BAB 3

10.6K 328 26
                                    













                  

Paginya, aku bangun dari tidurku dengan satu perasaan baru. Perasaan janggal dan senang. Aku berasa agak segan untuk keluar dari bilik dan pada masa yang sama, aku rasa bersyukur kerana aku tidak perlu memikirkan lagi tentang malamnya yang selalu diisi dengan kemaksiatan. Namun, bezanya kali ini aku tidak perlu risau memikirkan malam ini dan seterusnya. Mimpi ngeri aku sudah berakhir. Aku yakin dengan apa yang telah pun diaturkan oleh Hakimi.

Aku membetulkan bantal dan melipat kain selimut. Aku mengemas katil aku sebelum melihat muka aku kearah cermin. Aku tersenyum. Ini adalah pertama kalinya aku rasa begitu menikmati hidup. Sebelumnya bagi aku, hidup ini hanyalah sekadar platform untuk manusia macam aku diseksa. Bagaimanapun aku membenci hidup aku, aku tidak dapat keluar dari kepompong kegelepan. Sehinggalah ada cahaya yang menembusi ruang hidupku.

Aku bersyukur Hakimi bukanlah insan yang sama dengan pelanggan yang melayan aku setiap malam. Dia menunjukkan aku bahawa masih ada sinar cahaya dalam dunia aku. aku Cuma perlu yakin untuk melangkah keluar dari ruang gelap itu.

Setelah sekian lama aku tidak tersenyum ketiaka melihat wajahku disebalik refleksi cermin. Kini aku mampu melakukan itu kerana aku percaya. Satu hari nanti, satu saat akan tiba hari aku dibebaskan sepenuhnya. Hari itu, aku akan melangkah jauh. Jauh dari dunia yang mengingatkan aku kepada lautan manusia yang berhati hitam.

Aku melangkah keluar dari bilik aku. sebaik sahaja aku menutup pintu. Aku terpandang akan pintu bilik Yusof yang berada tepat dihadapan aku. terdetik dihati aku satu persoalan.

Apakah dia sudah bangun?

Aku tidak tahu. aku menggelengkan kepala. Pertama sekali yang harus aku lakukan adalah mengambil beg pakaian aku dan mendapatkan arahan dari Hakimi. Kerana Hakimi adalah tuan aku yang aku harus akur perintahnya.

Aku berjalan melalui ruang tamu dan terus kedapur untuk mencari Mak Temah.

"selamat pagi nak Aizat. Mari sarapan dulu." Ajak Mak Temah yang sedang membancuh air kopi.

"selamat pagi Mak Temah." Balas aku, sopan.

Aku menghadiahkannya sebuah senyuman dan menarik kerusi dihadapan aku untuk duduk di ruang meja kecil didalam dapur itu.

Mak Temah meletakkan sepiring karipap diatas meja dihadapan ku.

"nah makan. Mak Temah buat karipap."



Aku rasa sungguh gembira. Tidak pernah sekalipun aku dijamu sarapan oleh kedua ibu bapaku dulu. Baik ketika aku kecil hinggalah sekarang. tiada memori tentang itu yang aku ingat. Dulunya, aku dijaga oleh nenek. Nek Sha tersangatlah baik. Dia adalah bekas pelacur yang masih tinggal di tempat neraka itu kerana dia adalah veteran. Orang orang disana masih menghormati dia.

Nek Sha terlampau baik. Aku masih ingat. Tiap pagi, sebelum pergi sekolah, aku akan diberikan kuih atau bekalan nasi lemak untuk dibuat bekal makan disekolah. Kerana wang saku yang diberikan kepada aku tersangatlah sikit. Namun, masih aku gembira kerana sekurang kurangnya, Nek Sha adalah orang yang baik.

Namun, aku tidak tahu kemana perginya Nek Sha disaat umurku mencecah 15. Setelah pulang sekolah, aku tidak langsung melihat batang hidungnya. Aku tunggu pada malamnya dan juga keesokan harinya. Namun, semakin hari semakin lama waktu berputar, bayangan Nek Sha tidak dapat aku lihat. Aku tidak berani bertanyakan pada orang orang disana. Aku menganggap mungkin dia sudah pergi dijemput Ilahi mahupun dia telah kelaur dari sarang kotor itu.

Kini sudah hamper tiga tahun dia menghilang. Entah. Aku merindukan dia. kerana dia adalah insan selepas Irwan yang sungguh baik.

Sedang aku mengunyah karipap yang disediakan oleh Mak Temah, masuk seorang lelaki yang sudah pun berumur. Umurnya mungkin dalam lingkungan 40 an tatkala aku terpandangkan kedutan dimukanya.

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now