Beberapa tahun dulu, dengan semangat keazaman Hang SungSoo yang tinggi, sebuah audition telah diadakan. Dengan bermodalkan beberapa ribu won sahaja, audition itu berlangsung beberapa hari melebihi seminggu. Beberapa peserta melebihi 10 orang dipilih dan di latih untuk menjad idol berjaya suatu hari nanti.

Walaupun kewangan Pledis Entertainment boleh dikatakan berada ditahap yang sangat bahaya, mereka dapat menampung para trainee yang berumur dibawah 20 tahun. Menyediakan tempat tinggal dan latihan yang sewajarnya.

Datang, pergi dan bertahan. Begitulah sedikit sebanyak kisah para trainee dibawah nama Like Seventeen seketika dulu. Bermula dengan 17 orang namja dengan bakat yang tidak boleh dinafikan lagi kini sudah debut dengan 13 orang members akhir.

Bermula dengan pentas kecil yang terisi beberapa peminat yang setia dari zaman Seventeen TV lagi. Tahun demi tahun pentas kecil itu bertukar menjadi pentas besar dipenuhi beribu-ribu peminat.

Dari kritikan pelbagai bunyi. Dikatakan tidak akan berjaya. Dikatakan hanya dikenali kerana mempunyai ramai members. Dikatakan akan bernasib sama seperti sunbae mereka yang lain.

Tapi sekarang lihatlah siapa yang berjaya? Berada sebaris dengan barisan artis bertaraf antarabangsa yang lain. Dengan jualan album dan tontonan Music Video (M/V)  mencecah million.

Ada sesiapa nak tarik balik kata-kata korang dulu?

Para peminat yang dulu dikenali sebagai Sm17es juga telah bertukar nama. Selepas beberapa hari bergaduh menentukan nama, dengan pelbagai suggestion seperti thinkerbell, teenvely, wennie dan banyak lagi dari peminat. Dan juga dari ahli seventeen sendiri seperti Hoshi dengan pilihannya Mounteen.

Dan akhirnya terlahirlah Carat pada Valentine Day. YAHOOOO~

Tapi kini, Pledis kembali dengan hutang-hutang yang menimbung. Kewangan mereka berkurangan apabila Seventeen dinyatakan koma beberapa minggu. Dengan penyakit yang tidak diketahui.

Dan kos rawatan oleh dokter gila-gila yang mencecah billion won.

*******************

"Seventeen..  CEO nak jumpa"

"Mwo?"

Seperi seseorang kebuluran terhidu makanan, Seventeen dengan pantas berpaling kearah manager mereka yang tiba-tiba memasuki dorm mereka tanpa sebarang ketukan.

Manager: cam tak biasa lak dah -,-

"Bukan CEO hilang ke?"

"Entahlah Mamat tu.. Tiba-tiba muncul balik.. Dah pergi sana"

Seventeen segera bangun dan mengikut manager mereka yang kelihatan kusut tidak bermaya sahaja. Mukanya kelihatan pucat lesu. Lingkaran hitam jelas kelihatan dibawah kelopak matanya.

Tidak mengambil masa yang lama untuk mereka sampai di Pledis Building. Tapi mereka kesusahan untuk memasuki bangunan tersebut kerana wartawan yang memenuhi jalanan. Mujurlah bodyguard yang berkawal dipintu membuat jalan untuk mereka semua.

Setelah memasuki pledis building dengan susah payah, mereka disambut pula dengan tatapan kasian dari beberapa staff yang kebetulan berada disepanjang jalan ke bilik mesyuarat yang berada ditingkat dua.

Tapi kenapa ada yang menitiskan air mata?

S.coups yang berada paling hadapan membuka pintu bilik mesyuarat dan membimbing dongsaeng kesayangannya untuk masuk. Mereka duduk berhadapan dengan CEO yang sudah berada didepan sana.

"Ada berita buruk yang perlu saya sampaikan.. Mengenai career korang.. Saya rasa sampai disini saja"

Ceo tersebut memandang satu persatu wajah anak didik asuhannya sebelum menghebus nafas panjang. Seventeen menatap tak percaya CEO mereka. Mulut mereka terbuka mahu melontarkan kata-kata tetapi tidak satupun yang berjaya bersuara.

"Kos rawatan korang terlalu mahal dan banyak kos lagi kami perlu tanggung. Kamu semua menjadi beban kepada Pledis Ent. Saya rasa korang faham. Sampai sini sahaja kerjasama kita. Jangan muncul lagi kat sini kecuali ada urusan penting. Kamu semua boleh kemas barang dan pergi dari sini esok..  Terima kasih untuk segalanya"

CEO tersebut bangun dari duduknya. Dia memberi tunduk hormat 90° kepada Seventeen sebelum bersurai. Meninggalkan Seventeen yang masih terduduk ditempat masing-masing. Masih tidak dapat mentafsir apa yang baru dikatakan oleh CEO sebentar tadi.

Mereka masih dalam dunia masing-masing sehingga salah seorang member memecahkan kesunyian dengan air mata kesedihan.

******************

I need to do this because 2017 will end soon ㅠㅠ AKU SAYANG 2017 WEHHH ITS SEVENTEEN YEAR!!  20SEVENTEEN!! 

OK bhaii see ya in the next chap

GotNoFeel_

[C]Sequel To Diary:Transmission [Season 5]Where stories live. Discover now