07

511 40 4
                                    

"Long time no see huh!" tegur lelaki itu dengan senyuman jahatnya.

Anisa yang rasa terkejut terus memeluk lelaki di hadapannya itu. Erat. Tak baiklah main tipu-tipu macam ni!

"Ayah! Kenapa nak balik tak beritahu? Baru tadi kita buat video call kan!"  bebel Anisa sambil meleraikan pelukan. Tangan ayah dicium lama. Dia terus berlari mendapatkan ibu.

"Ibu berkomplot dengan ayah eh?" soal Anisa sambil merangkul pinggang ibu.

" Haah. Ayah yang ajak." balas ibu selamba. Ayah yang datang ke dapur hanya tergelak.

Sungguh Anisa memang terlalu rindukan ayahnya dek kesibukkan kerja menguruskan syarikat. Namun Anisa sebagai anak mestilah mengerti dan menurut sahaja.

Ayah melangkah ke bilik barangkali ingin berehat dan membersihkan diri setelah 5 jam perjalanan.



"NAJWA, esok birthday Tya kan?" tegur Imtiyaz. Najwa, Ashraf dan Imtiyaz kebetulan bertembung sewaktu Ashraf menemankan Najwa ke kedai buku. Oleh sebab Anisa tidak mahu menemaninya dengan alasan ingin meluangkan masa bersama ayah tersayang, dia sebagai rakan harus mengerti. Akhirnya Ashraf yang menjadi mangsa.

"Mana kau tahu?" soal Najwa curiga sambil memandang tajam ke arahnya Imtiyaz Daniel.

"Hei apa ni! Najwa dengar sini, awak tak boleh tenung lelaki macam tu! Nanti dia tergoda macam mana awak goda saya kan dah susah!" sampuk Ashraf yang tiba-tiba mencelah mengundang tawa Imtiyaz dan kekeliruan kepada Najwa.

"Kau ni dah kenapa? Pernah makan penumbuk?" balas Najwa menggenggam penumbuknya dan ditayangkan di hadapan Ashraf. Karang semakin dilayan semakin menjadi-jadi!

Ashraf Reza hanya mencebik lantas menayangkan muka comelnya minta simpati.

"Haah, esok birthday dia. Kenapa? nak buat surprise ke?" soal Najwa teruja. Dia sememangnya sudah berancang dengan Zahira. Fokusnya kembali kearah perbualannya dengan Imtiyaz tadi.

"Aku okay je!" balas Imtiyaz laju.

"Lagipun aku ada nak cakap sesuatu pada dia"  tambah Imtiyaz. Najwa terangguk-angguk mendengarnya.

"Okay deal, nanti aku roger Anisa dengan Zahira"  balas Najwa tanda setuju.

"Kau nak confes eh?" soal Ashraf lebih kepada memerli.

"Diam la kau!"  balas Imtiyaz geram dengan Ashraf yang sibuk mengcungkil rahsia.





NAJWA mencapai buku nota hello kittynya dan mula merangka sesuatu. Seketika tangannya diletakkan di dagu tanda berfikir.

'Hiasan serahkan pada Anis. Dia pro bab hias-hias ni!'  gumam Najwa seraya tangannya ralit mencatat sesuatu seperti agihan tugas.

'Makanan dan kek pula serahkan pada Zahira dengan Zhafran. Pandai-pandailah diaorang fikir'  bebelya lagi sendirian.

'Hadiah pula biar aku dengan Ash yang cari' tambahnya lagi seraya tangannya laju membahagikan tugas masing-masing. Seketika, dia termenung seperti sedang memikirkan sesuatu.

Jodoh Antara KITA ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang