Bukan Cinta Biasa - Bab 14

Start from the beginning
                                    

Suasana di bilik itu kelihatan begitu tegang.

"Takpe. Iya jaga kakak esok tau." Iya memberitahu Fee sambil mengenyit mata.

Fee akur dengan keputusan mama dan Iya. Sepanjang malam Fee memikirkan mengenai Min.

"Aku harap dia okay. Aku harap esok aku boleh la jumpa dia." Fee bermonolog.

Keesokan pagi..

"Good morning ! Hawau you?" Iya masuk ke bilik sambil membawa plastik berisi makanan.

"Ha, baguslah dah datang. Papa mana?" Mama yang baru keluar dari bilik air terus menyambut Iya. 

"Parking.." itu sahaja yang keluar daripada mulut Iya.

"Iya.. malam ni kau jaga aku kan?" Fee bertanya dengan nada yang teruja.

"Yeye.."

"Alah. Adik kau bukan reti pun nak jaga orang sakit." Mama cuba untuk membantah.

Fee dan Iya saling berpandangan. Lalu Iya pun mengangkat bahu sebagai tanda isyarat ' Idk anything '.

"Mama bolehlah bolehla. Satu malam je pun. Gilir - gilir la. Mama mesti penatkan. Malam ni bagi la Iya jaga." Fee cuba untuk memujuk.

Mama hanya menganggukkan kepalanya.

Fee kegembiraan sambil meloncat di atas katil namun, kegembiraannya tergendala seketika apabila wayar yang berada di tangannya tercabut dan mengakibatkan tangannya berlumuran darah.

Fee sudah sememangnya seorang wanita yang mempunyai fobia terhadap darah, melihat darah yang terpancut melalui tangannya membuat dia loya dan ingin pitam.

"Weh, benda sikit pun jangan la sampai nak pitam." Iya menepuk bahu Fee.

"Eeeeeee! Kau tahu kan aku tak suka darah." Fee merengek.

Mama dan papa tidak putus-putus menekan butang merah untuk memanggil jururawat namun seorang pun tidak muncul. Iya dengan perasaan yang tidak puas hati keluar dari bilik untuk memanggil jururawat di kaunter.

"Kau boleh gelak kakakukukiki ramai-ramai kat sini. Semua orang pekak ke apa sampai tak dengar bunyi." Iya bermonolog di dalam hati. Walaupun pada hakikatnya dia sangat marah, namun dia cuba untuk menyembunyikan muka amarahnya itu.

"Maaf kak, mak saya dah nak dekat 100 kali dah picit butang merah tu tapi seorang pun tak datang. Kakak saya jarum dia tercabut. Boleh tolong pasangkan semula?" Iya memberitahu dengan nada yang baik.

"Kejaplah!" Jawab jururawat tersebut.

"PEMALAS ! Siaplah kalian semua saya report dekat HR baru tahu. Ingat aku budak kecik tak reti nak buat ke? Nama , no id semua aku dah hafal. Makan gaji buta je !" Iya merungut lalu berlalu pulang ke wad Fee.

Jururawat tersebut kelihatan sungguh cemas dan risau. Mereka segera ke bilik Fee dan menyambung jarum yang tercabut itu. Sebelum keluar dari bilik, sempat seorang jururawat menyapa Iya " akak dah sambungkan. Jangan report tau! "

Iya hanya menjeling melihat arahan daripada jururawat itu. "Dah la lembab, ada hati nak arah aku itu ini. Dasar pemalas!"

"Dik, kau dah kenapa? Membebel macam mak minah?" Mama bertanya.

Iya hanya senyum kambing apabila mendengar pertanyaan mama.

"Kau ingat kau boleh nak bagi amaran kat aku? Siaplah kau kejap lagi." Iya menyeluk sakunya lalu mengambil telefon bimbitnya untuk membuat aduan kepada pihak hospital mengenai sikap jururawat yang tidak berhemah tersebut.

Malam itu..

"Weh.. Min ada mesej tak?" Fee bertanya.

"Hmmm.."

"Ada ke tak?" Fee bertanya lagi.

"Ermm.."

Tok! Tok!

Pintu diketuk.

"Come in" Iya memberitahu.

