" Erm baik lah ibu kalau itu yang ibu minta " . Zhrh membalas senyuman ibu Najwa.

Aksi adik beradik itu berlangsung lebih kurang 2 minit apabila kedua duanya menyerah kalah. Mereka tergelak apabila melihat muka antara satu sama lain.

Mereka makan lewat malam bersama sama sebelum menyuruh Zhrh tidur di bilik Najwa sekali .

____

" bilik Zhrh kosong . Dia tak balik ke lepas hantar Najwa semalam ? " . Anis membebel sendiri.Iphone8 plus silber miliknya dicapai dan nombor Zhrh didail.

Tut tutt ..

" Hello ?"

" Hello Zhrh , kau dekat mana ni ?"

" ada ni dekat rumah Najwa lagi . Oh ya yang pasal semalam tu korang tak payahlah risau sangat sebab ... hahahahahha "

" Eii janganlah gelak dulu ! Beritahu la dulu sebab apa ? " . Anis mula geram dengan Zhrh.

" Sebab tersalah informasi . Nanti balik rumah aku cerita full . Lepas ni aku nak kena teman Najwa dengan parents dia pergi melawat family kawan parents Najwa " .

" Hahaha Najwa najwa . Ha ye lah , hati hati tau . Okaylah . Lega hati aku . Got to got . Byee " . Ujar Anis sebelum menekan button end call.

Perjalanan ke rumah Kawan ibu Najwa mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Dua buah kereta bergerak sekaligus . Zhrh dengan Najwa satu kereta , ibu dengan ayah satu kereta.

Ibu memberitahu Najwa bahawa kawan ibu ni Najwa kenal masa najwa masih kecil lagi tapi semasa najwa berumur 5 tahun , kawan ibu berpindah kerana mengikut suaminya . Wajarlah Najwa sudah terlupa muka kawan ibu .

Sesampainya di perkarangan rumah kawan ibu .

Gate terbuka macam tahu tahu akan kedatangan kami . Mereka memakirkan kereta di dalam kawasan perumahan yang besar itu.

Najwa dan Zhrh hanya mengikut langkah ibu dan ayah Najwa.

Salam diberi . Terlihat seorang wanita keluar dari rumah dengan melemparkan senyuman buat mereka semua.

" Encik Rizal dan Puan Emiliah ya ?" . Tanya wanita itu ramah.

" Yaa kami la tu " . Balas ibu .

" Datin Raziqah berada di biliknya , tingkat dua bilik yang ada pintu warna biru " . Kata wanita itu sambil mempelawa mereka masuk . Zhrh dan Najwa hanya mengikut.

Pintu bilik bewarna biru dikuak . Mereka terlihat sekujur tubuh seorang gadis sedang berehat . Seorang lelaki sedang santai di sofa itu pasti suaminya.

Ayah menyapa Dato Radzli yang sedang ralit membaca surat khabar. Mereka duduk di atas sofa dan mulai berborak rancak .

Bahu Datin Raziqah ditepuk perlahan . Matanya perlahan lahan terbuka . Rupanya dia hanya terlelap.

" Ziqah , kau apa khabar ? " tanya ibu . Airmata ibu mulai bertakung melihat sahabatnya dalam keadaan lemah.

" Aku macam ni je la Emiliah . Kau apa khabar ?" . Tanya Datin Raziqah pula apabila pelukam dileraikan.

" aku sihat alhamdulliah . Oh ya , kau ingat lagi tak Najwa ? Anak aku yang sulung ?" . Tanya Ibu ingin memperkenalkan Najwa. Zhrh hanya menjadi pemerhati.

" Aku ingat Emiliah . Nabilla kan ! " . Ujar Datin Raziqah riang . Serta merta pintu dikuak dari luar.

" Mama , mama dah makan ubat ke ... " . Mata Ashraf jatuh kepada gadis yang berada di dalam pelukan mamanya.

Zhrh menekup mulut sendiri kerana tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang ini . Dia berada di rumah Ashraf Reza ?

" Najwa ?" . Ucap Ashraf .

Najwa hanya tersenyum manis.

Zhrh berdehem menyedarkan Ashraf dan Najwa . Ashraf menyalami ayah dan ibu serta memohon maaf kerana mengganggu.

" Kamu berdua kenal ke ?" . Tanya mama . Ashraf dapat melihat ada sinar harapan dalam mata mamanya.

" Mestilah kenal . Najwa kan bakal isteri Reza " . Sejurus itu semua orang memandangnya dengan seribu satu persoalan termasuk Zhrh . Mata Najwa membuntang dengan serta merta .

" Erm mak cik , mama dam semuanya , Reza nak pinjam Najwa sebentar ya ?" . Ash meminta Izin.

Mama dan ibu hanya mengangguk. Mahu tak mahu Najwa mesti mengikut kerana dia juga inginkan penjelasan.

" Saya tahu keadaan sekarang ni tak sesuai untuk bahas tentang ni . But please be my wife ! " . Terang Ash . Mukanya diraup kasar.

" Saya masih tak faham . Apa yang awak cakap ni Ash ? Saya .. saya tak ada masa nak main mainlah !" . Balas Najwa geram.

" Just please married with me ! Saya mohon sangat . 5 years saya tunggu awak . Now saya nak awak jadi isteri saya yang sah . Boleh Najwa ?" .

" memanglah boleh tapi saya perlukan ... " . Belum sempat dia menyambung ayatnya , Ashraf terus melonjak keriangan .

" Yess ! Awak dah setuju ! Dah tak boleh tarik semula yaa !!" . Ujar Ashraf dan terus masuk ke dalam rumah semula.

Najwa cuba mengimbas ayat nya sebelum itu . Dia menekup mulutnya sendiri . Dia telah terlajak setuju . Habislah kau Najwa.Dia menekup mukanya .

" Reza bincang apa dengan Nabilla tadi ?" . Tanya maka sejurus melihat kelibat Najwa dan Ash masuk semula ke bilik itu.

Ashraf memandang Najwa yang menunduk dari tadi.

" kami akan kahwin hujung bulan ni !" . Ujar Ashraf ringkas membuntangkan mata semua orang termasuklah Najwa . Kepalanya terus mendongak memandang Ash meminta penjelasan.

Zhrh menekup mulutnya sekali lagi .

Sekali lagi apa yang Najwa dengar dari mulut ibu dan ayah cukup membuatkan dia pengsan.

" Kami setuju sajaa !" . Ibu dan ayah menjawab serentak . Mama dan papa Ash memberikan senyuman yang manis dengan penuh harapan . Najwa tidak sampai hati hendak mematahkan harapan parents Ashraf.

Papp !!!

Sebuah tamparan hinggap dipipi kanan Ashraf . Dibiarkan sahaja Najwa meluahkan perasaannya . Najwa menumbuk numbuk dada Ash dengan kuat.

"Saya bukan anak patung lah ! Apa tujuan awak sebenarnya ! Saya perlukan penjelasan Ashraf ! Ashraf jawab sayaa !! Jangan diamm !" . Airmata perlahan lahan turun membasahi pipi Najwa.

Zhrh yang datang meraih bahu Najwa yang hampir terduduk .

" Zhrh , bawa aku pergi dari sini . Aku nak balik rumah FANZ !" . Arah Najwa . Dia memandang dengan renungan maut kepada Ash apabila Ash memilih untuk diam membatu.

"MAAFKAN SAYA NAJWA".








🌻B E R S A M B U N G🌻




Vote
&
Comment

Jodoh Antara KITA ✔️On viuen les histories. Descobreix ara