🍁 - [25]

60.9K 2.5K 119
                                    

Carl Que Alexander menyalakan puntung rokok lalu asap disedut dalam dan dihembus perlahan.

Rumah agam dihadapannya dipandang seketika sebelum mengatur langkah untuk masuk ke dalam.

"Aku nak jumpa Black."

Lelaki berbadan tegap dan memakai anting-anting kecil ditelinga kanannya itu mengangguk kepala lalu membukakan pintu untuk Carl Que Alexander.

Masuk saja ke dalam rumah agam tersebut dia terus meluru ke arah tingkat dua tanpa menghiraukan lelaki yang berada diruang bawah itu.

Melihat riak wajah tegang Carl Que Alexander sudah gerun untuk bersuara.

Carl Que Alexander.

Mereka kenal lelaki itu. Lelaki yang merupakan pembunuh dalam gelap. Tak dapat diagak dan tak dapat dikesan pergerakannya.

Untuk membunuh, lelaki itu yang mereka cari.

Black dan Carl Que Alexander memang rapat sejak dari lelaki itu berumur 17 tahun lagi. Black yang membantu lelaki itu sewaktu dia dihalau dari rumah.

Satu prinsip yang dipegang Carl Que Alexander; dia suka bersendirian tanpa pertalian dalam mana-mana kumpulan kongsi gelap atau yang lain.

Suara riuh-rendah mereka hilang seketika. Dari yang sedang berbual kosong, melepak di atas sofa, bermain dau trup dan yang lain.

Sebaik berada di tingkat atas, Carl Que Alexander mengeluarkan pistol yang disisip pada tepi pinggangnya.

Pintu dibuka perlahan, kelihatan Black sedang mengepit rokok dimulut sambil memegang pistol ditangan.

BANG!

Tembakan dihalakan pada dinding bilik bersebelahan Black sambil tersenyum sinis. Black yang ingin membalas tembakan terhenti apabila melihat wajah Carl Que Alexander.

"Sial kau!"

Black meluru ke arah Carl Que Alexander sambil tersengih kecil lalu bahu lelaki itu ditumbuk perlahan.

Black merupakan ketua kongsi gelap yang berurusan dengan Carl Que Alexander dalam hal berkaitan senjata dan juga kawan baik pada lelaki itu.

"Chris. He's back."

Black tersentak. Pistol diletakkan di atas meja lalu dia duduk bersandar di sofa sambil mengingati lelaki bernama Chris itu. Sememangnya Chris musuh ketatnya daripada dulu lagi.

Begitu juga dengan Carl Que Alexander yang menyimpan rasa benci pada lelaki itu dan kini Chris mula memunculkan diri.

Mengenai gudang senjata miliknya yang hampir diletupkan itu adalah 'tanda' bahawa Chris akan bertindak lebih licik kali ini.

"Macam mana dia boleh muncul?" soal Black serius dan hairan.

Carl Que Alexander tersenyum sinis lalu dia mula menceritakan apa yang telah lelaki itu lakukan pada Black.

Carl Que Alexander menilik jam dipergelangan tangan kirinya; 2 pagi. Rokok yang sudah tinggal separuh dicampak ke atas lantai lalu dipijak dengan kaki yang tersarung kasut.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now