🍁 - [27]

53.2K 2.4K 178
                                    

Carl Hans Mikael tersenyum pada pengawal yang berkawal di halaman rumah Carl Que Alexander.

Nafas dihembus perlahan, bersedia untuk berhadapan dengan abangnya.

Nur Husna membetulkan sedikit tudungnya sambil melangkah ke arah pintu rumah, sebaik melihat wajah Carl Hans Mikael pintu dibuka.

Senyuman tipis diberikan pada adik iparnya itu.

"Hans nak jumpa Que? Masuk lah." pelawa Nur Husna ramah.

Carl Hans Mikael tersenyum sambil mengangguk lalu masuk ke dalam manakala Nur Husna ke tingkat atas untuk memanggil suaminya.

Seketika, Carl Que Alexander menuruni anak tangga.

Riak tak berperasaan jelas diwajahnya lalu dia duduk berhadapan dengan Carl Hans Mikael.

"Speak."

Carl Hans Mikael menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Carl Que Alexander tapi tak bersambut.

Tingginya ego seorang Carl Que Alexander.

Huluran tangan Carl Hans Mikael dipandang kosong dan tak bersambut membuatkan adiknya lambat-lambat menarik tangannya kembali.

"Papa nak jumpa." maklum Carl Hans Mikael ringkas.

Carl Que Alexander tersenyum sinis. Rambut diraup lembut ke belakang lalu wajah tenang adiknya dipandang tajam.

Untuk apa lagi Carl Ayden mahu berjumpa dengannya sedangkan peritnya masih lagi bersisa.

"Itu je? Kau datang jumpa aku sebab nak cakap yang tu je? Kalau dah habis, kau boleh keluar sekarang." tegas suaranya dengan wajah tak beriak.

Tak tergamak untuk menghalau adiknya tetapi peristiwa dulu masih mencengkam kemas di tangkai hatinya.

Selama lima tahun dia membawa diri dan berhadapan dengan pelbagai cabaran tanpa keluarga disisi.

Cukup perit.

"Sampai bila kau nak jauhkan diri daripada aku, Que? Satu je aku mintak, kita jadi macam dulu." luah Carl Hans Mikael penuh berharap.

Carl Que Alexander bangun dari duduknya begitu juga Carl Hans Mikael. Masing-masing merenung sesama sendiri dengan wajah tegang.

"Macam dulu? Huh! Aku. Tak. Akan. Dan aku tak nak jumpa papa! Sekarang, berambus!" satu-persatu ayat ditekannya sebelum menengking adiknya.

Wajah bengis Carl Que Alexander dipandang tajam, tangan dikepal membentuk penumbuk sebelum dilayangkan tepat pada wajah abangnya.

"Kau abang aku! Aku adik yang dulu kau sayang sampai kau sanggup bahayakan diri kau sendiri! Sekarang kau tak rasa menyesal jaga aku dulu?! Ha?!"

Carl Hans Mikael menahan rasa terkilan dihatinya. Hampir berputus asa untuk membaiki hubungan mereka tapi dia tak akan mengalah.

Dia akan pastikan Carl Que Alexander menjadi abangnya seperti dulu.

Kolar baju Carl Hans Mikael dicengkam kasar hingga terdorong bertentangan dengannya, adiknya hanya merenungnya tanpa gentar.

Mr Killer's Girl  |✔|Where stories live. Discover now