BAB 15

6.1K 220 26
                                    







           

Aku cemburu melihat mereka yang mempunyai keluarga bahagia. Mempunyai ibu bapa, adik, abang, kakak, sedara mara yang penyayang sememangnya menyeronokkan. Walaupun masih aku bersyukur dikurniakan Irwan dan Nek Sha, tapi hati aku tak dapat menipu betapa aku ingin dan mahukan sebuah keluarga yang mampu aku panggil keluarga bahagia. Keluarga yang bukan seperti keluarga aku.

Mungkin sebab itu Yusof sanggup melakukan apa sahaja untuk melindungi keluarganya dari hancur dan musnah.

Aku tersenyum kecil dan menganggukkan kepalaku.

Aku tak pernah faham istilah keluarga. Bagaimana rasa disayangi oleh ibu bapa kandungku sendiri. Bagaimana dipanggil dengan panggilan manja, disayangi, dibelai, dimanjakan dengan kata kata pujian dan kata kata yang mampu melembutkan hati aku.

Sebaliknya, aku dibesarkan dengan kata kata makian, herdikan, dipukul, disepak terajang, diludah. Segala yang dilakukan adalah sebalik dari apa yang diajar oleh guru  kepada aku disekolah tentang gambaran keluarga bahagia itu.

Dari situ aku tahu, guruku menipu. Seorang guru menipu anak muridnya. Aku masih ingat lagi. Waktu itu aku pulang sekolah dengan keadaan muram dan muka yang masam. Nek Sha menegurku dengan senyumannya.

Dia mengusap mukaku lembut sebelum mencium dahi dan pipiku.

"ni kenapa muka masam je ni?" dia bertanya dengan lemah lembutnya.

Aku menggelengkan kepala. Aku tidak berani untuk memberi tahunya bahawa aku lagi sedih dan kesal. Gara gara guruku mengajarku sesuatu yang tidak betul.

Nek Sha kelihatan tenang sambil mengusap belakangku.

"Aizat, kalau Aizat tak bagitahu Nek Sha, macam mana Nek Sha nak tahu. hmm.. kenapa? Ada orang ejek Aizat ke? Ada orang buli Aizat? Pukul?"

Cepat cepat aku gelengkan kepala. Aku mengeluh. Nek Sha menarik aku kedalam pelukannnya. Aku dipeluk erat.

Belakangku diusap lembut.

"kenapa cikgu tipu Aizat? Cikgu kata setiap orang itu dikurniakan keluarga. Keluarga bahagia. Dia cakap keluarga bahagia adalah keluarga yang menyanyangi setiap ahli keluarganya. Tapi kenapa Aizat tak pernah Nampak ibu dan ayah sayangkan Aizat?"

Nek Sha melepaskan pelukan dan memandangku dengan senyumannya, tenang. wajahku diusapnya.

"Aizat, cikgu Aizat tak tipu. Itu betul. Mereka ditugaskan untuk mengajar dan mendidik anak murid dengan nilai nilai positif dan nilai nilai murni. Cuma banyak benda yang seorang cikgu disekolah tak boleh ajar. Kerana setiap masalah pelajar itu tidak ada didalam silibus pengajaran mereka. Mereka tidak tahu pun ada manusia seperti kita yang terpaksa hidup macam ni. Aizat pandang Nek Sha."

Aku memandang anak matanya. "Aizat, keluarga bahagia itu tak semestinya harus diketuai oleh ibu bapa kandung sendiri. Aizat sayang Nek Sha tak?"

Aku menganggukkan kepala. Nek Sha tersenyum.

"walaupun Nek Sha ni bukanlah Nenek kandung Aizat, tapi Nek Sha sayangkan Aizat seperti cucu kandung Nek Sha sendiri tau. Itu bermaksud, keluarga bahagia itu, kadang kadang, boleh dicipta bersama orang yang selain dari keluarga kandung kita. Selagi Aizat ada Nek Sha, Aizat bahagia tak?"

Aku mengangukkan kepalaku cepat cepat. "Aizat sayang sangat dekat Nek Sha."

"Aizat takmaulah sedih sedih lagi. Nek Sha kan ada. Nek Sha ni adalah Nenek Aizat. Sampai bila bila. Tapi manalah tahu nanti Aizat dah besar Aizat dah tak sayangkan Nek Sha, Aizat buang Nek Sha ke.."

Pelacuran Cinta(boyxboy)Where stories live. Discover now