"Serpihan apa ni?" Yoongi mengambil serpihan hitam yang ada lantai itu. Kemudian beberapa serpihan lagi diambilnya dan diteliti.

Cepat-cepat dia mengeluarkan plastik kedap udara yang dibawanya dalam pocket dan dia masukkan serpihan-serpihan tersebut ke dalam plastik itu. Matanya beralih semula pada pisau dan kesan darah yang berada di sebelah counter , sekali lagi dahi Yoongi berkerut.

Dia kembali berginjak ke tempat asal dan mengambil sesuatu yang berada di bawah counter tersebut. Beberapa saat kemudian dia tersenyum melihat telefon jenama acatel yang baru dia jumpa.

"I got ya finally." Yoongi tertawa kecil. Namun tawanya terus mati apabila percubaan untuk membuka telefon itu gagal akibat bateri telefon itu mampus.

"Hey , Yoongi ! Aku jumpa benda ni !" Yoongi menoleh ke arah Namjoon yang menyergah di hadapan pintu belakang dapur itu. Yoongi mengangkat keningnya.

"Apa?" Tanya Yoongi lalu terus bangun untuk mengikut Namjoon yang sudah berlari anak ke belakang rumah.

"Pasu bunga ni jatuh." Namjoon menunjukkan ke arah pasu bunga milik Puan Kim yang sudah jatuh bergolek. Yoongi menepuk dahinya.

"Tu je? Jatuh angkatlah bodoh , tu pun nak orang ajar."

"Bukanlah! Kalau dia jatuh sebab aku buat ke , aku takde bodoh sangat macam kau tak reti nak angkat. Aku nak bagitau teori aku pula!"

"Apa? Takde contoh cekik-cekik kan? Kau bukan sengaja nak main-main sebab nak balas dendam kan?" Namjoon menggulingkan biji matanya.

Macam Namjoon ni jahat sangat! Lainlah kau Yoongi , cekik Si Namjoon sampai dia dah nak mati ha. Kalau mati betul-betul , memang Namjoon jadi hantu cekik kau balik.

"Satu pasu ni je yang jatuh , tapi yang lain tak jatuh pun. Lepas tu tengok ni." Namjoon menunjukkan kesan dinding yang seperti bergesel dengan sesuatu dan terlekat sedikit tanah di situ.

"Aku syak dia panjat ikut sini." Namjoon mengangkat pasu tersebut dan letakkan kembali ke tempat asal, betul-betul di hadapan dinding yang memisahkan rumah itu dengan jalan di seberang sana.

Lalu Namjoon menapak sedikit ke belakang. Yoongi mengerutkan dahi.

"Kau nak buat apa?" Tanya Yoongi pelik. Namjoon hanay tersenyum sinis tidak menjawab.

Dalam kiraan tiga , terus Namjoon berlari sekuat hati dan memijak pada pasu bunga yang telah dia angkat tadi. Setelah itu tangannya menahan tembok dinding itu untuk membawanya ke sebelah sana. Yoongi membesarkan matanya apabila bayangan Namjoon sudah tidak ada kerana lelaki itu telah memanjat dinding itu untuk ke sebelah sana.

"Namjoon tunggu aku !" Terus Yoongi mengangkat pasu itu semula.

Dia menapak ke belakang beberapa langkah lalu dia berlari dan mengikut cara Namjoon untuk ke sebelah sana.

Yoongi memandang ke arah Namjoon yang sudah bercangkung untuk melihat kesan tayar yang dihasilkan pada jalan beberapa cm dari dinding belakang rumah Puan Kim. Terus Namjoon memandang Yoongi dengan senyuman sinisnya.

"Min Yoongi , penjenayah tu mungkin Cik Rachel dan mungkin bukan Cik Rachel. Samada dua orang yang buat semua ni atau Cik Rachel tak bersalah."

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now