27

431 27 14
                                    

" Aku menyesal ! Aku menyesal sangat sangat !! " . Anis menangis beria di bahu Zhrh.

Zhrh mulai cuak . Dia memandang tajam ke dalam mata Anis setelah merungkaikan pelukan.

" Kau dah sedar ke ? Dan kau menyesal ? Kau nak batalkan perkahwinan ni ? No ! Tak boleh ! Kau dah gila ke ? " . Zhrh memberi Anis amaran keras.

" Eish kau ni ! Siapa yang nak batalkan perkahwinan tu ! Ni pasal Audi R8 white kesayangan aku lahh !! Dah kemik depannya langgar pokok ! " . Dengan tangisan , Anis menepuk kuat paha Zhrh.

" Laa ! Dah tu apa yang kau nak menyesal ? Menyesal sebab tak mati ? " Zhrh ajak bergurau .

" mulut dengan kaki kau lebih kurang sama kan ! Cakap baik sikitah ! Aku menyesal lah sepatutnya aku take a rest sekejap. Aku dah rasa mengantuk tapi taknak rest . Ha ni lah padahnya ! " . Anis membebel sendirian .

Zhrh menghempaskan badannya di atas katil milik Anis.

" Hahaha padan muka kau ! Dasar keras kepala !" . Zhrh menyilangkan tangannya dan bersedia untuk tidur.

" Kau mengutuk tak tengok kiri kanan ek ! Kau berambus dari bilik aku sekarang !! ". Anis menolak tubuh Zhrh .

" Okay sorry sorry . Dah jomlah tidur ! Aku mengantuk dah ni ! " . Zhrh terus mengambil tempat di sebelah Anis.

" Alolo sian dia mengantuk ye ! Ha tidur tidur jom tidur !! " . Anis turut menghempaskan badannya di atas katil.

Mujurlah balutan dikepala Anis telah dibuka . Tinggal cuma tampalan kecil di dahinya.Harap dapat baik sebelum hari perkahwinanya. Dia tidak mahu Tya , Najwa dan yang lain tahu . Pasti mereka akan risau.

______

" Sayang , oh sayang ! Bukalah pintu ni ! Abang nak masuk " . Ashraf mengetuk pintu .

" Taknak ! Abang tak sayang Najwa kan ! Buat apa masuk !  " . Najwa bercekak pinggang dibelakang pintu . Dia beralih ke katil dan duduk di birai katil .

" Mana ada ! Sayang bukalah pintu ni ! Jangan buat abang risau please !" . Ashraf masih lagi di depan pintu . Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal . Dia memetik jari . Baru dia teringat dia memiliki kunci pendua.

Ashraf mencari kunci itu dan terus membuka pintu .

Melihat wajah Ashraf yang tersembul di depan pintu menyebabkan muka Najwa masam mencuka.

Najwa yang terkejut terus beralih ke kamar mandi . Entah kenapa hatinya sungguh memberontak .

Belum sempat Najwa hendak menutup pintu dan menguncinya ,  tangan sasa Ashraf terlebih dahulu menahan daripada pintu ditutup . Hai lelaki lawan perempuan mestilah lelaki menang . Najwa menyerah kalah dan hanya membiarkan Ashraf masuk . Dia bersandar di tepi cermin kaca dalam kamar mandi itu.

" Kenapa ni sayang ? Okay about tadi , sorry okay . Abang gurau je . Taknak lah merajuk merajuk lagi erm ?! " . Ashraf mendekati sedikit demi sedikit..

" Najwa taknak kawan abang . Baby pun taknak kawan papa kan !" . Najwa masih menyilangkan tangannya tanda masih merajuk.

Jodoh Antara KITA ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang