Bukan Cinta Biasa - Bab 1

2.8K 37 0
                                    

Pagi sudah menjelma. Aku meraba - raba katil di sebelahku namun kosong menandakan bahawa tiada sesiapa disitu. Aku berkata pada diriku, "Iya dah pergi sekolah la tu. Hmm,budak rajin."

Aku mencapai telefon bimbitku yang berada di atas meja belajar. Aku melihat jam 1.00 tengah hari terpampang di skrin telefon bimbitku. Nasib hari ini tiada kelas kalau tidak pasti aku sudah terlepas satu kelas. Hari ini tiada misscalls namun whatsapp message tetap ada. Siapa lagi kalau bukan buah hati pengarang jantung aku,Min.

Selesai membalas semua mesej, aku pun mengatur langkahku turun ke tingkat bawah. Kelihatan Adra sedang berlari menujuku. Aku terus mendukungnya ke dapur.

"Mama dengan bibik tengah masak ni. Jaga Adra kejap. Nanti Iya balik nak makan."

Aku menggangguk sahaja. Sepanjang hari aku bermain bersama Adra. Terasa seperti ingin mempunyai anak pula. Tiba - tiba papa yang dari entah ke mana datang menegur. "Tak ada kelas ke? Kerja pukul berapa?"
Alangkah terkejutnya aku. Aku hanya mendiamkan diri lalu papa pun berlalu pergi. Bukan niat aku untuk sengaja tidak menjawab namun aku bosan kerna setiap hari mendengar soalan yang sama.

Pintu diketuk. Suara memberi salam didengari. Aku yang sedang khusyuk menonton TV terus bangun untuk membuka pintu. Iya sudah balik rupanya. Iya masuk membawa begnya yang berat seperti batu. Aku hanya mampu melihat sambil menutup hidung kerna bau budak baru balik sekolah. Faham - faham je lah ya.

Makanan telah siap dihidang. Tibalah masa yang dinanti - nantikan. LUNCH TIME!!! Pukul 2.30 baru lunch ya. Ikut negara mana la keluarga aku ni. Selesai makan, aku naik ke bilik lalu baring tidak ubah seperti ular sawa kekenyangan. Iya masuk untuk mengambil baju.

"Iya. Aku nak keluar kejap lagi."
"Pergi mana?"
"Entah. Tengok wayang kot."
"Dengan?"
"Siapa lagi. Dengan bakal kakak ipar kau lah Iya. Hehehehe.."
"Kakak ipar?? Merepek apa kakak ni? Hishh, tak kuasa aku nak ada kakak ipar lagi abang ipar tak apa la juga. Dah la nak mandi."
"Hmm, mandi cepat sikit!! Aku nak keluar!"

Aku terus men dial nombor Min.

Min: Ya, hello?
Fee: Sayang! Kita keluar jom. I ambil you. Siap cepat ya.
Min: Nak pergi mana?
Fee: Adalah. You siap dulu. Nanti I datang ambil you. Dalam sejam dari sekarang?
Min: Okay sayang. Bye.
Fee: Bye.

Talian dimatikan. Aku terus mencari baju yang hendak dipakai lalu menggosoknya. Aku memakai kemeja berwarna putih bersama tudung bawal crepe berwarna kelabu. Turun sahaja ke tingkat bawah, aku disapa oleh mama. "Nak ke mana ni kak? Asal cuti je nak merayap. Tak boleh nak melekat kat rumah."

"Nanti sebelum jam 12 saya baliklah." Aku terus membuka pintu dan apabila ingin keluar kaki aku dipegang oleh Adra. Memandangkan aku sudah lambat aku pun terus menolak Adra ke tepi dan terus menutup pintu. Kedengaran dari luar suara Adra menangis namun apa yang aku boleh buat. Aku dah lambat.

Aku memecut keretaku dengan laju. Aku pun menguatkan volume radio bagi menghilangkan kebosanan. Sampai di hadapan rumahnya, aku pun membunyikan hon. Min keluar dari rumahnya dan menuju ke kereta. Dia pun memakai kemeja berwarna putih. Memang kalau dah jodoh tak kemana. Baju pun dah sama warna.

Kami pun terus menuju ke KL untuk menonton wayang. Selesai menonton wayang, kami pun pergi ke sebuah restoran untuk makan malam. Selepas itu, aku menghantar Min pulang ke rumahnya. Ikutkan hati memang tak nak dihantar pulang tapi apakan daya dia bukan milikku yang sah lagi. Sampai di perkarangan rumah, "sayang. I balik dulu ya. Nanti kalau I dah sampai rumah I whatsapp you. Okay?"
"Okay. Bye sayang. Drive hati - hati."

