Bukan Cinta Biasa - Bab 5

1.4K 22 0
                                    

"Kakak, kita tengok cerita ni eh!"

"Oit?! Tidur ka? Alahai kakak aku ni. Kakak!!!! Ooooo katak!!! Dasar katak betul la kakak aku ni 😑
Oiiiii kakak!!!! Bangunlah. Tengok tu. Dia ni kalau dah tidur memang susah nak bangun.. Kakak!!"

Fee membuka kelopak mata perlahan lahan.

"Kau nak apa senget? Orang tidur pun nak kacau ke? Taguna punya adik."

"Tadi suruh Iya pilih movie bila orang dah pilih dia tidur lak."

"Yelah yelah. Nak tengok cerita apa?"

"Cerita ni macam best? Nak tengok tak?"

"Yelah. Tajuknya apa sayang?"

"Jangan nak bersayang sayang sangat boleh tak? Gelilah Iya. Ni haa! Cerita Riddick . Nak?"

"Cerita apa tu? Seram seram aku tak nak eh."

"Bukan seram. Cuba kakak tengok trailer dia. Best lah! Jomlah. Please please 🙏"

"Yelah yelah. Jom. Japgi siap. Malam karang kita tengok tapi yang last showing punya lah ya? Ada apa apa lagi?"

Iya menggeleng.

"Takde? Okay. Sekarang kau boleh blah. Aku nak tidur balik ya. Boiii"

Fee pun kembali menutup kelopak matanya. Dan dia tersedar apabila dikejutkan oleh bik Jami.

"Kakak. Bangun makan." Bik Jami menggoyangkan kaki Fee perlahan lahan.

Rasa malas mahu bangun memang terselah ketika itu namun apa kan daya dia terpaksa bangun kerana dia telah berjanji dengan Iya untuk keluar menonton wayang bersama.

Fee keluar dari biliknya dan menuju ke tingkat bawah. Dia melihat semua ahli keluarganya sedang berkumpul di meja makan.

"Jom makan kak." Mama menyapa. Fee hanya mampu menggangukkan kepala menunjukkan tanda 'ya'.

Seperti kebiasaan tempat aku confirm di depan TV. Tidak lain dah tidak bukan kalau mahu makan mesti si Adra datang menyibuk. Pantang nampak orang makan betul lah budak tembam ni. Mesti datang dekat orang then cakap 'mam mam'.
Serious comel weh tak tipu. Tipu kan dosa, eiceceh.

"Iya. Siap cepat tau." Fee memberitahu Iya sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.

Fee menoleh ke arah Iya dan melihat Iya hanya tersenyum.

"Korang nak pergi mana malam malam ni? Tak takut ke?" Papa tiba tiba bersuara.

Fee dan Iya hanya membisukan diri. Kalau aku beritahu nak pergi tengok wayang memang confirm tak boleh.

"Dorang nak pergi tengok wayang. Biar jelah. Si kakak nak belanja adik. Dah lama Iya tak pergi tengok wayang. Biarlah." Mama memujuk.

"Hmmm, jangan balik lelambat. Tengok wayang kat mana kak?"

"Dekat Aeon Kepong je. Nanti pukul 12 kitaorang balik lah." Iya memberitahu.

Setelah siap menukar baju mereka pun pergi ke Aeon. Mujur mereka telah membeli tiket awal - awal kalau tidak memang berjanggut nak beratur beli tiket.

"Iya, cer kau tengok tiket tu. Kita hall no berapa."

"Hall 7."

" Okay jom."

Mereka pun masuk ke dalam panggung wayang yang gelap itu dan terus mencari seat. Setelah mendapat tempat duduk mereka pun mula makan popcorn yang telah kami beli.

"Kakak. Jom selfie nak?"

"Selfie? Ada ada jelah budak remaja zaman sekarang ni. Hmm, yelah jom."

Bukan Cinta Biasa Where stories live. Discover now