Bukan Cinta Biasa - Bab 13

702 15 1
                                    

"Woi, pergi mana tadi?"
Iya yang sedang berdiri di luar tingkat kereta bertanya sambil mengetuk cermin tingkap.
Fee hanya mampu senyum melihat adiknya. Adiknya yang dulu disangkakan menjengkelkan namun dia lah yang banyak memberi semangat kepada Fee. Walaupun dia tahu bahawa adiknya tidak menyukai personalitinya yang sekarang namun Di sudut hati Fee dia amat menyayangi Iya.

Lantas Fee keluar dari kereta dan mengajak Iya masuk ke dalam rumah. Sampai di dalam bilik, Iya bertanya lagi, "dah bisu ke apa? Ke pekak? Kakak pergi mana? Keluar tak cakap. Call tak angkat. Ingat orang dalam rumah ni tunggul ke apa? Ke ingat rumah ni hotel boleh keluar ikut sedap dia je."

Walaupun kata - kata yang diungkapkan Iya agak pedas, namun dia masih menjawab dengan tenang.

"Aku keluar jumpa Min. Kenapa? Dorang ada kata apa - apa ke?"

Iya hanya menunjukkan muka tidak puas hati lalu meninggalkan bilik.

TING !

Min: you.. Next week free tak? I ada plan baik punya?
Min: you nak ikut tak?

....Typing....

X: plan apa?
X: you jangan buat kerja bila eh!

Min: I nak you pergi holiday la

X: lah....
X: cakap lah awal - awal.
X: kita nak pergi mana?

Min: kita pergi Ipoh nak?
Min: kita naik train nak??

X: Ipoh?? Sounds great.
X: train? I tak pernah travel naik train. Naik flight selalu lah 😫
X: btw berapa lama ?

Min: ni lah masanya untuk kita try something new.
Min: kalau asyik nak duduk kat comfort zone je memang bosan lah
Min: kita pergi 3D2N je.

X: okay. you buat jelah
X: I ikut je.
X: nanti apa - apa, you inform I. Yang itinerary you boleh send kat I.
X: bye sayang. I nak mandi jap

Muka Fee semakin tersenyum  lebar apabila mendapat berita ini. Semakin berdebar rasanya untuk ke sana. Fee mengambil telefon bimbitnya lalu menghantar whatsapp kepada Iya.

X: weh...
X: Min ajak aku pergi holiday

....Typing....

Iya: pergi mana pulok?

X: pergi Ipoh

Iya: then?
Iya: bagitahu Iya dah kenapa?
Iya: ke nak ajak Iya sekali 😍

X: tak kuasa aku nak ajak kau 😒
X: aku nak suruh kau bagitahu mama dengan papa
X: please...

Iya: eleh..
Iya: sendiri mau pigi, sendiri cakaplah

"Alah, minta tolong sikit pun nak berkira." Fee merungut.
"Macam mana aku nak bagitahu mama dengan papa ni? Nanti kalau bagitahu kena marah . Tak bagitahu lagi lah kena marah.. Macam mana ni?" Fee buntu.

Fee menukar bajunya lalu turun ke dapur. Fee ingin memberitahu mama namun dia takut untuk melihat reaksi mama.

"MAMA !",Fee menjerit.

"Nak apa? Menjerit tiba - tiba." Mama seperti sudah dapat menjangka

"Tak ada apa. Saje je panggil." Fee menunjukkan giginya

"Cakap jelah. Nak bagitahu apa dekat mama." Mama menduga

"Mana mana tahu? Ke Iya dah bagitahu mama? Hmm, cakap jelah." Bisik hati kecilnya.

"Sebenarnya, saya nak pergi Ipoh minggu depan dengan kawan saya. Boleh tak?" Fee berterus terang.

"Mama dah agak dah. Pergi dengan budak doktor tu ke? "

Bukan Cinta Biasa Where stories live. Discover now