"Jumpa malam sayang." Terus Rachel mengangguk sebagai respon sebelum Taehyung berlalu pergi.

Anak mata Rachel tidak lepas memandang ke arah kereta Taehyung yang semakin jauh meninggalkan kawasan Villanya. Setelah kereta Taehyung hilang dari pandangannya barulah Rachel memandang Nara dengan pandangan yang sedikit tajam.

"Kwon Nara , aku dan Taehyung simpati dekat kau jadi tolong bersyukur aku bagi kau tinggal dekat sini sebelum aku halau kau. Ingat ya , rumah yang kau tinggal ni rumah aku." Ucap Rachel dengan jelingannya sambil memeluk tubuh.

Kalau ikutkan hati memang nak halau pun , banyak kali juga dia bincang dengan Taehyung. Macam takde guna je jaga perempuan bernama Kwon Nara tu. Tapi sejak Taehyung mendapat berita bahawa Kim Seok Jin telah dijamin oleh seseorang yang tidak dikenali 3 hari lepas, terus Taehyung tidak jadi untuk menghalau Nara. Rachel juga masih ada sedikit simpati pada Nara , jadi mereka bersetuju untuk masih menjaga Nara.

Pantas kaki Rachel berlalu ke dapur untuk mengambil pinggan. Dia perlu mengisi perutnya terlebih dahulu , untuk anak dalam kandungannya juga.

Selepas dia sudah sampai untuk mengambil pinggan itu , Rachel menoleh untuk ke meja makan semula tetapi langkahnya terhenti saat Nara berada di hadapannya sambil mengacahkan (?) sebilah pisau pada Rachel. Nara tersenyum senget.

"Kau.. nak halau aku?" Tanya Nara dengan nada yang bergetar. Rachel membesarkan matanya.

"Apa yang kau nak dari aku sebenarnya Kwon Nara?" Nada suara Rachel kini juga bergetar , mula ketakutan tetapi dia cuba mengumpulkan kekuatannya agar berani di hadapan Nara.

"Aku bukan Kwon Nara , aku Yoon Eunbi. Stupid !" Rachel mengerutkan dahinya tidak mengerti.

Perlahan Eunbi menoreh sedikit bahagian lehernya dan membuka penyamarannya. Topeng wajah Nara dicampakkan di hadapan Rachel. Rachel sekali lagi membulatkan matanya.

"Kau.."

"Siapa yang kau sebut perempuan sundal dulu ? Kau yang sundal! Oh , kau ingat kau boleh marah-marah aku depan Jimin, aku lemah ? Hari ni aku balas balik Rachel , ingat kan janji aku? Parut kaca dekat tangan aku masih belum hilang , sama juga parut dekat hati aku, Rachel Park."

Rachel terdiam seketika. Peristiwa di mana perkahwinan Jimin dan Eunbi dahulu kembali berlegar di mindanya. Di mana Taehyung hilang entah ke mana sewaktu itu dan dia sibuk mengambil minuman buat Taehyung.

"Kau datang perkahwinan aku ya , adik ipar ?" Rachel terus menoleh saat suara seorang perempuan menegurnya.

Plak!

"Ops , sorry." Eunbi tertawa kecil apabila air oren sengaja ditumpahkan di baju Rachel saat Rachel menoleh ke arahnya. Rachel memandang Eunbi tajam.

"Kau ingat kau dah kahwin dengan abang aku , kau dah hebat ke?"

"Yes , I am. Dan aku hebat sebab dah tundukkan Park Jimin." Eunbi mendekati Rachel. Bibirnya di dekatkan pada telinga Rachel.

"Aku hebat sebab akan buat Jimin benci pada kau. Aku hebat sebab dah hancurkan keluarga kau secara perlahan. Aku hebat sebab dah buat kau keseorangan. Aku hebat sebab aku yang akan tarik nyawa kau. Dan yang paling hebat aku dapat tarik alat pernafasan Puan Park dengan tangan aku sendiri ... walaupun kau nampak perbuatan aku tu...."

"... Jimin tak percaya kau , dia percayakan aku. Dia tak sayang kau , dia sayangkan aku. Dan kau cuma tunggu giliran kau pula. Mampu ke kau nak selamatkan keluarga kau? Lepas ni , papa kau , jimin , kau..."

"... dan Kim Taehyung."

"Sial !" Rachel terus menolak Eunbi kuat sehingga jatuh menghempap meja tetamu.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now