BAB 4

9.5K 362 20
                                    








>> Agnes Mo – Sebuah Rasa












"ni Aizat. Mak Temah dah siapkan makanan untuk Yusof. Tu ha. Dalam dulang tu. ada mee goreng dengan karipap. Dengan secawan air masak."

Aku memandang kearah dulang yang tersedia ada diatas meja makan didapur itu.

"Aizat nak Mak Temah tolong bawakkan sekali ke bilik Yusof?"

Cepat cepat aku menggelengkan kepala. "eh! Tak apelah Mak Temah. Itu dah tugas saya. Mak Temah nak kena masak tengah hari lagi kan. Nanti tugas saya dah selesai, saya tolong mak Temah ye." Aku tersenyum memandang Mak Temah yang sedang sibuk memcuci pinggan magkuk didalam singki.

"baiklah. Hati hati tau. Encik Yusof tu dia agak baran sikit. Dulu dia tak macam tu. dialah yang paling baik. Tapi, sejak kemalangan, dia berubah. Mak Temah kesian tengok dia. haih. Muda muda dah diuji macam tu."

Aku menganggukkan kepala. Aku terfikir. Mungkin juga aku tak dapat merasa keperitan Yusof. Namun, aku faham betapa perasaan benci, geram, marah, semua yang negatif akan muncul disaat kita ditimpa sebarang musibah.

Yusof harus belajar menerima hakikat. Walaupun ia menyakitkan. Perit untuk ditelan. Namun, Tuhan tidak menguji tanpa sebab. Mungkin sebab itu aku diletakkan dikalangan manusia yang kejam. Supaya aku dapat bahawa hati ini walaupun sama merahnya, namun jiwa didalamnya lain kotornya. Ada hati yang bersih. Ada juga hati yang kotor. Sifat mereka yang akan membuktikan setiap warna hati mereka.

Aku berjalan sambil membawa dulang yang berisi makanan itu berhati hati ke bilik Yusof. Aku berhenti disaat sebelum memasuki bilik itu.

Apakah aku sudah siap mengahdapi makhluk ini? Makhluk yang keras kepala yang tiada langsung memikirkan soal orang disekelilingnya.

Aku menghembuskan nafas berat sebelum memulas tombol pintu itu dan menolaknya.

Aku meletakkan dulang yang ku bawa diatas meja ditepi katil Yusof. Mendengar bunyi aku meletakkan sesuatu dimejanya, Yusof terus membuka mata dan memandang aku tajam.

"Kau buat ape kat sini? Bukan aku dah suruh kau berambus?" Yusof berkata dalam nada geram.

Aku tersenyum melihat wajahnya yang bengang. Orang kata, sebuah senyuman mampu membuatkan orang lain juga turut tersenyum. Namun dalam situasi ini, aku tidak percaya akan cara itu. kerana Yusof adalah manusia berhati batu. Mungkin taktik itu tidak berkesan keatas orang berhati batu macam Yusof.

"saya Cuma hantarkan sarapan untuk encik."

Yusof mendengus marah. "dah letak situ je. sekarang kau berambus."

Aku menggelengkan kepala. "saya kena pastikan encik habiskan sarapan encik. Saya dibayar untuk itu."

Yusof tersenyum sinis. "habis tu kalau abang aku suruh kau makan taik aku kau makan lah?"

Aku dapat lihat betapa hatinya semakin keras. Sepertinya dia tidak mahu menerima kenyataan dunia yang menyakitkan ini. Sekuat mana dia mengelat, realiti itu bukan satu fantasi. Sejauh mana dia lari dari dunia ini, dia akan jatuh didalam mimpi dia yang tak akan pernah wujud. Yang akan membuat lukanya lebih besar.

"hakikatnya saya dibayar untuk menjaga encik. Kalau itu disuruh Encik Hakimi, saya akan turut."

Mungkin Yusof tidak tahu bahawa aku dibeli oleh abangnya seperti hamba. Bukannya seperti manusia yang dibayar gajinya. Walapun masih aku dilayan baik, namun pada hakikatnya, aku tetap seorang hamba yang bertuankan manusia. Pelik. Namun benar. Manakan ada hamba dizaman ini. Namun jika difikirkan balik, jika penjualan hamba itu sudah dihapuskan, manakan muncul pemerdaganan manusia.

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now