Serta-merta tangisan Damia terhenti dan pantas kepalanya didongak memandang Carl Hans Mikael dengan rasa tak percaya. Carl Hans Mikael pula hanya tersengih dapat mengenakan gadis itu.

"K—kahwin? Minggu d—depan?" langsung tergagap Damia bersuara.

"Ya, Damia. Kalau kau tak sabar, malam ni jugak kita kahwin."

Serentak itu wajah Damia merah menyala. Carl Hans Mikael ketawa kecil melihat wajah membahang malu gadis comel kesayangannya itu.

*

*

*

Carl Que Alexander duduk di atas sofa yang disediakan dalam wad dimana isterinya ditempatkan.

Kepala ditunduk ke bawah dengan jari telunjuk kanannya mengetuk perlahan meja yang diperbuat daripada kaca itu.

Manakala, Aris dan Syuk duduk di sofa berangkai dua bertentangan dengannya sambil membelek tab ditangan.

Meneliti semua maklumat mengenai Chris dan Joe. Dia harus menyelesaikan semuanya secepat mungkin.

"Joe dengan Chris dah ada dalam tahanan kita. Tapi aku rasa kau perlu tahu apa yang aku dapat dalam rumah tu. Bukan Joe dengan Chris je yang terlibat sama."

Carl Que Alexander pantas mendongak merenung wajah serius Aris.

Setahunya semua anak buah dua orang lelaki itu sudah diuruskan dan semestinya disumbat ke dalam penjara. Kening diangkat sebelah pada Aris.

"Apa yang aku dapat, ada seorang perempuan yang jadi dalang dalam plan mereka masa culik isteri kau termasuk Damia dengan Aressa."

Tab ditangannya ditekan-tekan sebelum diberikan pada Carl Que Alexander.

Jelas terpampang wajah seorang perempuan di dalam skrin tab tersebut termasuk segala maklumat peribadi yang tertera di skrin itu.

Diperhati gambar tersebut lama sebelum wajahnya berubah tegang.

Lantas tab tersebut diletakkan ke atas meja sebelum dia bangkit dari duduknya dan melangkah ke arah Nur Husna yang masih belum sedarkan diri itu.

Tubuh ditundukkan sedikit lalu rantai leher yang dihadiahkan pada isterinya yang tersangkut kemas pada leher Nur Husna disentuh perlahan lalu rantai leher tersebut dibuka.

Giginya diketap rapat.

"Patut lah dorang senang-senang je pecah masuk rumah kau. Aku tak perasan pulak dia guna cara tu." ujar Syuk serius sambil mengangguk perlahan kepalanya.

Carl Que Alexander menggenggam kemas rantai leher tersebut sambil kembali melangkah ke arah sofa dan punggung dilabuh kasar.

Manik berkilauan dan persis bewarna emas itu direnungnya tajam. Yang berbezanya, manik halus itu sedikit pudar manakala rantai leher itu pula berkilauan.

"Mana perempuan celaka tu? Aku nak kau humban dia sekali dalam bilik tu!" arah Carl Que Alexander dengan suara dicelah gigi yang terketap rapat.

Aris tersenyum sinis sambil memandang Syuk yang juga membalas dengan anggukan kecil padanya lalu wajah Carl Que Alexander yang mula tegang itu dipandang seketika.

"Perempuan tu dah ada. Cuma tunggu kau selesaikan hal kau dengan isteri kau dulu. Relaxs Que, aku tahu kau tak sabar nak seksa dorang."

Carl Que Alexander tergelak sinis, lantas rantai tersebut dihulurkan pada Aris lalu isyarat mata diberikan pada lelaki itu.

Aris dan Syuk mula bangun dari duduknya lalu mereka berdua melangkah keluar daripada bilik tersebut.

Seketika, Carl Que Alexander menghembus nafas berat. Dia tahu rancangan yang dirancang Chris dan Aris memang licik.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now