"Tuan , report pasal lelaki pembuat patung tu kami dah siapkan dan nama-nama yang yang ada dalam senarai buku customer dia , kami dah emailkan pada tuan semalam lagi." Terang Yoongi sambil menuju ke meja kopi tadi untuk meletakkan mee goreng tersebut. Namjoon pula masih setia berdiri di tengah-tengah pejabat kerana Taehyung masih lagi tidak membenarkan mereka duduk.

Perlahan Taehyung mendongak memandang Namjoon dan Yoongi sebelum dia menepuk dahinya perlahan. Dia asyik fokus tentang kes maknya sampai terlupa yang dia juga ada memegang kes jenayah yang lain. Pantas Taehyung membuka emailnya pada komputer di hadapannya. Emailnya dicek.

"Tuan , chief kata kalau tuan nak serahkan kes pembuat patung tu pada orang lain dia tak kisah." Namjoon mula bersuara , Taehyung sekadar menggeleng sambil mata jatuh pada satu-persatu nama yang customer pembuat patung itu.

"By the way , awak berdua dah siapkan laporan untuk tempat kejadian rumah Puan Kim?"

"Dah tuan. Bagus tuan tanya , saya pun ada bawa sekali sebab nak serahkan pada tuan." Yoongi meletakkan fail yang memang dibawanya ke atas meja Taehyung , fail di mana kes Puan Kim yang telah mereka siasat.

"Ok , duduklah." Arah Taehyung sambil tangan mencapai fail itu. Yoongi dan Namjoon mengeluh lega dan terus melabuhkan punggung mereka berhadapan Taehyung.

"Kami dah amik cap jari Cik Rachel , takde sebarang cap jari Cik Rachel pun yang ada dekat pisau yang dijadikan senjata. Yang ada cap jari Puan Kim je. Kami syak , orang yang cuba bunuh Puan Kim tu pakai sarung tangan."

"Rachel pakai sarung tangan nak bunuh Puan Kim?" Namjoon yang memberikan keterangan hanya mengangjat bahunya.

"... tapi takde sebarang sarung tangan pun yang dijumpai dekat dalam rumah tu."

"Dan lagi satu , kami jumpa beberapa kesan lebam dekat leher Puan Kim. Jadi..." Namjoon dan Yoongi berpandangan sedia untuk menerangkan logik yang telah mereka jumpai dalam kes ni.

"Jadi apa?" Tanya Taehyung tidak sabar.

"Jadi , kami syak percubaan membunuh tu macam ni... Puan Kim cuba nak lawan si pembunuh , pembunuh tu naik angin dan dia buat macam ni.."

Yoongi terus memeluk leher Namjoon menggunakan lengannya dan membuatkan Namjoon kehilangan nafas. Namjoon cuba memukul-mukul Yoongi minta dilepas tapi Yoongi masih cuba untuk menerangkan pada Taehyung.

"Lepas tu , pembunuh tu amik pisau dan tikam ! Mati kau ! Mati !" Yoongi menumbuk-numbuk perut Namjoon pula seakan membuat gaya dia sedang menikam Namjoon.

Terus Namjoon hilang sabar , disepaknya anu Si Yoongi sehingga senak. Yoongi mengadu kesakitan dan jatuh ke lantai. Namjoon memegang lehernya yang sudah terkesan berwarna keunguan akibat melawan Yoongi yang memeluk lehernya hingga kehilangan nafas. Yoongi yang sudah jatuh ke lantai tidak dihiraukan.

"Nampak ada kesan." Namjoon menunjukkan lehernya. "Puan Kim cuba nak lepas dari Si Pembunuh jadi dia cuba lawan. Tapi sayang , kekuatan Puan Kim tak kuat mana."

Taehyung memicit-micitkan kepalanya sedikit. Pening mendengar teori Namjoon dan Yoongi. Fail ditangannya diselak lagi. Dia berkerut dahi apabila terjumpa sample rokok yang berada di dalam plastik.

"Rokok ni?"

"Oh , rokok tu kitorang jumpa dekat dapur. Dan kalau tuan selak lagi..." Taehyung terus selak ke helaian seterusnya.

"... itu gambar yang kami tangkap. Gambar lampu meja yang ada kesan darah dan telah pecah. Jadi kitorang rasa Puan Kim menggunakan lamlu meja yang ada dalam bilik untuk pukul Si Pembunuh sebab Puan Kim takde luka dekat mana-mana kecuali tempat tikaman dan leher dia yang membiru."

[√] Suami Mithali ° kth Onde histórias criam vida. Descubra agora