Fee agak tercengang. Seorang wanita berumur dalam lingkungan 20-an masuk ke dalam bilik. Fee amat mengenali susuk tubuh wanita tersebut. Wanita itu ialah M.I.N

"Hai." Min menyapa.

"Erm, hai. Errrr, I leave both of you to talk. Anything just called me. I'm outside of the room." Iya berkata.

Iya pun membawa diri keluar daripada bilik Fee menuju ke tempat menonton tv. Bilik wad V.I.P memang begitu besar dan menyamankan. Di dalam sebuah bilik terdapat sebuah lagi bilik iaitu bilik pesakit. Terdapat juga ruang tamu yang besar dan bilik pantri yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, peti sejuk dan cerek air tidak ubah seperti suasana hotel yang bertaraf 5 bintang.

Sementara itu Min dan Fee berduaan di dalam bilik..

"You macam mana?" Min bertanya.

"Macam yang you nampak ni la."

"Doktor ada cakap bila you boleh discharge?"

Fee hanya menggeleng.

" I rindu dekat you sayang. Hari - hari I mesej Iya tanya news pasal you. Hati I tak tenang tanpa you. And when I know that yang you dah sedar, I happy sangat. After a year you koma akhirnya you bangun juga. I kesepian tanpa you sayang. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rindunya I pada you. You nyawa I sayang." Min bercerita kepada Fee.

Fee tidak mampu mengukapkan apa-apa selain mengalirkan air mata. Dia tidak sangka bahawa Min sangat setia akan dirinya. Tidak seperti wanita lain, apabila kekasihnya kemalangan dia malah mencari teman yang baharu.

"I won't leave you anymore after this sayang. Trust me.." Fee akhirnya menyampaikan kata-kata yang terbuku di hati.

Jam di dinding terus berdetak. Ahhh~
Hahahaha, eh tak. Jam di dinding telah menunjukkan jam 3.00 pagi. Suasana di sekitar hospital kedengaran lengang dan sunyi.

"You. I balik dulu ya. Tak perasan dah pukul 3 ingat baru jam 1. Nanti my mom bising pulak. You take care ok." Min terus keluar dari bilik.

Ting ! Ting ! 

Fee mencapai telefon bimbitnya. Terdapat beberapa mesej whatsapp masuk ke dalam telefon bimbitnya.

Min: hai sayang. Sorry lambat inform , I tak boleh datang malam ni. I dah inform Iya tadi. Esok pagi - pagi I datang tengok you okay.. ILY💕

"Hah?! Siapa yang datang tadi kalau bukan dia? Siapa yang bermanja dengan aku tadi kalau bukan dia?" Fee sudah terketar -ketar di atas katil.

"Yuhu! Wazzup sis. Asal muka pucat je ni? Nak Iya panggil nurse ke?" Iya masuk ke dalam bilik.

"weh. Tadi yang datang tu siapa?" Fee bertanya.

"Ada orang datang ke? Hang jangan main-main. Ni pukul 3 pagi tau mana ada orang boleh melawat. Iya dari tadi borak dengan nurse kat luar. Kalau ada orang datang memang Iya tahu la sebab kena lalu dekat kaunter nurse kan?" Iya menyampaikan syarahannya yang panjang lebar.

"Tapi kan... nurse memang ada cakap yang tempat ni agak keras. Lagi - lagi ward ni. Tapi hang jangan risau la. Pergi tidur okay. Iya on je tv tu sampai pagi." Tambah Iya.

Selepas mendengar penjelasan Iya, hatinya semakin lega dan terus melelapkan mata.

"Siapa yang datang? Eh jap! Tadi Min mesej aku belum bagitahu dia. Haish. Esok pagi jelah." Iya mengomel di dalam hati.

Iya melentokkan kepalanya di sisi kakaknya, Fee.

****************
Vote/komen

Okay la guys, untuk chapter kali ni sampai di sini sahaja. Maaf kerana mengambil terlalu banyak bab untuk menghabiskan imbasan memori Fee. Apa - apa pun, Miss harap korang semua enjoy baca bab ni. Dan Miss ingin ucapkan berbanyak - banyak terima kasih kepada anda yang menyokong novel ni dari awal.
Much of love 💕

Bukan Cinta Biasa Where stories live. Discover now