Taehyung tersenyum nipis memandang ke arah Yoongi dan Namjoon yang masih beriak terkejut. Terkejut dengan penerangan chief mereka yang panjang lebar.

Lagi terkejut bila mereka berdualah yang pernah memarahi Kim Taehyung, mengumpat dari belakang dan mempelekehkan lelaki itu. Apatah lagi merekalah yang menangkap Taehyung , tangkap basah.

Kalau tahu Si Taehyung ni ketua mereka , mungkin mereka biarkan aje Taehyung masa tu kerana nak naik pangkat. Urm , melepas lagi.

•••

"

Sayang!!"

Rachel terus mendongak memandang ke arah Taehyung yang tiba-tiba menerjah ke dalam bilik pejabatnya , laptop yang dari tadi menjadi tatapannya terus ditinggalkan. Dia tersenyum nipis.

"Tae , kenapa awak datang ni? Saya banyak kerja tau." Kata Rachel lembut tidak mahu mengecilkan hati Taehyung. Matanya memandang ke arah jam tangannya sekilas, baru pukul 3:15 p.m.

"Alah sayang ni , kerja je yang sayang ingat. Sampai Tae nak datang pun dah tak boleh." Jawab Taehyung dengan bibir yang sudah dimuncungnya, pura-pura merajuk.

Terus Taehyung merebahkan badannya untuk berbaring pada sofa yang berada di dalam pejabat Rachel itu. Rachel tertawa kecil melihat Taehyung.

"Dah pandai merajuk erk?"

"Ingat sayang je ke yang pandai merajuk? Kadang-kadang nak juga rasa dipujuk." Terletus tawa Rachel mendengar jawapan Taehyung. Terus Taehyung mencebik geram, ketawa pula orang tengah serius.

"Kenapa awak tak suruh dulu P.A saya bagitau saya yang awak nak masuk?" Soal Rachel lagi , sengaja nak mengusik Taehyung.

"Biar je lah Tae masuk terus , nak bagitau sayang dulu buat apa? Takut time Tae masuk sayang tengah on call dengan Cheol ke macam mana?" Tawa Rachel makin menjadi-jadi.

Ingat lagi Taehyung pada Seung Cheol rupanya. Ni mesti kes cemburu jikalau Rachel masih berhubung dengan Seung Cheol tanpa pengetahuan Taehyung. Rachel pun tak kuasalah nak telefon bekas tunang dia tu kalau takde hal nak dibincangkan.

Terus Rachel berhenti ketawa bila mendengar Taehyung merengus kasar , marahlah tu. Rachel bangkit dari duduknya lalu mendekati Taehyung. Taehyung langsung tidak mahu memandangnya, terus Rachel melabuhkan punggungnya di sebelah Taehyung yang masih berbaring di sofa tersebut. Rambut Taehyung diusapnya.

"Awak kenalah bagitau P.A saya dulu kalau awak nak masuk supaya saya boleh make-up cantik-cantik dulu sebelum awak nak tengok saya." Taehyung perlahan memandang ke arah Rachel. Matanya dikecilkan memandang Rachel tajam.

"Habis , awak ada berhubung dengan Cheol lagi tak?"

"Aritu ada lah , lagipun dia rapat dengan saya dulu Tae. Kalau takde benda penting , saya tak call dia pun. Aritu je sekali sebab dia nak ucap takziah papa meninggal. Awak ni Tae , tak tergamaklah saya nak curang dengan suami saya yang mithali ni lagikan hensem."

"Betul ni? Sumpah?" Rachel terus mengangkat tangannya seakan bersumpah. Sebelah tangan lagi memegang dadanya.

"Sumpah. Dari hati saya , saya bersumpah. Saya cuma mencintai lelaki yang bernama Kim Taehyung." Taehyung tertawa kecil.

Terus ditariknya pinggang Rachel untuk menguncup bibir isterinya itu lama. Pinggang Rachel dipeluknya, kedua tangan Rachel diletakkan di dada Taehyung. Bibir mereka bertaut lama dan ciuman mereka sangat dalam seakan tidak ada hari esok.

[√] Suami Mithali ° kth Where stories live. Discover now