BAB 10

86 4 0
                                    

Pada waktu malam di rumah Arfa...

"Adam,bakal bini Adam tu...mama kenal ke?"tanya Pn Anisah sambil tersenyum-senyum menunggu jawapan dari anaknya.

Adam hanya tersenyum mendengar soalan dari mamanya."Alamak!Mama tanya soalan cepu emas la pulak!"monolog hatinya sambil menggosok-gosok belakang kepalanya.

"Emmm...mama kenal..."jawab Adam sambil menelan liur.

"Iye?!sapa?"tanya mama.Tak sabar betul!

"Aida anak Pn Ain,kawan mama..."jawab Adam perlahan.Semua mata tertumpu kepada Adam.Dia hanya menggosok belakang kepalanya sambil tersengih.

"Emmm...bagus sangat la tu...mama dengan ayah memang dah kenal dengan keluarga Aida...nanti ayah masuk meminang Aida yer..."kata En Zin seraya menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Maknanya...mama dengan ayah setuju la Adam kawen dengan Aida?"tanyanya untuk kepastian.

"Mestila...bagus Adam!Kamu memilih keputusan yang tepat!".En Zin menaikkan ibu jarinya kepada Adam.Dia kemudian memandang Arfa dan Pn Anisah.Mereka berdua hanya tersenyum menandakan mereka bersetuju dengan pilihan Adam.

🌟🌟🌟

"Tak sangka plak Aisya yang abang ada hati kat Kak Aida..."ucap Aisya sambil memandang abangnya yang sedang bermain telefon di atas katilnya.

"Kenapa?Tak boleh ke?"tanya Adam sambil menaikkan-naikkan keningnya.

"Takde la...Aisya tengok abang dengan Kak Aida tak pernah pun bersembang...tau-tau dah nak kawen..."

"Abang sebenarnya dah lama berkenan dengan Kak Aida sejak mama kenalkan dulu...tapi abang malas la nak bersembang atau couple dengan dia...lagipun couplekan haram...Kak Aida pun jenis yang menjaga pergaulannya...tu yang abang suka tu..."

"Ooooo...macam tu..."balas Arfa setelah mendengar penerangan dari abangnya.Lagipun dia memang berkenan kalau Kak Aida jadi kakak ipar dia.Kak Aida tu baik orangnya...cantik pulak tu...memang sesuai dengan abangnya.

"Oiii!Ko termenung apa tu?Orang cerita bukan nak dengar...".Adam memeluk tubuhnya tanda merajuk dengan perangai Arfa.(Author:Dah besar pun merajuk!Ngada!Adam:Biarla!*jelir lidah*Author:*smirk*)

"Alaa...abang jangan la merajuk...Aisya dengar la apa yang abang cakap la..."pujuk Arfa sambil mengusap lengan abangnya yang sasa.

"Apa yang abang cakap tadi?"Adam menduga.

"Erkkk?!"Arfa tidak menjawab persoalan abangnya tapi hanya senyum sambil membuat 'peace' pada abangnya.Adam hanya mendengus kasar.

"Tengok tu!Ko bukan dengar abang cakap pun!!!Ko sebenarnya fikirkan sapa?Pakwe ye?"tanya Adam sambil tersengih.

"Mana ada la!"

"Eleh...taknak ngaku pulak!"

"Takpe la abang...Aisya nak tidur...bye good night..."balas Arfa laju sambil melarikan diri keluar dari bilik abangnya.

Adam hanya menggelengkan kepalanya.

🌟🌟🌟

"Salam...Arfa aku mintak maaf..."

"Alaaa...takkan aku nak tulis macam ni?"kata hati kecilnya.Dia padam semula apa yang ditaipnya tadi.

"Salam...sorry..."

"Argh!!!apa aku nak tulis ni?!"Ashraf meramas kuat rambutnya.

"Alaa...aku call jela...".Tangannya pantas mencari nombor telefon Arfa.

"Bismillah...".Butang 'call' ditekannya.Setelah hampir 2 minit menunggu akhirnya orang yang dipanggil mengangkat panggilannya.

"Hello..Asslamualaikum...sapa ni?"tanya orang disana.Ashraf hanya mendiamkan dirinya buat sementara sebelum memulakan bicara.

"Waalaikumussalam...Arfa,ni aku,Ash..."balas Ashraf lemah.

"Ko nak ape call aku ni?"tanya Arfa dingin.Dia berniat ingin mematikan panggilan namun niatnya terhalang oleh rayuan Ashraf.

"Please,Arfa...jangan letak dulu...boleh tak ko dengar cakap aku dulu?"

Arfa hanya mendengus kasar."Ko nak apa?Bagitau cepat!Aku bagi 3 minit je!" balas Arfa keras.Dia memang tak suka kalau ada lelaki call dia lagi-lagi Ashraf.Asyik menyakitkan hatinya sahaja!Macam takde keje lain!

"Pasal malam hari tu...aku nak mintak maaf..."

"Tu je?Dah la aku nak letak ni..."

"Kejap!!!Aku tau ko marah...aku tak sangka ko yang masuk kelas dulu sebelum Ilham...so forgive me..."rayu Ashraf.

Arfa yang mendengar rayuan Ashraf,hanya mendiamkan dirinya.

"Nape aku nak emo dengan dia ye?Lagipun semestinya dia pun tak sangka akan ada orang lain yang masuk kelas masa hari tu...kalau aku pun tak sangka..."monolog hatinya.

"Arfa...are you there?"

Pertanyaan Ashraf mematikan lamunannya.

"Ha?Oooo...yes i'm still here..."

Ashraf menarik nafas lega.Fikirnya dia bercakap sorang-sorang tadi.

"So...are you forgive me?"

Arfa menarik nafas dalam sebelum menjawab pertanyaan Ashraf.

"Yes...i'm forgive you..."

"Ikhlas ke ni?"tanya Ashraf lagi.

"Ehh?!Tadi suruh maafkan,ni orang dah maafkan banyak pulak songeh!"marah Arfa.

"Hahaha!!!Jangan la marah...aku gurau je..."

"Orang marah boleh pulak dia gelak!"

"Okey la Arfa...thanks sebab ko sudi memaafkan aku..."

"Ye la...lagipun setiap manusiakan ada buat silap...aku pun manusia biasa...tak guna nak simpan dendam lama-lama,buat pening kepala je..."

"Ye ustazah...kita kawan?"

"Yela kita kawan...lagipun sejak bila aku jadi musuh ko?"tanya Arfa ambil menaikkan keningnya.

"Okey...bye...assalamualaikum..."kata Ashraf.

"Bye...waalaikumussalam..."Arfa mematikan talian.

Ashraf merebahkan dirinya diatas katil sambil menarik nafas lega.Dia tersenyum bersendirian."Nasib baik dia maafkan aku..."monolog hatinya.

Arfa pula tersenyum setelah mematikan taliannya."Tak sangka Ashraf ni tak ego,still lagi minta maaf kat aku...aku fikir dia seorang yang ego...".Dia berlalu ke dapur untuk menolong mamanya memasak.

✴✴✴
Yeee!!!Akhirnya Arfa dengan Ashraf dah berbaik!Lepas ni apa pulak berlaku ye?

Papa boxing,I ❤U!!!!Where stories live. Discover now