BAB 24

4.3K 210 18
                                    

"yusof?"

Yusof tersenyum sinis. "kenapa? Terkejut? Ingat Hakimi?"

Aku menelan ludahku. "h-h.." aku cuba mengeluarkan kata kata namun lidahku kelu. Badanku kaku.

Munculnya dia ibarat malaikat maut yang menjemputku.

"Kau ingat aku tak tahu kemana saja kau pergi?"

"t-tolong.."

Belum sempat aku merayu, Yusof terlebih dahulu memotongku.

"kau harus tahu. Orang macam kau, dan orang macam aku, perbezaan yang ketara banyak. Kau tak patut cabar aku. Bila aku  suruh kau berambus dari hidup Hakimi kau buat apa? Kau menyorok pulak dengan dia?" Yusof ketawa sinis sebelum mengarah kawannya menolak kerusinya masuk kedalam rumah.

Aku hanya mampu membiarkannya masuk sesuka hati. Sambil menundukkan pandangan, aku mengetap bibir.

"orang jijik macam kau tak layak nak duduk rumah mewah, besar macam ni. Tak gitu Jep?" Yusof ketawa bersama kawannya.

"dia tak perasan, hidup ni kalau dah ditakdirkan miskin dan hina, tak perlu berangan nak hidup mewah. Masih beruntung Tuhan bagi rezeki untuk orang macam dia tu."

Pedas sekali apa yang dikatakan oleh Kawan Yusof itu. Kerana hakikatnya, setiap bait perkataan yang dikatakan adalah benar. Siapalah aku untuk menikmati hidup ini dengan kemewahan, keselesaan dan kasih sayang macam ini.

"Aizat!" Yusof melepaskan keluhan kecil. "payah betul kau nak mengalah kan. Aku tak tahu kau ni manusia ke atau syaitan sampai kau sanggup buat keluarga aku macam ni. Hakimi tu tak pernah pernah dia macam ni. Kau punca dia berubah macam ni kau tahu tak."

"s-saya minta maaf Encik Yusof.."

"stop it! Aku tak nak dengar alasan kau. Apa yang aku nak, kau berambus dari sini jugak. Hari ini jugak."

"E-Encik Yusof.."

Yusof ketawa sebelum memotongku. "kau diam!"

Yusof menjerit membuatku terperanjat sedikit.

"jep! Kau amek handphone dia cepat. Aku tak nak dia amek satu pun barang yang abang aku bagi dekat dia. Sebab orang macam dia ni tak layak pun dapatkan benda benda tu semua."

Aku cuba memujuk Yusof namun gagal. "Encik Yusof saya minta tolong sangat sangat. Saya betul betul sayangkan Encik Hakimi."

"Jep cepat sikit buat kerja tu jep!"

Seketika itu tanganku digenggam oleh Jep dan terus diseret keluar dari rumah itu selepas berjaya telefon pemberian Hakimi dirampas olehnya.

Yusof ketawa besar. "Aizat! Mulai saat ini, kau bukan lagi orang yang Hakimi cintai. Aku akan pastikan dia lupakan kau dan kembali semula dengan hidupnya yang dulu. Kau hanyalah sekadar abu abu bara yang bertiupan. Hanya layak dibuang dan ditiup angin."

Sejurus itu, pintu rumah dihempas dihadapanku.

Aku dihalau layaknya binatang yang tidak diperlukan lagi. Air mata mula bergelinang. .

Aku melepaskan keluhan berat sebelum mengesat air mata. Mungkin ini adalah yang terbaik. Mungkin betul kata Yusof. Aku hanyalah abu yang bertiupan. Sudah tiba masanya aku beredar dari tempat ini dan membawa diriku kemana sahaja takdir membawaku. Dengan cara ini sahaja semua akan menjadi seperti kala. Dengan cara ini saja, Hakimi akan mula berfikir rasional dan kembali pada dirinya yang sebenar.

Perlahan lahan, aku melangkah meninggalkan rumah yang penuh dengan kenangan indah bersama Hakimi. Meski terpaksa, kenangan itu lambat laun akan hilang jua.

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now