aku banyak kali ? Lately ni aku busy sangat dekat hospital , klinik pun aku tak jenguk tau. Minta kawan aku gantikan aku dekat klinik tu. Kenapa?"

"Tak, Nara... aku nak suruh kau jagakan dia sebab aku perlukan masa nak luangkan masa dengan Rachel tau tak. Kau tau jelah , dia masih dalam fobia. Aku cuma tak selesa nak berduaan dengan dia dalam rumah tu. Aku fikir kesian dekat dia je tau."

Dari jauh , Rachel melihat Taehyung yang sedang menelefon seseorang sambil bersandar pada keretanya. Dia mengetapkan bibir geram , memang dia belum tidur kerana menunggu lelaki itu. Perlahan dia menatap screen telefonnya , mesej dari nombor yang tidak dikenali itu lagi menghantarkannya gambar Taehyung sedang memeluk seorang gadis namun wajah gadis itu tidak kelihatan. Dia menarik nafasnya dalam.

"Fikir possitive Rachel. Mungkin ada yang nak musnahkan perkahwinan kau. Taehyung sayang kau , Rachel." Gumam Rachel seorang diri. Tapi makin dia cuba berfikiran possitive , makin benda negative yang datang. Hati dia sakit sangat.

Mata kembali melihat Taehyung yang menyimpan telefonnya dalam pocket seluar semula. Pasti lelaki itu sudah habis berbual di dalam telefon. Cepat-cepat Rachel masuk semula ke dalam biliknya dan menutup tingkap setelah melihat Taehyung melangkah masuk ke rumah.

"Baru balik Tae?" Taehyung yang sedang meneguk secawan air terus menoleh ke arah maknya yang tiba-tiba muncul. Dia sekadar meng-hurm-kan saja bagi menjawab pertanyaan itu. Tangan sibuk membilas cawan minumnya tadi.

"Lambat betul Tae balik. Kesian Rachel tunggu Tae tau. Ni dia ada dalam bilik , taktau lah dia dah tidur belum. Tae pergi mana sebenarnya?"

"Urm , Tae pergi tempat kerjalah. Diorang call , nak buat macam mana mak. Dah Tae tiba-tiba dapat call tempat kerja. Oh , yang mak ni tak tidur lagi kenapa?" Tanya Taehyung saja menukar topik. Rasa bersalah tipu maknya lama-lama , apatah lagi dia terpaksa menipu Rachel sendiri.

Puan Kim mengeluh kesal. Pantas dia mendekati Taehyung yang masih berdiri kaku di tengah-tengah dapur. Puan Kim memeluk tubuhnya memandang satu-satu anak lelakinya.

"Tae jangan nak tukar topik , Tae pergi mana sebenarnya?"

"Apa mak ni , takkan lah Tae nak tipu mak." Perlahan saja suara Kim Taehyung saat ini. Sungguh dia rasa bersalah untuk menipu ibunya sendiri. Mata Puan Kim tidak mahu dipandangnya.

"Tae jangan macam-macam ya. Tae tu dah ada bini , ingat sikit Rachel tu , dalam perut dia ada anak Tae tau. Kalau mak tahu Tae sakitkan hati Rachel , mak tak teragak-agak nak cincang Tae hidup-hidup."

"Ish mak ni , macam mendoakan yang Tae nak cari bini nombor dua pula. Dah lah , Tae nak naik tengok Rachel." Jawab Taehyung pantas bagi menutup topik itu.

Kaki terus berlalu mendaki tangga untuk naik ke bilik. Puan Kim hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat Kim Taehyung.

Taehyung terus memulas tombol pintu dan masuk ke dalam biliknya. Rachel yang sedang membaca buku novel di atas katil sambil bersandar dipandangnya sekilas sebelum dia membuka bajunya, rimas dan panas.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now