Pesan Min akan selalu ku ingat. Aku sampai di perkarangan rumah jam 11.30 malam. Masuk sahaja ke dalam rumah, papa sudah menegurku. "Pergi mana tadi kak? Kenapa call tak angkat?"
Aku langsung tidak mempedulikan soalan papa. Malas hendak dilayan orang tua itu. Mama yang dari tingkat atas turun. "Kakak nak makan? Mama teman ya. Kita makan sama - sama." Lembut suara mama.

"Orang dah makan dah tadi. Yang tadi tak makan tu dah kenapa? Dah la nak naik tidur. Bye!"

Kelihatan muka mama begitu sedih dengan perangaiku.Papa yang duduk di hadapan terus datang dan menemani mama makan di dapur. Aku naik ke bilik, terlihat bibik masih lagi tidak tidur. Sibuk melayan boyfriend nya di "Messenger". Iya juga masih belum tidur. Sibuk melayan "whatsapp" dan "wattpad" nya. Mentang - mentang esok tak sekolah bukan main ligat lagi ya dia jadi burung hantu.

"Iya! Mentang - mentang esok cuti kau tak tidur ya?"
"Sibuk dah kenapa? Kakak tak makan ke? Kesian mama tunggu kakak balik nak makan sama - sama."
"Aku dah makan dah dengan Min. Siapa suruh tak makan? Nak buat cerita sedih ala - ala novel dah kenapa? Nak buat aku konon - konon macam anak durhaka la eh?"
"Ish! Tak baik ah! Dah la malas nak layan. Tidur lebih baik. Oh ya! Nanti kalau cakap telefon jangan kuat - kuat eh. Ingat kita tidur ni berkongsi bukan milik sendiri."

Kata - kata Iya sungguh pedas dan berapi. Sesiapa yang mendengarnya pasti akan terguris. Ikut siapalah perangai dia ni. Aku tak ada pula macam tu. Nak buat macam mana aku kan baik. Aku pun menukar pakaian dan terus baring di sebelah Iya.

Jari jemariku laju menaip text kepada Min.

x: I dah sampai rumah ni.
Min: Good.
x: You buat apa sayang? I rindu la.
Min: I tengah baring dengan kucing I.
Min: Ish you ni mengada la.
Min:Kan tadi baru jumpa.
x: Ala you ni. I nak manja - manja pun takkan tak boleh?
Min: Bukan tak boleh.
Min: Tapi you ni manja sangatlah.
x: Ala . Merajuklah macam ni.
Min: Okok. Jangan merajuk ya sayang.
Min: Nak manja sangatkan? Manjalah.
x: Sayang. You ingat tak masa first time kita kenal?
x: Lawakkan? Hihihihi
x: Tak sangka at the end ini pengakhirannya.
Min: Mestilah ingat sayang.
Min: Lawak? Maksud you?
Min: Kalau dah jodoh memang tak kemana kan sayang?
x: Tapi, I betul - betul tak sangka masalahnya.
x: Daripada kenal dekat Twitter terus sampai macam sekarang ni.
Min: Kenangan paling indah,kelakar,sweet semua ada
Min: hahahahaha
x: kan. Hmmm
Min: sayang. I nak tidur dulu ya. Mengantuk la.
Min: selamat malam. Love you.
x: ok sayang. Love you too.

Aku mentutup aplikasi whatsapp dan membuka alarm. Aku set alarm siap - siap kerana esok aku kerja tengah hari. Selesai mengunci jam, aku pun masuk tidur.

~~~~~~~~~~~~~~~
Jam di dinding terus berdetak. Tepat jam 7.15 pagi, jam penggera berbunyi. Fee dengan rasa berat hati untuk meninggalkan katil terpaksa bangun juga oleh dek kerana tanggungjawab terhadap pekerjaan yang harus dilaksanakan.

Fee segera menyarung baju kerjanya yang tergantung di pintu lalu menuju ke kereta. Suasana pada pagi tersebut sungguh sepi dan sunyi. Kelihatan awan mendung dan cahaya matahari tidak sampai ke permukaan bumi.

Fee memandu keretanya dengan laju sehinggakan dia tidak sedar bahawa dia telah melanggar lampu isyarat. Suasana yang sunyi itu berakhir apabila kereta Fee dihalang oleh sebuah lori kontena yang amat besar dan menyebabkan keretanya hilang kawalan dan terbabas di lorong bertentangan.

Kereta Myvi yang berwarna jingga itu berasap. Ketika itu, pandangan mata Fee sudah semakin malap dan kabur. Dan akhirnya dia pun tidak sedarkan diri. Orang ramai yang melihat kejadian itu terus menghubungi ambulan dan pihak polis bagi mengawal lalu lintas.

*********
Like or comment

Bukan Cinta Biasa Where stories live. Discover now