11

443 34 3
                                    

Tok tok tok! 

Pintu dikuak. Wajah Najwa, Zahirah, dan Tya terpacul  dengan senyuman paling manis.

Mereka datang menghampiri Anisa yang ralit menaip sesuatu di laptop. Kening dinaikkan. Dah kenapa diaorang bertiga ni?

"Anis?"  Panggil mereka bertiga serentak.

"Ya? Ada apa?"  Anisa menjawab dengan nada biasa. Matanya masih menatap laptopnya. Jam jam sebegini memang sesuai untuk mengarang ceritanya.

"Sorry sebab biarkan kau buat kerja sorang-sorang dekat dapur harini. Kau marahkan kita orang ke?" Najwa meneka. Bibirnya dicebikkan seperti orang hendak menangis. Anisa yang kebingungan hanya menggeleng. 

"Hah? Ingatkan apalah tadi. Tak ada apa-apalah. Aku okay je."  Balas Anisa seraya gelak kecil.

"Anis, kita orang tahu kita orang banyak susahkan kau. Tapi janganlah marah kita orang eh?"  Zahira menambah. Tangannya digabungan dan diletakkan di bawah dagunya dengan mata sengaja dikerdipkan. Ingat comel!

Fatiha menghulurkan sekotak coklat pada Anisa.

"Nah, hadiah sebab selalu bangun awal dari kita orang dan siapkan makanan untuk kita orang" . Ujar Fatiha.

Anisa terus menarik  Fatiha, Zahira dan Najwa rapat ke dalam pelukannya. Lama mereka berpelukan.

"Aku tak pernah mengeluh pun buat semua tu untuk kauorang. Kauorang kan sebahagian daripada nyawa aku. Sebab separuh lagi ibu dengan ayah aku. Hehehe. Aku tak kisah pun sebab aku buat untuk orang yang aku sayang jadi tak ada rasa terbeban atau tak adil pun. Kauorang je yang suka overthinking!" Jelas Anisa panjang lebar setelah pelukan dileraikan. 

"Tapi still," Belum sempat Fatiha menghabiskan ayatnya, 

Dah dah. Aku okay seriously! Aku mana boleh marah kauorang sebab aku sayang sangat pada kauorang . Kauorang sayang aku ke tak?" potong Anisa.

"OF COURSE LAH LOVE! Manhi manhi saranghae! (Sayang banyak-banyak) Muah! " jawab mereka bertiga serentak. Gaya tak ubah persis tiga anak kecil dan sang ibu yang sedang meluangkan masa bersama.

Anisa tergelak mendengarnya. Nasib sayang!

"Dah dah. Pergi mandi, makan, then solat Asar. Jangan kacau aku. Hahahah nak ajak main nanti  malam kita main masak-masak kat dapur ya!"  Ujar Anisa. Dia menggelengkan kepala seraya tergelak kecil.

Matanya kembali menyambung kerjanya yang terbantut tadi. Tanpa disedari, jam sudah menginjak ke angka 6.30 petang. 

Seperti biasa mereka akan menunaikan solat maghrib bersama, mengaji dan solat Isyak bersama. Apabila jam menginjak angka 9.30 malam, barulah semua bergerak ke bilik masing masing.

Malam itu mereka bertiga tidak memberi kebenaran untuk Anisa melangkah ke dapur walau apa pun yang terjadi. Bermacam macam bunyi yang merisaukan Anisa apabila membenarkan mereka bertiga menguasai dapur. Katanya nak bermain pertandingan masak-masak dan Anisa adalah jurinya.

Anis menjeling ke dapur. Dia dapat menangkap bayangan Najwa, Zahira dan Tya yang memakai apron.

Mereka bertiga memberikan jelingan maut supaya Anisa duduk diam di atas sofa sahaja dan jangan mengintai.

Jodoh Antara KITA ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang