25

464 27 6
                                    

" Anis ! Look at me !! Pandang mata aku !! Aku tak faham lah dengan kau ni .  Macam mana kau  nak bahagia kalau kau kahwin dengan dia tanpa perasaan cinta ??!!! " . Zhrh memegang kemas kedua dua lengan Anis.

Anis hanya tertunduk . Perasaannya bercampur baur . Dia keliru.

Zhrh melepaskan keluhan berat .

" Aku cuma nak tengok kau bahagia dengan orang yang kau sayang , Anis ! " . Sambung Zhrh . Geram dirinya melihat Anis yang hanya diam .

Perlahan lahan Anis mengangkat muka , " Tak ada yang lebih bahagia daripada melihat kebahagiaan kawan kawan dan parents aku " . Jawab Anis . Airmata yang di tahan dari tadi mengalir jua.

" Anis stop it !! Boleh tak kau berhenti fikirkan orang lain ? Aku mohon kau fikirkan diri kau ! Aku nak kau pertimbangkan semula keputusan kau . Aku tak nak kau menyesal dikemudian hari !!" . Zhrh menyeka airmata di pipi Anis . Tubuh rakannya itu dirangkul kemas .

____

Najwa sedang ralit memasak di dapur buat suami tersayang . Tadi solat subuh pun Najwa yang membantu Ashraf untuk membersihkan diri .

Selepas solat , Najwa meminta Ash rehat meskipun Ashraf tidak muntah , namun wajahnya masih pucat dan lemah.

Najwa menutup pintu setelah Ashraf lena . Dia memegang lembut perutnya .

" Sayang , papa tak sihat lah . Nanti bila papa dah sihat , mama beritahu papa tentang kehadiran sayang ye . Buat masa sekarang ni , kita main masak masak kat dapur eh . Jomm ! " . Najwa berkata dengan bayi dalam kandungannya seolah olah anaknya itu berada di depan matanya. Dia tersenyum sendiri.

...

Sedang Najwa ralit memasak , dia dikejutkan oleh sentuhan yang merangkul kemas pinggangnya . Mujur tak melayang senduk di tangannya . Ashraf menyangkutkan dagunya di bahu kanan Najwa .

" Abang kenapa turun ? Abang dah okay ? " . Tanya Najwa prihatin . Dia berpusing menghadap suaminya.

" Ermm sikit . Sayang masak apa tu ? " . Tanya Ashraf lemah . Wajahnya masih pucat.

" Masak bubur daging untuk abang lah . Abang lapar ke ?Najwa ada buat cucur udang tadi untuk breakfast . Abang nak ? " . Najwa mengusap perlahan kepala Ashraf .

" Abang tak ada selera lah . Sayang , kenapa abang tengok sayang makin hari makin berseri seri ? Suka eh abang sakit ? " . Ashraf memuncungkan bibirnya tanda merajuk.

" Mana ada Najwa suka abang sakit . Najwa nak tengok abang sihat jeee " . Jawab Najwa . Dia masih tersenyum.

Najwa bergerak mencapai tangan kanan Ashraf dan diletakkan di perutnya yang masih belum kelihatan . Di gerak gerakkan jemari itu ke atas dan ke bawah . Senyuman masih tak lekang di bibirnya. Ashraf melemparkan pandangan blur sebelum dia tersenyum tanda sudah mengerti.

" Sayang , sayang mengandung ke ?? !! " . Najwa tidak dapat mengesan sama ada  Ashraf sedang bertanya atau sedang menjerit. Dia tertawa sebelum mengangguk laju .

Ashraf terus merangkul isterinya erat ke dalam dakapannya . Terima kasih Ya Allah atas anugerah yang Kau telah berikan kepada kami.

Jodoh Antara KITA ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang