"Yoon Eunbi!" Jerit Rachel secara tiba-tiba dengan penuh amarah. Dia terus bangun dan keluar dari bilik.

Kaki dilangkahkan naik ke tingkat tiga untuk ke bilik Eunbi. Dia marah , betul-betul marah sekarang. Dia kena halau Yoon Eunbi. Itu sahaja yang ada di kepala otaknya sekarang.

"Eunbi!"

Bam!

Rachel mengerutkan dahinya apabila bilik Eunbi kosong. Katil elok sahaja berkemas. Perlahan Rachel melihat ke dalam bilik air namun Eunbi langsung tidak ada di situ. Mana perempuan tu pergi seawal pukul 9 pagi ni?

truttt truttt

Bunyi telefon di dalam pocket membuatkan Rachel sedikit terkejut. Terus dia mencapai telefonnya dan panggilan dijawab saat nama 'mak' di screen terpapar.

"Hello? Mak sihat ? Kenapa call tiba-tiba?" Tanya Rachel lembut. Hilang terus marahnya pada Eunbi sekejap.

"Rachel , mak rasa tak sihat."

"Eh? Yeke? Mak ok tak ni?" Tanya Rachel cemas. Dan kali ini kakinya terus untuk ke biliknya. Bersedia untuk bersiap ke rumah Puan Kim.

"Tak ok. Boleh Rachel datang?"

"Boleh. Tapi Rachel tak mandi lagi. Dalam pukul 10 lebih atau 11 Rachel sampai , mak tunggu ya?"

"Ok."

Truttt truttt

Panggilan dimatikan Puan Kim. Telefonnya diletakkan ke tepi sebelum dia melirik pada seseorang yang sedang mengacukan pistol padanya.

"Apa kau nak buat dekat menantu aku?"

"Diam dan ikut saja apa yang aku suruh kalau kau taknak anak kau mati awal dan kau sekali mati." Puan Kim mengetapkan bibirnya geram sebelum menundukkan wajahnya.

Dia sayangkan Rachel dan Taehyung tapi dia tidak mampu untuk selamatkan dua-dua sekali gus memandangkan dia yang sudah tua.

Maafkan mak Rachel.

•••

"Hey , kau ok tak ni? Bukan kau kerja ke?" Taehyung mengangkat wajahnya memandang Jungkook yang baru saja sampai dan terus mengambil tempat duduk di hadapannya.

"Ya , aku kerja. Tapi aku nak masuk lambat sikit. Aku tengah pening. Nak kau teman aku breakfast sekali." Terang Taehyung pada Jungkook yang sudah mengangkat tangan pada pelayan untuk mengambil pesanan.

Setelah memesan makanan yang Jungkook inginkan , dia kembali menatap wajah Taehyung yang kusut. Tubuhnya disandarkan pada kerusi. Nasib dia sedang tidak ada apa-apa waktu ini , bolehlah temankan Taehyung dan bertanyakan tentang Nara. Dah lama tak dengar cerita tentang wanita itu sejak dia sibuk kebelakangan ini.

"Nara macam mana?" Tanya Jungkook. Taehyung menarik nafasnya dalam. Pening bila nama wanita itu keluar.

"Entah. Sejak dia muncul dalam hidup aku , macam-macam jadi. Sampai kadang-kadang Rachel jadi mangsa. Aku pun buntu , taktau apa patut aku buat , apa yang patut aku percaya dan tak percaya."

"Kenapa? Apa dah jadi sampai kau buntu macam ni?"

"Semalam kucing aku kena bunuh. Aku nampak Rachel pegang pisau dengan kucing aku tu dejat pelukan dia tapi dia nafikan semua tu. Kau rasa?" Jungkook membesarkan matanya mendengar luahan Taehyung. Bawah bibirnya digigit.

"Aku tak kenal Rachel sangat , Tae. Kau je yang kenal dia , kau yakin ke yang dia buat benda tu?"

"Aku... aku taktau." Jawab Taehyung lemah. Rambutnya diserabutkan, kusut !

"Nara pula main-main peluk aku aritu , lepas tu cakap aku yang mengandungkan dia lah apa lah. Aku naik gila tau tak!"

Bam!

"Woah woah , sabar Tae sabar." Jungkook terus mengurut-urut dadanya , terkejut dengan Taehyung yang tiba-tiba memukul meja. Kalau ya pun agak-agaklah , malu dekat pelanggan yang lain.

"Aku taktau nak cakap apa tapi... dari teori aku lah kan, mungkin Nara dengan Rachel tu tengah fobia atau something sebab tu dia buat macam tu?"

"What the... pahal teori kau--"

"Hey , aku belajar psychology ok! Ingat tak aku pernah amik bidang psychology dulu untuk dua tahun?" Taehyung terdiam seketika. Lidahnya tiba-tiba kelu.

Kenapa pula Rachel nak fobia semua tu? Kalau Nara mungkin dia masih boleh terima kerana Nara mungkin masih lagi fobia dengan Kim Seokjin.

"Aku tak faham , kenapa Rachel nak buat macam tu?"

"Mungkin dia terlampau takut. Yelah , Nara dah ada dekat rumah tu dengan kau. Mungkin dia takut Nara tu cuba rampas kau dari dia dan tu boleh menjejaskan mental dia tau."

"Tak , tak, tak. Rachel bukan--"

Truttt truttt

Kata-kata Taehyung sekali lagi dipotong oleh bunyi telefon bimbitnya. Taehyung merengus kasar sebelum mencapai telefonnya yang berada di dalam pocket. Saat nama 'mak' di screen terpapar , terus panggilan disambungkan olehnya.

"Hello mak? Kenapa mak call?"

"Taehyung , tolong datang ke rumah mak."

"Eh? Kenapa mak? Ada apa-apa yang jadi ke?"

"Datang jelah Kim Taehyung."

"Tapi mak--"

Tuttt tuttt

Taehyung tergamam. Talian dimatikan oleh Puan Kim sendiri. Pandangannya kembali pada Jungkook. Jungkook mengangkat keningnya seakan bertanya kenapa.

"Mak aku suruh aku datang rumah dia. Tapi aku taktau kenapa."

"Ada benda lah tu , baik kau pergi cepat tengok mak kau. Mana tau ada benda buruk berlaku ke? Kerja kau tu tinggallah kan dulu. Mak kau lagi penting."

"Urm..."

•••

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now